BAB 12

10.6K 464 5
                                    

Di hari persandingan Aqil dan Amylia. Majlis berlangsung dengan meriahnya walaupun hanya dihadiri jiran tetangga, saudara mara dan sahabat Aqil dan Amylia.

Amylia membelek dirinya di hadapan cermin dengan pakaian pengantin yang serba ungu. Ya warna kegemaran Amylia.

Puan Seri masuk ke dalam bilik untuk melihat anaknya.

"Tak sangka anak ibu ni cantik sebenarnya kan ?"

"Ikut ibu lah kot. Ibu kan cantik jugak. Kat dunia ni, ibu lah orang paaaaaling cantik. Tak payah masuk Ratu Cantik, Miss World pun dah tahu dah ibu memang cantik"

"Hah ye lah. Jom. Pengantin lelaki dah siap dah"

Amylia mengikut ibunya dari belakang. Amylia sememangnya cantik kerana ciptaan Allah semuanya cantik. Mata Amylia yang besar itu mengikut ibunya. Begitu juga hidung dan bibirnya.

Aqil dan Amylia disandingkan di atas pelamin.

Selesai bersanding, mereka akan ke meja makan untuk acara makan beradab. Kemudiannya ke acara memotong kek dan akhir sekali sesi bergambar.

Selepas para tetamu pulang dan hanya tinggal keluarga Aqil dan Amylia serta sahabat karib mereka seperti biasa Raihan, Afiq, Naim, Farahana dan Amirah, mereka duduk bersama untuk berehat bersama. Para sahabat juga memainkan peranan dalam majlis tersebut. Afiq dan Naim bertugas untuk mengangkat pinggan untuk di basuh. Manakala Farahana bertugas untuk memberikan cenderamata untuk tetamu yang hadir. Amirah ? Raihan ? Oh ya mereka sebagai pengapit Aqil dan Amylia.

"Tamatlah majlis ni. Aqil dan Amylia. Selamat pengantin baru. Semoga kekal hingga ke anak cucu. Jangan gaduh-gaduh lagi macam zaman sekolah dulu hahaha" ujar Afiq.

"Dulu punya cerita jangan diungkit. Dulu lain, sekarang lain. Kan sayang ?" Aqil memeluk bahu Amylia yang berada di sebelahnya. Amylia hanya mengiyakan sahaja walaupun jantungnya seperti hendak tercabut ketika itu.

"Tak sabar nak jadi makcik hoho" ujar Farahana pula. Tak memasal wajah Amylia merona merah.

"Eh sabar lah dulu. Awal lagi. Aku nak sweet sweet dengan dia dulu. Maklumlah dulu asyik gaduh je" jawab Aqil. Aqil dah seperti P.A kepada Amylia, jawab soalan untuk Amylia.

"Eh jangan lah cakap pasal anak. Malu dah Amy" Kata Amirah yang perasan reaksi Amylia yang kelihatan resah.

Tidak lama selepas itu, Puan Seri dan Puan Azizah muncul menatang minuman dan kuih muih untuk dimakan bersama.

"Borak apa ni ?"

"Takde apa lah makcik. Borak kosong je"

Puan Seri menuangkan jus oren ke dalam setiap gelas.

"Aqil dengan Amy dah settle. Lepas ni siapa pulak agak-agak ?" Soal Puan Azizah.

"RAIHAN DENGAN AMIRAH !! Tadi ada usha masa diorang jadi pengapit. I don't know why diorang macam ada chemistry" jawab Amylia dengan terujanya.

"Wahhh jodoh dah depan mataaa"

Raihan dan Amirah cuba mengawal riak muka.

"Takpe lah. Kita tunggu je nanti. Kita tengok dapat jemputan dari siapa dulu" cadang Puan Seri.

Kemudiannya, si bapa dua mempelai itu pula yang muncul.

"Seronoknya bersembang. Tadi dengar pasal jemputan kahwin. Siapa yang nak kahwin tu ?"

"Belum lagi lah ayah. Coming soon. Tak tahu siapa yang naik pelamin pulak lepas ni" jawab Amylia.

"Hah yelah. Aqil. Ingat ye pesanan ayah. Amy dah jadi tanggungjawab Aqil"

Jodoh Next DoorOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz