𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 3

Start from the beginning
                                    

"Adik, congratulations sayang." Airish memeluk tubuh Ariana menyebabkan wanita itu tersenyum nipis.

"Thank you akak." Ariana menolak perlahan bahu kakaknya itu bagi meleraikan pelukan mereka. Wajah Airish dipandang bersama senyuman manis. Airish turut tersenyum lebar sebelum mengusap lembut pipi putih kemerahan adiknya.

××××

Ariana hanya memerhati tetamu terdekat yang hadir pada hari pernikahannya itu. Ramai yang memandang hina ke atasnya, ada juga yang mesra dengannya. Ibu bapanya awal-awal lagi sudah pulang selepas habis akad nikah sebentar tadi. Sedang ralit dia memerhati gerak-geri manusia yang berada di rumah mama mentuanya, mata terpaku pada susuk tubuh lelaki yang bergelar suaminya sedang berbual dengan seorang perempuan berambut blonde. Mungkin sahabat jauh Danish kerana sebelum ini tidak pernah pula Ariana lihat.

Namun, wajah dingin Danish menarik perhatian Ariana ketika itu. Wajah perempuan berambut blonde tersebut juga tampak dingin. Cepat-cepat Ariana mengalihkan kembali pandangannya apabila perempuan berambut blonde di hadapan Danish mengerling ke arahnya. Ariana merenung tangan, jari manis runcing tangan kanannya yang tersarung cincin Datin Diana direnung. Senyuman tipis terukir cantik pada wajahnya. Dia yang cipta permainan ini, dia juga permain dalam permainannya ini sama ada dia menang atau dia kalah, semua itu terlalu penting.

"Ari." Ariana mengangkat wajahnya apabila namanya dipanggil. Wajah Datin Diana yang sedang tersenyum manis menghiasi pemandangannya.

"Ya mama?" Lembut sahaja Ariana menyoal. Senyuman manis terukir cantik di wajah jelitanya.

"Ari masuk bilik dulu. Rehat. Danish tu biarkan je. Rehat okey?" Datin Diana mengelus lembut kepala Ariana yang berbalut dengan tudung bawal bewarna putih.

"Okey mama." Ariana mengangguk bersama senyuman nipis. Matanya mengerling sekilas Danish yang masih rancak bersembang. Datin Diana hanya melihat menantunya naik ke tingkat atas sebelum wanita itu memandang Danish yang sedang merenung ke arahnya.

××××

"Danish Uqael." Danish yang sedang merenung Datin Diana dan Ariana memalingkan wajahnya apabila suara maskulin abangnya memanggil namanya. Dia hanya merenung wanita yang bergelar mamanya itu apabila Erin meninggalkannya tadi.

"Jaga Ariana. Kau kenal dia dah lama. Lebih lama dari kau kenal Qila. Never hurt her, Danish. Jangan pernah talakkan dia if you love yourself. Dylan mungkin sayang kau tapi aku tak kenal erti sayang. Faham?" Danish menatap tajam mata biru Mikael yang sedang merenungnya bersama senyuman sinis. Dia tahu, personaliti kedua abangnya ini sangat mementingkan semua orang yang berada dekat dengan keluarga Dylan. Terlalu menjaga.

"Kau lebihkan orang luar daripada adik kau sendiri Mikael." Mikael tergelak mendengar kenyataan Danish. Kepala digelengkan dengan perlahan.

"Kau lupa? Aku orang luar juga, Danish. Abang kau yang wujudkan aku. Aku bukan abang kau." Danish merengus kasar tatkala Mikael berlalu pergi bersama tawa yang masih tersisa.

"Prepare yourself, Aisya Ariana."

××××

Ariana mengelap rambut perangnya yang basah dengan tuala kecil. Perfume bauan vanila disemburkan pada lehernya. Baru sahaja dia hendak meletakkan botol kaca yang mempunyai cairan yang berbau wangi itu di atas meja, Ariana sedikit tersentak apabila pintu bilik suaminya dibuka dan ditutup. Walaupun perlahan, dia rasa aura lelaki itu sedang menyengatnya.

"Aisya Ariana." Perlahan sahaja suara maskulin Danish menyebut nama panjangnya. Ariana kekal kaku dan tidak berniat untuk memusingkan tubuh memandang suaminya. Wajahnya ditundukkan dan tidak mahu melihat pantulannya di dalam cermin tersebut. Dadanya bagaikan hendak meletup apabila Danish tertawa kecil namun kedengaran lebih kepada ketawa sinis.

"Are you happy now kitten?" Ariana menelan payah salivanya apabila dia rasakan ada tangan yang berlingkar di pinggang rampingnya. Perut kempisnya dielus lembut oleh tangan kasar Danish.

"Perangkap aku untuk kebahagian kau, Aisya Ariana?" Ariana memejamkan rapat matanya apabila terasa hembusan hangat nafas suaminya pada belakang batang tengkuknya.

"Pandang cermin, Aisya." Danish berbisik halus tepat di telinga Ariana. Senyuman sinis tak pernah terlepas dari wajahnya.

"Kitten, did you hear me?" Kali ini terselit nada tegas di dalam bisikkan Danish. Pinggang Ariana dicengkam kuat menyebabkan wanita itu mendesis sakit dan terpaksa mengangkat wajahnya memandang cermin.

"Tengok apa yang kau dapat. Aku betul-betul belakang kau kan?" Bergetar anak mata Ariana melihat Danish tersenyum sinis memandangnya.

"Welcome to your hell kitten."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now