BAB 9

11K 480 2
                                    

Usai menunaikan solat Isyak , Amylia terus merebahkan dirinya di atas katil Queen Size nya. Lagi beberapa hari sahaja katil itu menjadi "katil bujang" nya kerana bilik itu akan dijadikan sebagai bilik pengantin atau bahasa mudahnya - katil dia dan Aqil.

Lamunannya terhenti apabila telefon pintarnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Dia membuka kunci skrin telefonnya. Daripada Aqil

"Goodnight and sweet dream"

Tanpa disedarinya , Amylia tersenyum sendiri. Sudah lama dia tidak dapat ucapan sedemikian sejak dia putus hubungan dengan kekasih lamanya ketika dia berada di luar negara sebelum ini.

"Goodnight to you too"

Butang "Send" disentuh dan balasan sudah dihantar. Amylia meletakkan telefon pintarnya di atas meja kecil bersebelahan kepala katilnya dan menutup lampu dan terus melelapkan matanya untuk merehatkan dirinya.

Flashback

Amylia berjalan seiringan dengan Firdaus yang "berjaya" menawan hatinya. Tidak sia-sia Firdaus berusaha mengambil hatinya sejak Firdaus menjadi pelajar baru sekolah Amylia. Firdaus melamar Amylia menjadi kekasihnya ketika mereka mengambil keputusan SPM.

***

"Amylia !!"

Amylia memandang si pemilik suara.

"Dia ni lagi"

"Amy. We need to talk. Private"

"Not now , Firdaus. Saya nak keluar dengan kawan-kawan saya nak raikan result kami"

"Ohhh. Boleh saya ikut ?"

"Err... I don't know tapi.."

"Bawak je lah dia Amy. Kitorang tak kisah" Nabilah menyampuk.

"Yup. Kami tak kisah pun." ujar Afiq dan rakan-rakan yang lain mengangguk tanda setuju kecuali Aqil. Namun Amylia masih berkira-kira untuk membawa Firdaus bersama.

"Kalau macam tu ... okay. Jom"

Akhirnya , mereka melakukan aktiviti bersama sehinggalah...

"Amylia Qistina"

"Huh ?"

Rakan-rakan yang lain juga turut tercengang.

"Dah lama saya perhatikan awak. You know what ? Awak cantik , pandai and the most important thing , awak berbudi bahasa. Dah lama saya nak luahkan ni and now it's time for me untuk luahkan kat awak. Can you be my girlfriend ?"

Mata bundar Amylia membulat dan tersenyum lalu menganggukkan kepalanya tanda setuju manakala rakan-rakan yang lain bersorak. Kecuali Aqil. Aqil hanya mendiamkan diri tanpa membuat apa-apa. Aqil meminta diri untuk pulang lebih awal dengan alasan mama nya sudah menunggu.

"Aqil. Tunggu lah sekejap je lagi"

Aqil tidak mempedulikan kata-kata Farahana dan terus meninggalkan mereka. Sejak itu , Aqil terus menghilangkan diri. Walaupun Amylia dan Aqil berjiran , Amylia tidak lagi terserempak dengan Aqil di luar rumah.

***

Perjalanan Amylia dan Firdaus sedang bahagia bersama tiba-tiba dihalang oleh seorang gadis yang tidak dikenali Amylia.

"Daus ! How dare you buat I macam ni ?"

"B... buat apa ? Who are you ?"

"What ? You buat-buat tak kenal I ? Kita dah couple sejak awal tahun lagi. Patutlah you tak angkat telefon , tak balas sms. Rupanya perempuan kolot ni dah goda you supaya you jauhkan diri daripada I ?"

Amylia terkejut dengan tuduhan melulu gadis itu.

"Apa kau panggil aku tadi ? Perempuan kolot ?"

"Amy ... Let me handle this"

Belum sempat Firdaus melakukan apa-apa, Amylia sudah pun ditolak kebelakang sehingga terjatuh dan bertaburan barang-barang yang dipegang oleh Amylia. Tidak semena-mena tamparan hinggap di wajah gadis itu.

"Apa you buat ni ?! You tampar I ?!"

"Ya I tampar you. Kita putus !"

"What ?! You pilih perempuan kolot ni dari I ?!"

"Yes I am. We are done."

Gadis itu terus meninggalkan mereka berdua dengan hentakan kasut tumit tinggi yang dipakainya. Firdaus pergi mendapatkan Amylia yang masih terduduk di atas tanah.

"Sayang ?"

"Berapa lama awak dengan dia ?"

"Sayang cakap pasal apa ?"

"Awak dengan perempuan tu"

"... Listen here my dear. Dia takde apa pun dalam hati saya. We are nothing. Dia je yang tergilakan saya. Tapi saya..."

"ENOUGH !"

Firdaus terpempan seketika.

"You say that girl and you are nothing. Tapi kenapa tadi awak cakap kat dia yang awak dengan dia dah putus depan mata saya tadi ? Sebab awak nak mainkan dia , aren't you ? Awak dengar sini baik-baik. Baik atau jahatnya dia , jangan mainkan perasaan dia. Saya pun perempuan. Kalau awak buat macam tu kat dia , tak mustahil kalau awak buat macam tu kat saya. She said korang berdua couple sejak awal tahun. Kita couple sejak amik result SPM. Thats mean awak couple dengan dia dulu kemudian awak couple dengan saya sedangkan awak masih in relationship with her. Apa ni ?"

"Let me explain dear I ..."

"Takde apa yang perlu dijelaskan !"

"Awak masih sayangkan saya kan ?"

"Before this , yes. But now..." kata-kata Amylia terhenti.

"Now ?"

Amylia mengemas semua barangnya dan berjalan beberapa tapak dari tempat Firdaus berdiri.

"Kita ... putus. You are nothing to me" sambung Amylia lalu terus mencepatkan langkahnya meninggalkan Firdaus dibelakang. Amylia menuju ke tandas dan masuk ke salah satu pintu. Air matanya laju menuruni pipinya. Dia benar-benar tidak sangka bahawa cinta dia terhadap lelaki itu sia-sia dan dikhianati. Namun dia bersyukur kerana Allah telah menunjukkan kebenaran kepadanya dari terus ditipu oleh lelaki itu.

End Of Flashback

Amylia terjaga. Jam menunjukkan pukul 2.10 pagi.

"Firdaus.. apa dia buat sekarang ? Walaupun kita dah takde apa-apa , awak tak buat benda tak elok selepas perpisahan kita tu kan ?"

Amylia menuruni katilnya dan terus mengambil wuduk untuk melakukan solat sunat tahajjud dan menyambung tidur semula.

Jodoh Next DoorWhere stories live. Discover now