𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 64

Start from the beginning
                                    

"Ari." Ariana memalingkan kepala memandang ke arah Datin Diana yang berada di sofa tidak jauh dari katil. Datin Diana segera bangkit mendekati Ariana. Kepala menantunya itu diusap lembut.

"Ari sakit?" Datin Diana menekan butang kecemasan untuk memanggil doktor sambil menyoal isteri anak keduanya itu. Ariana menggelengkan kepala sambil bebola mata bergerak ke arah pintu.

"Mana—mana Danish, mama?" Ariana kembali memandang Datin Diana yang kini sudah memandangnya bersama mata yang berkaca-kaca.

"Ari tak ingat apa yang terjadi?" Ariana menelan payah air liurnya menerusi kerongkong. Memori rumah banglo Alex meletup kembali berputar. Ariana mengerutkan dahinya.

"Mana Danish, mama?" Datin Diana mengelap bawah matanya yang sudah basah. Senyum nipis.

"Danish dah tak ada, Ari."

××××

Ariana yang merenung siling memalingkan kepala tatkala pintu ward peribadinya ditolak oleh seseorang. Kelihatan wajah Dylan menghiasi sistem penglihatannya. Ariana kembali berpaling memandang siling. Matanya membengkak.

"Aisya Ariana." Dylan menuju ke sofa dan berlabuh duduk di situ. Dylan memandang Ariana yang tidak melihatnya. Dylan mengukirkan senyum kecil sambil menyandarkan belakang tubuh pada sofa.

"Puas hati kau sekarang Ariana?" Ariana memejamkan rapat kelopak matanya menyebabkan mutiara jernih luruh di longkang mata. Dylan hanya tergelak kecil sebelum meraupkan rambut ke belakang. Dylan bangkit dari duduk sebelum berjalan mendekati tingkap.

"Kau nak apa sebenarnya?" Dylan menyoal tanpa memandang Ariana. Mata jauh merenung langit yang agak mendung itu.

"Kau nak balas dendam? Kau nak bunuh Danish?" Dylan berpusing tubuh sebelum memandang Ariana. Dylan menyandarkan belakang tubuh pada dinding. Ariana membalas tatapan mata abang iparnya.

"Kau dah dapat semua tu." Dylan tersenyum segaris. Bebola mata bergerak halus memandang ke luar tingkap kembali.

"Aku buat semua ni untuk jatuhkan Alex dan Airil sekali. Bukan aku sengaja nak balas dendam—"

"Kau bagi banyak maklumat yang salah pada Xarie tapi Zariel selidik dulu sebelum percaya kau bulat-bulat. Kau kata di sana tak ramai anak buah Alex tapi itu tak logik dek akal, Zariel cari tahu dan penuh anak-anak buah Alex dekat situ. Kau kata itu markas sebenar Alex tapi sebenarnya itu hanya rumah usang yang dijadikan umpan untuk Danish ke sana." Dylan tidak memandang Ariana hanya bersuara sahaja. Ariana diam.

"Kau bagi isyarat yang mengelirukan. Kau bagi maklumat palsu mengenai syarikat Alex pada Xarie. Kau tahu dalam tu ada boom kan?" Dylan memalingkan tubuh memandang Ariana. Mencerun mata Dylan merenung wajah Ariana.

"Kau tahu Alex boleh control boom tu. Tapi kau tak bagitahu pada Xarie." Ariana menggelengkan kepala dengan laju untuk menafikan semua tuduhan Dylan.

"Aku tak tahu mengenai boom tu!" Dylan tergelak sinis sebelum menggelengkan kepala.

"Jangan nak tipu aku. Kalau Danish pun kau boleh tembak, ini kan pula hal menipu." Ariana teresak kecil bersama mata yang tajam merenung Dylan yang memandang sinis ke arahnya.

"Mana Danish?" Dylan tersenyum segaris sebelum memeluk tubuh.

"Jasad Danish tak ada dekat rumah tu. Yang ada hanya Alex, Airil dan anak-anak buah dia. Misi pencarian tengah berlangsung. Mungkin suami kau dah mati—"

"Shut up Dylan Mikael!" Ariana menjerkah kuat bersama air mata mengalir laju. Ariana sudah bangkit dari pembaringan. Menggeletar tubuhnya. Dylan tergelak kecil.

"Kenapa? Baru rasa menyesal?" Dylan cuba provok Ariana makin menyebabkan adik iparnya itu meraung. Dylan berjalan mendekati Ariana.

"Kau yang bunuh Danish Uqael, Ariana."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now