𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 50

Start from the beginning
                                    

Danish tergelak kecil dan matanya merenung tajam tubuh isterinya yang sudah keluar dari ruangan itu. Tubuhnya kembali berpaling ke arah Airil. Kakinya melangkah ke arah lelaki itu.

"Tak seronok kalau the real villain mati awal—" Pipi Airil ditepuk perlahan. Lelaki itu merenung wajah sinis Danish.

"Zariel." Zariel yang sememangnya berada di luar ruang itu segera masuk apabila namanya diseru. Danish mengesat tangannya yang dipenuhi darah Airil semasa menepuk pipi lelaki itu pada kain.

"Hantar dia balik ke tempat Alex."

××××

BAM

Pintu bilik Ariana ditutup kasar sebelum dikunci dari dalam. Belakang tubuh Ariana disandarkan pada belakang pintu sebelum melorot jatuh ke atas lantai. Dada wanita itu berombak ganas bersama air mata yang masih berjurai. Tidak menyangka suaminya itu tersangat kejam. Kedua belah tapak tangan di tekup pada wajahnya. Tangisan dilepaskan. Sebak yang memenuhi dadanya sangat menyeksakan. Air mata dikesat kasar bersama bibir yang menggeletar hebat.

TOK

TOK

"Privet moya aysya (Hello my Aisya)." Tersentak Ariana takkala mendengar suara maskulin suaminya bersama ketukkan pintu bilik. Menggeletar hebat tubuhnya pada waktu ini. Menyorok!

"Kau pasti dalam bilik ni selamat?" Kedengaran kekekan dari lelaki itu menambahkan lagi rasa takut dalam diri isterinya. Ariana segera bangun dan terus tergesa-gesa mencari tempat untuk dia bersembunyi. Itu bukan suaminya, itu iblis!

Ariana melangkah laju ke arah almari yang dipenuhi baju lebihannya itu. Walaupun dia sudah berpindah ke bilik Danish, bajunya masih diletakkan sedikit di dalam bilik ini.

TOK

TOK

"Menyorok cepat sayang. Aku bagi 10 saat." Jantung Ariana berdegup laju. Tubuh kecilnya dimasukkan ke dalam almari itu sebelum pintu almari ditutup. Tubuhnya dikecilkan dan duduk di tempat banyak baju panjang yang disangkut. Melindungi dirinya. Bunyi kunci pintu dimasukkan ke dalam tombol pintu menyebabkan Airana menekup kuat mulutnya serta memejamkan rapat kelopak mata. Tubuhnya mengeletar hebat.

"Sayang?" Ariana masih memejam rapat matanya. Hanya mampu berdoa agar lelaki itu tidak mengapa apakannya.

Haning.

Ariana kembali mencelik kelopak matanya tatkala tiada bunyi dari luar almari itu. Tangannya yang menekup mulut dijatuhkan. Takkan Danish sudah keluar?

DANG

"Allah!" Ariana kembali menekup kuat mulutnya tatkala dia tidak sengaja terjerit kecil apabila pintu almari itu ditendang atau ditumbuk kasar dari luar. Kedengaran kekekan Danish dari luar.

"I found you, sayang."

KLAK

Menggeletar tubuh Ariana apabila pintu almari itu dibuka kasar dan sistem penglihatannya dihiasi dengan wajah bengis Danish. Lengannya ditarik kasar oleh Danish, menyuruh keluar dari tempat persembunyiaannya itu.

"Danish sakit!" Ariana teresak kasar dan menampar kuat lengan kekar suaminya yang sedang mencengkam lengannya itu. Sakit!

BUK

"Danish!" Tubuh Ariana ditolak kasar ke atas katil olah Danish. Wanita itu kembali bangun dengan segera namun kedua belah kakinya ditarik kasar oleh Danish menyebabkan tubuhnya kembali menelentang. Pinggang rampingnya ditahan oleh pinggul suaminya itu. Ariana menangis sambil menampar kuat dada suaminya. Mencakar dan menolak dada bidang Danish. Namun tubuh kekar lelaki itu tidak berganjak walaupun seinci. Matanya yang bertakung dengan air mata memandang wajah bengis suaminya.

"Jangan buat aku macam ni Danish!" Kedua belah tangan Ariana dicengkam kuat dengan sebelah tangan Danish sebelum diletakkan tangan isterinya itu di atas kepala Ariana. Menghentikan pukulan Ariana terhadap tubuh kekarnya.

"Danish, lepas!" Berjurai air mata Ariana bersama esakan kasar. Tak. Bukan ini yang dia inginkan. Sebelum ini, Danish tidak pernah melakukannya seperti ini, walaupun menyeksanya dengan memukul, lelaki itu tidak sampai ketahap ingin menyentuhnya dalam keadaan sebegini. Tanpa kerelaannya!

"Tuan Danish!" Tubuh Danish ditarik kuat dari belakang menyebabkan tubuh kekar itu jauh daripada Ariana. Danish merenung tajam wajah manusia yang berani menghalangnya itu. Glock yang diselit pada pinggang dikeluarkan.

"Kau!"

BANG

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now