BAB 1

839 72 3
                                    

"EEUUU....kau mimpi hampir nikah dengan Darwish?" kata Damia, gadis bertudung litup dengan mimik muka menahan geli di hati.

"Memang eeuuu! Nasib baik aku sempat halang, kalau tak memang punah masa depan aku nak jadi isteri Zakri nanti," balas Alisha, gadis yang berpipi tembam dan gebu, dengan penuh perasaan. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Alan Darwish yang turut berada di situ. Lelaki tinggi lampai dan bertubuh sasa itu dilihat langsung tidak peduli dengan apa yang diceritakan sebentar tadi. Seperti selalu.

"Aku dah kata, semua tu hanya mimpi. Kenapa kau nak kisah sangat sampai telefon aku pagi-pagi buta? Tak perlulah panik sangat," jawab Darwish tenang, seperti selalu.
Alisha mencebik geram. Bercakap dengan Darwish memang buang masa sahaja. Lelaki itu tidak pernah ambil peduli dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.

"Macam mana kalau mimpi itu betul-betul berlaku? Macam mana kalau suatu hari nanti kita terlanjur dan kena paksa kahwin? Macam mana kalau suatu hari nanti kita kena tangkap basah dan kita kena kahwin? Macam mana kalau suatu hari nanti kita betul-betul akan berkahwin?" soal Alisha menahan geram.

"Kenapa semuanya contoh kahwin paksa?" soal Damia.

Alisha menjeling Damia. Jelingan Alisha menyebabkan Damia mengunci mulutnya serta-merta.

"Aku paling tak suka dapat mimpi macam ni. Otak aku sentiasa berfikir dan berfikir segala kemungkinan dan hanya akan berakhir kalau aku dapat mimpi yang memberikan petanda yang baik. Aku masih ingat lagi, masa aku berada di sekolah menengah, aku bermimpi seorang budak lelaki yang paling aku benci bagi bunga kat aku dan beberapa hari kemudian dia betul-betul bagi aku bunga. Kau nampak apa yang membuatkan aku panik sekarang? Apa yang aku mimpi selalunya akan menjadi kenyataan. Aku takut bila perkara itu berlaku, aku akan dicop perampas dan Irdina gerenti akan tumbuk aku sampai lebam sebab curi cinta hati dia," tambah Alisha dengan panjang lebar.

"Aku tak sejahat tu, Alisha," ujar Irdina di sebelahnya. Gadis tinggi lampai yang pernah jadi model itu juga geli hati mendengar mimpi Alisha tadi.

"Sorry, Irdina. Aku tak tahu apa yang dah berlaku sampai aku termimpikan bf kau. Serius, aku langsung tak ada sedikit perasaan pun terhadap Darwish. Dia yang sibuk nak nikah dengan aku," tegas Alisha sambil mengangkat tangannya paras bahu, seakan bersumpah.

"Jangan risau. Aku tahu. Aku kenal kau. Kau kawan baik aku," Damia cuba meredakan panik yang dihadapi oleh kawanya itu.

"Okey, okey. Aku tahu, tapi kalau kau peluk aku dengan kuat sampai buat aku tak bernafas, bukan kawan namanya tu," ujar Damia meronta-ronta minta dilepaskan.

"Sorry," ucap Alisha terus melepaskan pelukannya selepas menyedari hal itu. Mungkin kerana terlampau gembira, dia tidak sedar yang pelukannya hampir membuat rakannya itu tidak dapat bernafas.

"Aku masih ragu-ragu dengan mimpi kau," ujar Rayyan baru bersuara.
Satu jelingan dihadiahkan kepada Rayyan. Sekali pandang, Rayyan seperti seorang pelajar skema kerana selain pakaiannya yang nampak skema, dia juga memakai cermin mata bulat yang menjadi kegemaran pelajar skema yang lain. Namun, pada hakikatnya, Rayyan hanya pura-pura skema. Lelaki itu juga suka mencari pasal dengannya. Lagi satu, cermin mata bulatnya hanyalah hiasan semata-mata.

"Kenapa?" tanya Alisha yang awalnya malas ingin bertanya.

"Kau pasti kau mimpi pasal Darwish hampir berkahwin dengan kau atau kau dengan dia hampir....." kata-katanya terhenti di situ, tetapi daripada gayanya dia cuba untuk bercakap sesuatu.

" Rayyan aku tak faham bahasa bunian kau," ujar Alisha selamba.

"Err.... Kita pernah belajar pasal perbezaan lelaki dengan perempuan di sekolah dulu. Aku tak pasti tingkatan berapa, tapi aku suka dengan subjek tu. Tambah lagi cikgu yang mengajar subjek tu adalah perempuan.... Pergh... Memang cute waktu..... Adui!" kata-kata Rayyan sekali lagi terhenti apabila dia merasakan ada sesuatu yang memijak kakinya. Walaupun Rayyan tidak melihat, namun dua yakin, kakinya dipijak oleh kasut tumit Tinggi yang dipakai oleh Damia. Semakin lama semakin kuat dipijaknya.

Alan Alisha's [SU]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα