BAB 12

132 14 1
                                    

"DAHLAH tu jangan pandang aku macam tu," kata Darwish kepada Rayyan yang dari tadi asyik memandangnya dengan tajam.

"Aku dah ceritakan semuanya pada kau. Tak ada tokok tambah," tambah Darwish.

Jejak sahaja kaki ke dalam rumah dari pulang makan bersama Alisha tadi, Rayyan sudah tercegat dekat depan pintu, lantas ditariknya dia masuk ke dalam bilik dan disoal seperti penjenayah. Macam-macam Rayyan soal dan kesemua soalan berkaitan dengan Alisha.

Nak tak nak, dia terpaksa bercerita dari awal, apa yang berlaku sepanjang mereka di Teluk Batik. Daripada dia memandu ke sana sehinggalah dia menyelamatkan Alisha daripada sekumpulan lelaki mabuk, Dengar sahaja bahagian itu, Rayyan terus menepuk dahi.

"Kenapa kau selamatkan dia? Tak boleh ke kalau tak jadi hero?" tanya Rayyan.

"Kalau aku tak selamatkan dia, siapa lagi? Aku datang dengan dia, jadi kau patut jaga dia. Lagipun, papa Lisa dah call aku petang tu supaya jaga Lisa . Nak tak nak, aku terpaksa pikul tanggungjawab tu," terang Darwish.

Sekali lagi Rayyan mengeluh.

"Kau tahu tak apa yang dah berlaku sekarang?" tanya Rayyan serius.

"Ada apa-apa yang dah berlaku ke?" tanya Darwish kembali.

Rayyan mendengus marah.

"Cuba kau fikir, awal-awal pagi di a datang ke rumah ni, sedangkan dua tak pernah masuk ke rumah kita awal-awal pagi. Plus, dia bawakan kau donat, makanan kegemaran kau. Lepas tu dia siap tuang air untuk kau. Lepas tu, dia cakap kau sangat comel dan kelakar. Aku masih lagi geli part tu," terang Rayyan.

"So?" tanya Darwish yang masih tidak boleh mengagak.

"So?" ulang Rayyan semula. "Kau boleh kata so?"

"Habis tu? Aku tak faham," balas Darwish dengan muka tidak bersalah langsung.

"Apa yang dah kena dengan kau ni? Takkan kau dah terkena sihir Alisha?" Rayyan bagaikan mati kutu dengan sikap Darwish yang acuh tak acuh itu.

"Dia sekarang dah lancarkan misi memikat kau, kau tahu tak?"

"Oh!" Jawab Darwish sambil mengangguk faham.

"Jadi, apa masalahnya?" tanya Darwish yang lansung tidak terkejut dengan apa yang diberitahu Rayyan tadi.

"Kau tak terkejut?" tanya Rayyan.

"Kalau dengan Lisa, tak ada apa yang boleh buat aku terkejut. Kita semua tahu perangai dia, bukan?"

"Habis tu, kalau kau dah tahu, kenapa kau tak mengelak? Jangan-jangan kau dah sukakan dia? Oh, no! Aku tak boleh bayangkan kau orang berdua bercinta," ujar Rayyan sambil membenamkan mukanya ke atas bantal tidurnya itu.

"Jangan mengarut. Aku tahu apa yang aku buat. Kau tak perlulah risau."

Rayyan mengangkat kepala. Kemudian, dia menghela nafas panjang, menenangkan fikiran sebentar.

"Sebab aku tak tahu apa yang kau nak buatlah aku risau. Aku tak nak nanti, tiba-tiba kau dengar kau nak pergi pinang Alisha tu. Masak, wei. Kau nak jadi mangsa Lisa seterusnya ke? Nak tambah koleksi dia ke?" tanya Rayyan cuba menakutkan-nakutkan Darwish.

Darwish tersenyum. Senyumannya menyimpan beribu makna.

"Pendek kata, aku tahu apa yang aku buat. Aku pandai jaga diri. Aku tahu Lisa tu macam mana. Kalau dia nak pikat dengan teknik murah dia tu.... dia patut fikirkan sekali lagi," ujar Darwish. Kali ini nampak lebih serius.

Mendengar Darwish berkata dengan serius, Rayyan kembali tenang. Dia berharap Darwish tidak mudah terjerat dengan teknik pemburu cinta Alisha. Mungkin tiada apa yang perlu dirisaukan kerana mereka berdua sudah lama menjadi kawan Alisha.

Alan Alisha's [SU]Where stories live. Discover now