BAB 15

225 14 2
                                    

GAGANG telefon diletakkan semula tempat asalnya. Dia baru saja menghubungi abangnya. Boleh pula Syabil terlupa mengambilnya hari ini. Itu satu hal. Lagi satu, abangnya itu sedang sibuk di pejabat. Katanya, pukul 5:30 petang baru dia ambil.

"Haish. Sekarang baru pukul tiga," keluh Seroja. Nak study pun, otak dah penat. Boleh pula Cikgu Hamid memberi 100 soalan percubaan SPM tahun lepas sewaktu kelas tadi. Bukan otak saja yang beku, tangan pun keras sekali tak tahu nak tulis apa.

Kenapalah Matematik ini tidak boleh move on dari 'x' nya? Tak habis-habis menyuruh mereka mencari 'x'. Carilah sendiri!

Seroja menunggu abangnya di perhentian bas. Dia sudah tidak takut berada di situ kerana manusia yang selalu mengganggu ketenteramannya tidak bersekolah di sini lagi. Kaki diayunkan perlahan, kepala disandarkan ke tiang. Beg sekolah dipeluk dari tepi. Bosan betul tiada kawan untuk berbual.

Pon! Pon!

Seroja mengangkat kepalanya apabila telinga mendengar bunyi hon kenderaan itu. Cermin tingkap yang gelap menghalangnya untuk melihat gerangan yang berada di dalam perut kenderaan tersebut.

Pintu kereta yang dibuka dari dalam mengejutkan Seroja. Gadis yang baru melangkah keluar itu dipandang dengan senyuman yang manis.

"Seroja, kau balik pukul berapa?" soal Anees.

"5:30, abang aku ada kerja sekarang." Seroja menjawab pertanyaan rakannya.

"Jomlah, balik dengan aku. Nak?"

Pelawaan Anees, harus dipertimbangkan terlebih dahulu. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Boleh sahaja dia menunggu di sini sehingga abangnya tiba.

"Err... Tak susahkan kau ke?" tanya Seroja sambil mencuri pandang ke arah tempat duduk pemandu. Risau kalau ayah rakannya itu tidak bersetuju dengan keputusan Anees untuk menghantarnya pulang.

"Tak adalah. Jom!" Belum sempat Seroja bersuara, beg sekolahnya sudah diambil Anees dan telah selamat dimasukkan ke dalam bonet kereta.

"Eh, jap. Aku kena call abang aku dulu. Nanti dia tercari-cari aku pula." Seroja melangkah ke telefon awam yang hanya terletak bersebelahan perhentian itu. Punat ditekan laju. Gagang diletakkan di tepi telinga kanannya.

Habis saja bercakap dengan abangnya, Seroja berjalan menghampiri Anees yang menunggunya di pintu kereta.

"Kalau guna phone aku pun tak apa tadi," katanya pada Seroja.

Seroja hanya tersengih. Mereka berdua masuk ke dalam Mercedes-Benz putih itu. Kereta mula bergerak membelah jalan dengan laju.

"Cik Anees, papa cik suruh balik ke rumah sekarang. Malam nanti ada tetamu nak datang katanya." Pemandu yang baru sahaja meletakkan panggilan telefon tadi, memberitahu Anees.

"Kalau hantar kawan saya dulu, tak sempat ke Pak Mat?" soal Anees kembali.

"Err... Saya rasa tak sempat. Nanti papa Cik Anees marah pula." Pak Mat menjawab.

Anees memandang Seroja dengan wajah serba salah. "Sorry Seroja, tak dapat nak hantar kau balik sekarang. Apa kata kau telefon abang kau suruh ambil dekat rumah aku petang nanti? Nah."

Anees menyerahkan telefon bimbitnya kepada Seroja. Dia menunggu Seroja yang belum habis berbicara dengan abangnya.

"Abang aku kata okey."

"Nasib baik abang kau tak marah aku, fuh!" Anees menghembus nafas perlahan.

Seroja ketawa kecil melihat reaksi rakannya itu. Tak ada maknanya abangnya itu mahu memarahi Anees tanpa sebab.

SELAGI JASADKU BERNYAWA [ON-GOING]Where stories live. Discover now