𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 49

Start from the beginning
                                    

"Kalau kau betul sayangkan aku, ikut yang aku suruh, can huh?" Anak mata Ariana merenung ke dalam anak mata Danish. Mencari maksud bagi ayat yang lelaki itu katakan tadi.

"Kau nak gunakan aku, Danish?" Perlahan sahaja Ariana menyoal. Kedua belah tangannya masih melekap pada bahu tegap Danish.

"Tak. Aku tak pernah gunakan kau." Danish melepaskan dagu Ariana sebelum tangan naik mengusap belakang leher isterinya. Mata memanah tajam ke dalam anak mata hazel Ariana.

"Bunuh Airil untuk aku." Tersentak Ariana apabila ayat itu meluncur laju keluar dari bibir suaminya. Laju sahaja tangannya menolak bahu Danish namun tubuh lelaki itu langsung tidak bergerak. Kudrat lelaki.

"No—"

"Aku sayang kau." Danish menarik tubuh Ariana merapat dengan tubuh sasanya. Wajahnya dibenamkan pada leher jinjang isterinya itu. Ariana memejamkan rapat matanya sebelum memeluk leher Danish. Tuhan, andai ini mimpi, tolong jangan kejutkannya. Biar dia lena dalam mimpi indah ini buat selamanya.

××××

"Danish, nak pergi mana ni?" Ariana menyoal apabila melihat Danish yang berjalan laju ke depan sambil menarik tangannya. Jari-jemari bersulam antara satu sama lain. Lembut. Kini dia dan Danish berada di ruang bawah tanah rumah mewah suaminya. Selama dia duduk di rumah agam itu, tidak pernah dia mengetahui akan ruang rahsia di bawah ini.

Selepas sahaja makan malam tadi, Danish terus mengajaknya ke sini. Tidak mahu membantah dan tidak mahu menyebabkan baran suaminya itu keluar, dia hanya mengikut sahaja tanpa banyak tanya. Kalau malam itu Danish hendak bunuh dia pun, agaknya dia hanya mampu redha sahaja. Asalkan ditangan suaminya pun tak apa asalkan boleh puas hati lelaki itu. It's okey. Danish memalingkan wajahnya ke belakang sebelum memberikan senyuman senget kepada isterinya itu. Tangannya menarik Ariana mendekatinya sebelum tubuh wanita itu dirangkul erat.

"Nak tengok benda menarik?" Bebola mata Ariana bergerak memandang wajah Danish, pelik. Danish hanya tertawa kecil melihat wajah blur isterinya itu. Sesampai sahaja di pintu besi sebuah bilik, Danish mengetuk buat berberapa kali sebelum dibuka dari dalam. Membulat mata Ariana tatkala sistem penglihatannya dihiasi dengan seorang lelaki yang kedua belah tangannya digantung dan sedang mengerang sakit. Menitik darah dari tubuh lelaki itu membasahi lantai.

"Airil Darian. Look, aku bawakan perempuan yang kau sayang tapi hak milik aku." Ariana terkaku apabila Danish berjalan meninggalkannya dan bergerak ke arah Airil. Pipi lelaki itu ditepuk perlahan menyebabkan Airil membuka kelopak matanya dan merenung wajah Danish.

"Dia—aku hah—punya..."

BUK

"Danish!" Terjerit Ariana apabila Danish bertindak menumbuk kuat wajah Airil. Wajah lelaki itu tampak sedikit tegang menyebabkan Airil tergelak kecil.

"Kau ego. Percayalah ca—cakap aku, kau aka—akan hilang dia sela—selagi ego kau masih ada." Danish merenung tajam wajah sinis Airil. Dah nak mati pun nak bersinis lagi!

"Aisya." Bebola mata Ariana laju bergerak memandang wajah suaminya. Lelaki itu masih merenung tajam wajah Airil bersama senyuman sinis.

"You love me right, sayang?" Danish berpaling dan merenung wajah Ariana. Wanita itu hanya membisu. Takut melihat perubahan suaminya.

"Aku tanya kau, Aisya!" Terhinjut bahu Ariana apabila dijerkah sedemikian. Bergema suara garau Danish di dalam ruang itu. Laju kepalanya mengangguk.

"My sweetie, Jan—jangan biarkan ma—manusia iblis macam dia ni ro—rosakkan kebahagian you." Air mata Ariana laju mengalir. Matanya memandang wajah Danish yang masih merenungnya.

"Stop buat drama murah kau." Danish menjauhi Airil dan terus mengeluarkan revolver yang disisipkan pada pinggangnya. Kaki panjangnya melangkah menghampiri Ariana yang masih kaku.

"If you really love me—bunuh dia." Bergetar anak mata Ariana takkala melihat Danish yang menghulurkan revolver kepadanya. Lelaki itu menjungkitkan kening nipisnya bersama senyuman sinis.

"Danish."

BANG

"ARGH"

"Macam tu, tapi kau tembak dekat kepala." Terhinjut bahu Ariana tatkala Danish menembak bahu kanan Airil. Berdegup laju jantungnya ketika itu.

Airil atau Danish?

BANG

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now