BAB 6

10.7K 504 10
                                    

5 TAHUN KEMUDIAN ...

Setelah 3 tahun Amylia berada di luar negara menyambung pelajarannya , akhirnya dia pulang ke tanah air yang tercinta. Sudah lama dia meninggalkan rumahnya.

Selepas dia membayar tambang teksi yang menghantarnya ke rumah , beg pakaiannya dikeluarkan dari bonet kereta. Dia melangkah masuk ke kawasan rumah bersama bagasi beroda di tarik bersamanya.

"Assalammualaikum ! Ibuuuu ! Amy dah balik !"

"Waalaikumussalam. Masuklah Amy. Pintu tak berkunci. Ibu ada di dapur" sahut ibunya dari dalam rumah.

Amy terus membuka kasutnya dan masuk ke dalam rumah bersama bagasi yang tidak lepas dari pegangannya. Bagasinya diletakkan di sebelah sofa lalu terus berlari ke dapur mencari ibunya.

"Ibu !" Amy memeluk ibunya daripada belakang dan menyalami tangan ibunya.

"Macam mana belajar ?"
"Alhamdulillah ibu. Graduasi tahun depan insha Allah"

"Hah bagus lah tu. Lepas ni boleh lah Amy sambung cita-cita Amy tu kan ?"

"In Shaa Allah ibu. Berkat doa ayah dengan ibu untuk Amy. Amy nak naik atas dulu. Amy penat"

"Yelah. Nanti ibu panggil turun masa minum petang nanti. Pergi lah berehat dulu"

"Okay. Amy naik atas dulu"

Amylia meninggalkan ibunya di dapur lalu mengangkat bagasinya naik ke tingkat atas menuju ke biliknya.

Tombol pintu biliknya dipulas lalu menarik beg bagasinya masuk ke dalam biliknya yang sudah 3 tahun ditinggalkan.

Amy menghempaskan badannya di atas katilnya yang bersaiz queen size.

"Alamak. Phone tertinggal kat bawah. Malasnyaaaa nak turun balikkkk"

Nak taknak , dia mesti bangun juga untuk turun ke tingkat bawah mengambil telefon pintarnya.

Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari biliknya , Amylia terdengar bunyi pintu bilik mandi dibuka. Apabila dia mengalihkan pandangannya ke arah bilik mandi itu , seseorang sedang berdiri betul-betul di hadapannya.

Oleh kerana manusia itu lebih tinggi daripadanya , dia mendongak ke atas untuk melihat wajah orang yang sedang berdiri di hadapannya. Setelah di amati wajahnya , Amylia tiba-tiba menjerit sehingga menyebabkan ibunya tergesa-gesa naik ke tingkat atas.

"Eh kenapa ni, Amy ??? Kenapa ???"

"Apa dia buat kat sini, ibu ????????"

"Aik ? Dah tak kenal lagi ke sejak duduk oversea lama sangat ? Aqil tinggal dengan kita sementara mama dengan ayah dia kat oversea tu sebab urusan pekerjaan. Aqil pun baru habis belajar dua hari lepas" jelas ibunya panjang lebar. Amylia hanya melopong mendengar penjelasan ibunya.

"Tutup mulut kau tu. Tercekik lalat kang , aku taknak buat CPR"

Ternyata perangainya tidak berubah sejak zaman sekolah lagi. Perangai yang menyakitkan hati Amylia sejak perkenalan Amylia dan Aqil.

Amylia hanya memberi renungan tajam kepada Aqil tetapi Aqil langsung tidak memberi sebarang reaksi dan terus masuk ke dalam bilik tidur sementaranya.

"Hah dah pergi mandi lepas tu kalau belum solat lagi , solat lah. Ibu ada kerja kat dapur tu hah." pesan ibunya sebelum meninggalkan Amylia bersendirian.

Amylia memandang Aqil yang ketika itu berjalan menuju ke ruang tamu.

"Kenapa dia makin nampak gagah ? Makin kacak pun ya jugak ... eh tak boleh Amy ! Jangan tertipu !"

Jodoh Next DoorDonde viven las historias. Descúbrelo ahora