CHAPTER 11

128 18 2
                                    

HARI yang paling ingin dia jauhi sudah tiba. Kalau seteruk mana pun rasa tidak sukanya, hari tetap hari bukan? Alangkah baiknya jika hari boleh dilangkau.

Daiverra Night adalah malam paling dia anti. Bagi seorang Dhea Elaura, ianya bagaikan satu tempoh masa yang terasa lama. Setiap saat terasa jemu. Dia tidak suka akan orang ramai.

Dhea masih lagi berada di meja kerjanya. Merenung kertas yang bersepah itu sebelum tangannya naik mengutip semula semuanya agar sedikit kemas.

Segala kertas-kertas catatannya disimpan di dalam laci. Bukan kesemuanya, kebanyakkan kertas itu adalah hasil maklumat yang dia perolehi berkaitan taman tema terbiar tersebut. Selepas berita hangat tentang kehilangan budak itu, Dhea tidak rasa dia patut duduk diam.

Lagipun, lelaki yang dijumpainya di situ juga pernah menyerang dirinya. Dia inginkan jawapan.

Siapa dia ?

Atau,

Siapa mereka ?

Satu orang atau ramai? Baik atau jahat?

Pada mulanya dia merasakan ini semua hanyalah sia-sia kerana kekurangan informasi. Buang masa saja kerana dia tiada sebarang petunjuk perihal lelaki misteri itu. Maklumat tentang taman lama itu juga tiada.

Dicungkilnya maklumat dari segala sumber yang ada. Tapi semuanya tidak sama dengan lokasi tersebut. Semuanya tidak berkaitan. Aneh.

Seolah-olah, taman tema itu tidak pernah wujud. Lokasinya seperti dipadam dari dalam peta. Segala maklumat tentang asal usulnya juga seperti dibuang dari sosial media.

Namun bukan calang-calang orang yang mampu melakukan sedemikian. Memadamkan koordinat lokasi, membuang segala maklumat dari platform sebegini sudah tentu bukan perkara yang mudah. Ingat macam main petik buah strawberi ke?

Nak petik buah strawberi pun ada syarat-syarat. Bukannya main petik saja ikut suka hati.

Dan jikalau benar perkara mengenai taman itu hilang kerana perbuatan manusia, pasti gerangan yang melakukannya adalah orang yang mahir dalam IT. Bermakna Dhea telah disekat.

Sekali lagi. Buntu. Jalan mati lagi. Seperti yang dijangkakannya dari awal lagi.

Nama taman itu pun tiada. Takkanlah tempat itu tidak pernah dikunjungi orang sebelum ianya ditinggalkan? Takkanlah tiada walau seorang yang pernah ke sana pada masa dulu?

Agaknya berapa tahun rasanya taman itu dibiarkan terbengkalai sebegitu?

Ahhh banyaknya soalan di dalam kepala.

"Aunty , bi...bila kita n..nak pergi?" Kayla yang entah datang dari mana muncul di sisi meja kerjanya. Merenung Dhea menunggu jawapan.

Dhea mengeluh lemah. Terlupa pula pasal budak kecil ini. Dan kalau boleh, dia mahu lupa sahaja. Tapi nanti apa kata Harraf. Dia tidak pandai menjaga budak?

Ya menjaga budak. Sepatutnya Kayla ikut sahaja Harraf bersama Aunty Julia untuk ke majlis malam ini namun disebabkan urusan kerja mengejut datang, Aunty Julia mengharapkan Dhea dapat membawa Kayla ke sana.

Mungkin Aunty Julia dan Harraf lewat dalam sejam. Mereka tetap akan hadir ke majlis itu.

Jadi dialah yang jadi ibu tak bertaraf pada budak ini.

"Siapa bagi you masuk bilik I sesuka hati?" Soal Dhea dengan nada sedikit keras. Kayla berdiam diri sahaja. Tidak tahu mahu membalas apa.

"Kay..Kayla nak jumpa daddy."

"I know. You will. Later. Now go." Arahnya. Dia bukannya benci kanak-kanak cuma sepanjang dia membesar, dia kurang terdedah dengan mereka. Hidupnya penuh dengan kekerasan sahaja.

[OG] Spade : The Secret Of ArietisNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ