𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 2

Start from the beginning
                                    

"Danish, mana Ari—"

"I'm here mama." Belum sempat Datin Diana hendak menghabiskan pertanyaannya, Ariana yang baru sahaja turun terus mencelah bersama sengihan. Danish hanya mengulingkan biji matanya.

"Kau sakit mata ke Danish? Nak aku cungkil guna sudu ni?" Bergema suara maskulin Dylan memerli Danish yang baru sahaja duduk berhadapan dengannya.

"Kau kalau kerja tak menyakitkan hati orang, tak sah." Selamba sahaja Danish membalas perlian Dylan. Aira hanya menggelengkan kepalanya memandang suaminya. Hanyra yang berada di atas riba Dylan disuapkan bubur nasi.

"Apa kamu berdua ni? Asyik nak bergaduh je. Ari meh sini duduk makan tepi Qila ni." Datin Diana memanggil Ariana yang hanya tergelak kecil memerhati Dylan dan Danish. Tengku Aqila tersenyum manis ke arah gadis tersebut.

"Sebelum tu, kau pergi dapur sekejap, ambilkan aku air yogurt." Selamba sahaja Danish mengarah Ariana yang baru sahaja hendak melabuhkan punggungnya di sebelah Tengku Aqila.

"Apa mengarah orang ni, pergilah ambil sendiri—"

"Sokey mama, Ari pergi ambilkan sekejap." Ariana terus ke ruangan dapur. Cawan kaca yang tersangkut pada rak gantung diambil dan diletakkan di atas meja kaca. Peti sejuk dibuka sebelum kotak air yogurt berperisa strawberry itu diambil. Ariana menuangkan air itu ke dalam cawan kaca tersebut. Matanya terpejam seketika sebelum dia mengambil sepaket kecil plastik yang berisi serbuk bewarna putih di dalam poket seluarnya.

"I'm sorry Danish." Ariana menggigit bibirnya sebelum dia mengisi serbuk putih itu ke dalam air yogurt berkenaan. Nafas dihela perlahan. Ariana kembali meletakkan kotak air yogurt itu ke dalam peti sebelum dia megambil cawan berisi air kegemaran Danish tersebut dan melangkah ke ruangan makan.

"Nah." Ariana meletakkan cawan air itu di hadapan Danish. Lelaki itu hanya mengangguk sahaja tanpa memandang wajah Ariana.

"Meh sini Ari. Makan ni." Datin Diana menggamit Ariana supaya duduk disebelah Tengku Aqila.

×××

Danish mengibas wajahnya dengan tangan apabila dia terasa panas, berbahang seakan duduk di tengah panas terik matahari. Padahal ruang tamu rumah mamanya itu sudah dilengkapi dengan penghawa dingin.

"Kau ni dah kenapa terkibas-kibas?" Dylan memandang pelik wajah Danish yang kemerahan dan berpeluh itu. Anak gadisnya yang berada di atas pehanya ralit menonton television.

"Aku panas." Danish meraup kasar wajahnya. Dia pun pelik dengan keadaannya ketika ini. Tiba-tiba sahaja panas begini. Bingkas dia bangkit dari sofa, baju yang dipakainya sudah basah dengan peluh pada bahagian belakang.

"Aku naik dulu Dy." Danish mencuit lembut hidung mancung anak saudaranya sebelum dia bergegas naik ke tingkat atas yang menempatkan biliknya. Ariana yang hanya memerhati dari ruang dapur hanya mendiamkan diri.

"Ari, kalau kamu penat, naik atas. Tidur. Mama, Qila dengan Aira boleh siapkan kuih ni." Datin Diana yang sedang mengaul tepung menegur Ariana yang hanya mendiamkan diri itu. Gadis tersebut tersenyum nipis.

"Ari naik dulu ya mama, Qila, Aira?" Tengku Aqila dan Aira hanya mengangguk bersama senyuman manis. Ariana membasuh tangannya sebelum dia dengan perlahan keluar dari ruangan dapur dan terus ke tingkat atas. Dia tidak menuju ke biliknya tetapi dia terus ke bilik Danish. Suara dan nafas kasar seseorang kedengaran dari bilik itu. Ariana menghela nafas perlahan sebelum membuka pintu bilik Danish yang tidak berkunci.

Matanya sedikit membulat apabila melihat keadaan Danish ketika itu. Separuh badan sasa tersebut terdedah tanpa pakaian. Danish memandang ke arahnya.

"Sayang, i really need you right now." Lengan Ariana ditarik kasar sebelum tubuh gadis itu dipeluk oleh Danish.

"Danish, I'm not—"

"Shhh."

End Flashback❞

"Salah Ari." Ariana menunduk tatkala teringat kembali kejadian itu. Air matanya menitik jatuh ke atas tangannya. Malu dan rasa serba salah.

"Shh. Benda dah jadi Ari." Airish mengusap lembut bahu Ariana.

"Ari yang mulakan semua ni, jadi Ari akan habiskan sendiri..."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now