PROLOG

23 6 0
                                    

Pistol dicampak ke atas tanah setelah tiada peluru untuk digunakan. Dia juga sudah kepenatan dan tercedera akibat aksi tembak-menembak dalam jangka masa yang lama. Tiada guna lagi untuk dia bersembunyi kerana seluruh kawasan ini sudah dikepung oleh kumpulan mafia milik keluarganya, Phantom.

Kekacauan ini berlaku apabila dirinya tiba-tiba sahaja dituduh sebagai pembunuh yang telah membunuh bapa kandung sendiri dan beberapa ahli veteran lain dengan alasan untuk menjadi ketua Phantom. Walhal, dia tidak pernah berfikir untuk melakukan hal sedemikian. Mungkin ada batu api yang sengaja membuat onar kerana betulan dia telah bergaduh dengan bapanya dua hari lepas.

Pergaduhan berpunca daripada hak kebajikan atau kewangan yang patut bapanya berikan kepada adik-adik tirinya telah ditarik atas faktor ibu mereka telah meninggalkan dunia. Maka, mereka tiada hak untuk mendapatkan hak yang sama walaupun masing-masing berusia 10 tahun. Walaupun mereka adik-adik tiri dan ibu mereka telah diceraikan, jejaka ini tetap sayang kepada adik-adiknya kerana dia hidup sebagai anak tunggal. Ibunya juga dia tidak pernah jumpa sejak lahir. Ibu tirinya yang menjaga dia selama ini.

Disebabkan kejadian ini dikatakan berkaitan dengan hak kebajikan adik-adiknya, dia sempat memberi dana kepada adik ibu tirinya untuk membawa adik-adik tirinya keluar dari negara ini demi keselamatan mereka. Tiga hari selepas mereka tiba di Australia, tempat persembunyian jejaka ini pula terbongkar.

"Cari dia sampai jumpa. Dia tak akan pergi jauh dari sini," arah seorang lelaki yang pernah menjadi orang kanan baru jejaka itu dalam beberapa minggu selepas sahabatnya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

MAFIA ITU MILIK AKUWhere stories live. Discover now