Kekuatan bukan segalanya. Begitu juga kekayaan kerana hati manusia memerlukan kasih dan sayang yang dikenali sebagai cinta. Sekuat mana pun seseorang itu, jika dikhianati mungkin bakal tersungkur juga. Namun, cinta yang setia mungkin menjadi motivasi untuk terus maju walaupun tersungkur berkali-kali. Que Hazre telah dikhianati oleh beberapa ahli kumpulannya sendiri kerana hasutan seseorang. Dia dikatakan telah membunuh bapanya sendiri dan beberapa ahli veteran untuk mendapatkan kuasa sebagai ketua baru. Hal ini menyebabkan dirinya diburu sehingga dia hilang hala tuju. Pertemuannya dengan seorang wanita telah mewarnai harinya walaupun dia tidak mahu tinggal lama dengan wanita itu. Tetapi ada sesuatu yang mencurigakan dan menarik perhatiannya untuk mengenali diri sebenar wanita tersebut. Apakah yang bakal berlaku setelah kejadian itu?