Bonjour, Mon Amour - Bab 10

23 0 0
                                    

DHIYA hanya memerhatikan telatah Layla yang sedang duduk di sofa menerusi ekor matanya. Khusyuk betul gelagat Layla yang sedang menonton ulangan berita dalam bahasa Perancis itu. Dia bertambah-tambah pelik kerana Layla sedang khusyuk menonton slot sukan yang sebelum ini pasti akan terus ditukar ke channel televisyen yang lain. Pelik!

"Layla."

Suara Dhiya yang lembut memanggil itu membuatkan Layla terus menoleh ke sisi. Riak wajah berkerut dihadiahkan kepada cik housemate terchenta dia.

"Kau ni okey ke tak okey ni?"

"Okey aje."

"Ya ke okey? Habis tu, kenapa sejak kau balik tadi kau macam bad mood? Senyap aje sambil pura-pura khusyuk tengok berita. Dahlah berita sukan yang memang kau tak suka pulak tu. Jangan cakap kau dah start buang tabiat pulak! 90 peratus selalunya memang Najmi punca kau bad mood, tapi kau sekarang bukannya kat Malaysia. Najmi tak boleh nak naikkan darah kau kat sini," komen Dhiya panjang lebar.

"Eh, mana pergi lagi 10 peratus?" soal Layla dengan tawa yang ditahan.

"10 peratus tu selalunya bila favourite croissant kau kat kedai bawah tu habis atau bila crush kau yang kat kedai bunga hujung jalan tu senyum kat perempuan lain," jawab Dhiya dengan riak wajah yang serius.

Terus Layla tergelak. Patutlah Dhiya asyik diam sejak tadi. Rupa-rupanya dalam kepalanya penuh dengan kemungkinan-kemungkinan rekaan sendiri.

"Gelak pulak. Eh, kau jangan buat aku takutlah!"

Semakin kuat ketawa Layla sebelum dia berhenti ketawa.

"Aku jumpa seorang pak cik ni dalam flight dari KL hari tu. Anak perempuan dia duduk sebelah aku dalam flight. Dahlah comel dengan muka mix dia tu. Cakap bahasa Melayu pun fasih sangat." Kotak ingatan Layla melayang kepada Qadr dan si comel Orked. Sah yang isteri Qadr memang minah salih jika dilihat pada wajah Orked.

"Jadi?" Hampir bercantum kening Dhiya mendengar cerita Layla yang tiba-tiba.

"Isy, kau ni tak sabar betullah!"

Dhiya koyak sengih.

"Petang tadi, tiba-tiba pak cik tu datang cari aku kat kafe. Dia cari anak perempuan dia yang hilang. Dia ingat aku sorokkan anak dia."

Kali ini biji mata Dhiya membulat dengan pakej mulut yang sudah ternganga.

"Kau sorok anak dia ke? Eh, sejak bila kau dah pandai nak main sorok-sorok anak orang ni?"

Pap!

"Aku gurau ajelah. Sensitiflah kau ni." Dhiya mencebik sambil menggosok-gosok lengannya yang pedih dek tamparan Layla sebentar tadi.

"Dahlah pak cik tu datang kafe bising-bising tanya aku mana anak dia. Lepas tu dia siap panggil aku plain stupid lagi," tambah Layla. Terngiang-ngiang sebaris ayat Qadr sewaktu di kafe tadi. Memanglah dia dah maafkan lelaki itu, tapi memaafkan tak bermaksud melupakan.

"Seriuslahhhh..."

Layla mengangguk.

"Abang Hugo aku tu dah angin semacam. Kalau kau tengok muka Hugo tadi, dia dah ada gaya nak bertukar jadi Thor. Orang Perancis macam dia memang pantang lelaki yang tak ada adab. Nasib baiklah Madame Ines cool aje. Aku yang orang Malaysia ni pulak naik segan sebab pak cik tu masuk kafe dan terus 'sembur' aku tak pandang kiri dan kanan."

"Habis tu anak perempuan pak cik tu pergi mana?" soal Dhiya. Emosi pula dia mendengar cerita Layla. Takkanlah pak cik yang diceritakan oleh Layla itu tidak tahu yang budi bahasa tu penting? Bak kata watak Harry Hart dalam filem Kingsman; 'manners maketh man'.

To już koniec opublikowanych części.

⏰ Ostatnio Aktualizowane: Aug 18, 2023 ⏰

Dodaj to dzieło do Biblioteki, aby dostawać powiadomienia o nowych częściach!

Bonjour, Mon Amour - Yumi HyraOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz