Bonjour, Mon Amour - Bab 6

14 0 0
                                    

SEBAIK sahaja kaki melangkah masuk ke dalam perut kapal terbang, kelihatan dua orang pramugari Malaysia Airlines (MAS) menyambut Layla dengan senyuman lebar. Automatik dua ulas bibir Layla turut mengorak senyum sebelum dia mencari tempat duduknya. Apabila langkah kaki berhenti di tepi deretan kerusi, sempat anak matanya menangkap seorang kanak-kanak perempuan yang berwajah Pan-Asia sudah duduk di kerusi tengah yang menempatkan tiga buah kerusi.

Compartment yang terletak di bahagian atas tempat duduk dibuka untuk meletakkan beg laptop miliknya dan sempat dia mengukir senyum ke arah kanak-kanak perempuan itu dengan menghantar isyarat anak mata yang dia mahu masuk ke bahagian dalam deretan kerusi memandangkan tempat duduknya terletak di tepi tingkap. Pantas kanak-kanak perempuan itu membalas semula senyumannya dan Layla melabuhkan duduk sambil anak mata meliar memandang sekeliling. Pelik dia kerana ibu bapa budak perempuan itu tidak kelihatan langsung. Tidak mungkin kanak-kanak sekecil itu menaiki kapal terbang tanpa ditemani ibu bapanya.

Baru sahaja mulut dia ringan mahu bertanya, kelihatan seorang lelaki Melayu menghampiri barisan tempat duduk mereka dan melabuhkan duduk di sebelah kanak-kanak perempuan tadi. Bulat terus sepasang mata Layla.

Itu lelaki yang dia jumpa di dalam tandas lelaki tadi! Kenapalah dalam banyak-banyak penerbangan yang ada, dia mesti satu flight dengan lelaki ini?

Cepat-cepat Layla menarik keluar majalah dari dalam poket seat di hadapannya dan menyembunyikan wajah di sebalik majalah di tangan. Dia pura-pura khusyuk membaca majalah itu.

"Are you okay, darling?" Suara garau yang menyoal itu membuatkan Layla yang sepatutnya menyembunyikan wajahnya di sebalik majalah itu turut mengintai ke sisi. Confirm bapa kanak-kanak itu kerana si comel tersebut sudah tersenyum lebar. Panggilan 'darling' itu membuatkan Layla tumpang senyum. Sedap pula telinga dia mendengarnya. Dahlah suara sedap, gaya lelaki itu pun nampak seperti seorang bapa yang penyayang.

Amboi, kau Layla! Tak agak-agak dengan bapak budak!

"Okay, daddy," jawab si comel di sebelah Layla dengan senyuman lebar.

Tidak lepas-lepas mata Layla memerhatikan si 'daddy' yang sudah tersenyum sambil membetulkan kardigan di tubuh kecil anaknya sebelum tangannya naik merapikan rambut si comel yang ditocang dua itu. Lesung pipit yang terbentuk di pipi kanan si daddy menarik pandangan mata Layla supaya terus melekat di situ. Dan Layla semakin yakin yang dia pernah nampak senyuman itu sebelum ini tetapi dia lupa siapa dan di mana. Itulah, dia ni dah terlebih minum air bersemut gamaknya.

Qadr yang sejak tadi menguntumkan senyum sambil memastikan Orked selesa di tempat duduknya mula mengerutkan dahi apabila perasan ada orang lain yang sedang memerhatikan telatah mereka.

'Eh, itu budak perempuan yang salah masuk toilet lelaki tadi!'

"Ehem!"

Suara Qadr yang berdeham itu membuatkan Layla cepat-cepat menyembunyikan wajah di sebalik majalah semula dan pura-pura menyelak halaman demi halaman majalah di tangan.

"Kalau tadi awak tersalah masuk toilet lelaki, are you sure you are in the right flight this time?" soal Qadr sarkastik dengan sebelah kening terjongket naik ke atas memandang Layla.

"Encik, kalau saya tersalah naik flight, mesti staf MAS yang check tiket saya tadi takkan benarkan saya masuk," jawab Layla dengan nada suara yang ditahan. Dia geram dan dia segan dengan lelaki itu. "Lagipun, tak boleh ke kalau awak lupakan aje hal kat toilet tadi? Apa yang dah jadi kat toilet lelaki tu, biarlah stay dekat toilet lelaki tu aje. Tak payahlah awak bawa naik kapal terbang pulak," tambah Layla geram.

Bonjour, Mon Amour - Yumi HyraWhere stories live. Discover now