BAB 9

273 26 2
                                    

"Oh.... handsomenya!"

Nana di sebelahnya mula menggelupur kegedikan seperti yang dijangka Alisha. Tapi oleh sebab Alisha pun turut tersihir dengan kenyitan mata Darwish tadi, dia masih terpaku seperti patung. Otaknya kosong. Macam baru sahaja kena cuci.

"Boyfriend kau ke? tanya Nana.

"Hmm.... " Alisha mengangguk tanpa sedar.

"Alah.... Kenapalah kau selalu dapat boyfriend yang sangat handsome? Aku cemburulah," ujar Nana kecewa.

"Eh, tak! Dia bukan boyfriend aku." Pantas Alisha membetulkannya setelah dia menyedari dia sudah tercakap sesuatu yang tidak benar malah lari daripada rancangan sebenarnya.

"Betul?" Mendengar Alisha menafikannya, Nana mula gembira.

Alisha mengangguk.

"Dia kawan aku. Papa aku tak bagi aku drive sendiri ke sini, jadi aku minta bantuan dia, terang Alisha secara ringkas. Dia menghela nafas lega. Tidak faham dengan dirinya sendiri. Entah apa pula sihir yang Darwish guna tadi sehingga otaknya kosong sebentar.

"Oh.... Siapa nama dia?" tanya Nana semakin miang.

"Alan Darwish."

"Single?" tanya Nana pantas.

"Hmm... " Alisha sengaja tidak mahu menjawab soalan itu dengan segera. Bila dia tengok Nana bagaikan kurang betina yang tidak sabar, akhirnya dia bersuara, "Masih single, tapi.... susah sikit."

"Susah? Dia gay?" tanya Nana tanpa bertapis.

"Setakat ni aku tak nampak lagi dia berminat dengan lelaki," beritahu Alisha ketawa.

"Oh.... aku tahu. Dia pemalu, kan?"

"Err.... susah nk kata."

"Pendek kata dia bukan boyfriend kau, kan?"

Alisha mengangguk.

"Okey, thank you. Aku nak masuk bilik dulu, mandi, tidur dan lepas tu nak bersiap untuk majlis malam ni. Pastikan kau jangan lupa ajak dia malam ni ya," ujar Nana kepada Alisha sebelum melangkah pergi. Meninggalkan kaunter.

Huhu, ingat aku ni orang suruhan kau ke yang perlu ikut arahan kau? Sorry. Walaupun Darwish bukan boyfriend aku, tapi aku sayang dia. Aku takkan benarkan kau ganggu hidup dia! Hati Alisha bersuara dengan penuh menyampah.

"Qistina, oh , Qistina," tegur Melati tiba-tiba.

"Kenapa?" tanya Alisha.

"Kau ni sejak dari dulu lagi tak berubah."

"Err.... apa maksud kau?"

"Kau tahu yang Nana pasti akan jadi pesaing kau nak pikat Arie. Jadi kau sengaja bawa kawan kau yang handsome tu semata mata nak alihkan pandangan Nana. Betul tak?" teka Melati.

"Sejak bila kau berkawan dengan ahli peramal nasib manusia ni?" tanya Alisha separuh bergurau separuh terkejut.

"Sejak aku berkawan dengan kawan yang selalu ada rancangan jahat," jawab Melati selamba.

"Mana ada rancangan jahat. Ini strategi. Kau ingat main bola sepak je ke yang kena ada strategi? Semua benda yang kita perlu buat mesti ada strategi. Strategilah yang mampu buat kita lebih maju selangkah," kata Alisha penuh yakin.

"Aku ingat dulu kau kata, kita perlu bersikap adil dengan setiap persaing kita. Adil ke dengan apa yang kau buat ni? soal Melati lagi.

"Melati, kau pernah dengar tak orang kata, belajar daripada kesilapan? Ya. Memang aku pernah kata macam tu dulu. Aku memang sukakan persaingan yang sihat dan adil, tapi lepas aku kalah dengan seorang perempuan tu, aku dah tak percayakan persaingan yang adil. Itulah yang aku belajar daripada kesilapan aku," jawab Alisha.

Alan Alisha's [SU]Where stories live. Discover now