Selamat pulang

1 0 0
                                    

16 OGOS 2023

5 tahun sudah berlalu...

*Berjalan di sepanjang koridor, terkenangkan detik-detik bahagia antara author dan semua watak di sini. Satu sekolah dah penuh hutan sebab dah terbiar lama*

Hening, sunyi. Bising tak berbunyi

*Berdiri di depan pintu kelas dan melihat kelas kosong*

Ami: Bangun, selamat pagi, author

*Geleng kepala, sedar dari lamunan silam*

*Menangis sebak lantas lap air mata*

???: Author?

*Toleh ke belakang, nampak watak kesayangan aku muncul*

Aisyah?

Aisyah: *senyum* Selamat pulang 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。

*Cuba tahan sebak, tapi gagal. Terus jatuh air mata jantan* Aisyah...

*Peluk Aisyah, menangis semahu-mahu aku*

Aisyah: *usap belakang badan Author* 5 tahun dah, kan?

*Terlampau sebak, tak dapat nak kawal emosi*

Aisyah: ...

*Masih menangis*

Aisyah: Dah dah. Laki mana boleh menangis.

*Lepaskan dakapan, cuba tahan menangis*

Aisyah: *bagi tisu* Nah.

*Lap hingus*

Aisyah: Aisyah tengok... Author dah makin matang. Sejak 5 tahun kita tak bercakap, Aisyah boleh nampak cara Author menulis dah banyak improve dari sebelum ni.

Banyak benda dah jadi. Author ingat-ingat lupa korang semua. Cuma, kau sorang aku boleh ingat, Aisyah.

Aisyah: Sebab watak favourite, kan? Mana Author nak lupa. Betul, tak? *Gelak kecil*

Hahaha... Memang pun. *Keluh* Manalah semua orang, ya?

Aisyah: Semua orang dah ada haluan sendiri. Tapi, kami tetap kami. Kami tetap watak dari Author. Author pula? Selama 5 tahun ni, Author buat apa je?

Belajar, kerja. Tapi sekarang, Author menganggur.

Aisyah: Oh, dah habis belajar?

Dah. Bulan 10 ni baru graduate.

Aisyah: Terbaiklah, Author UwU

Author bukanlah hebat mana pun. Orang lain diploma 3 tahun. Author pula 5 tahun gara-gara repeat.

Aisyah: Benda biasa semasa belajar. Gagal lulus adat belajar. Nak jalan-jalan dekat sekolah ni, tak?

Boleh juga. *Jalan keliling sekolah bersama Aisyah*

Aisyah: Zaman Covid-19, Author buat apa je?

Buat beat, jadi beatmaker.

Aisyah: Oh, patutlah tak buka Wattpad dah. Kami semua fikir Author akan balik ke Wattpad zaman Covid-19. Rupanya, Author ada hobi baru. Macam mana jadi beatmaker tu? Ada pernah buat lagu?

Ada je lagu. Tapi, Author tak pandai mixing suara. Nak tempah studio, Author bukannya ada duit. Jadi, lagu Author macam tu la, tak kualiti.

Aisyah: Apa boleh buat? Tak ada rezeki. Selain beatmaking, Author buat apa lagi?

Main game Honkai. Ada juga pernah sekali Genshin, tapi laptop jadi incompactible pula lepas update. Sama macam Star Rail. Main Honkai je la jawabnya.

Aisyah: Oh, begitu. Selain tu?

Selain tu, tak ada apapun. Lagipun, Author main game tu sebab nak dengar ost je. Bolehlah Author guna ost game sebagai sample untuk beatmaking. Itu yang beat Author buat kebanyakan dari game Mihoyo.

Aisyah: Omoshiroi...

*Masuk gym*

Aisyah: Ah, tempat ni. Tak ubah langsung, kan?

Ya, tak banyak berubah

Aisyah: *gelak kecil* Teringat pula kelas PJK kita masa tu

*Tumpang gelak*

Aisyah: Author bersenam tak selama ni?

Tak. Kenapa?

Aisyah: Bersenamlah bagi badan sihat. Dulu, Author selalu joging malam.

*Keluh* Nak senam apanya kalau berat dah 40kg je ni

Aisyah: Oops. Gomen...

Jom pergi tempat lain.

Aisyah: Jom!

*Pergi ke bilik disiplin*

Aisyah: Rasa segan pula bila masuk tempat ni.

Nak segan apanya? Dah jadi hutan dah bilik ni.

Aisyah: Bukan tu. Aisyah teringat benda lama. Author pernah marah Aisyah dengan Fadzelin dekat sini. *Gelak janggal* Terasa bodoh pula masa tu. Gaduh sebab benda kecil.

Kita memang selalu buat benda bodoh pun. Sebab kebodohan itulah menjadikan sebagai manusia.

Aisyah: *senyum* Terima kasih. ಥ⁠‿⁠ಥ

Jomlah balik kelas

Aisyah: Okey!

*Masuk kelas sama-sama*

Aisyah: *ikut Author*

*pergi ke meja guru, selak setiap laci. Terjumpa buku senarai nama. Bila buka buku tu, tulisan dah terpadam sampai tak nampak nama*

Aisyah: Tabahlah, Author.

Apa boleh buat? Benda dah lama. Lagi satu, jangan panggil Author lagi. Sebut je nama Farid.

Aisyah: Eh!? F- Farid? Rasa kekok.

Tak payah kekok. Sebut je macam sebut nama kawan

Aisyah: Ya... *Janggal*

*Tengok kelas kosong* Aisyah duduklah

Aisyah: *ambil tempat duduk*

*Tarik nafas* Baiklah, kelas. Selamat kembali ke sekolah

Sekolah Farid Dan Watak2nyaOnde histórias criam vida. Descubra agora