BAB 2

10 4 0
                                    

Hazre menggagahkan dirinya untuk keluar dari bilik setelah dua hari dia sedarkan diri kerana dia masih belum melihat suasana di dalam rumah tersebut. Jika suasana di dalam bilik tidur milik Karen sudah seindah dan semewah itu, rumahnya pula sudah pasti besar dan dipenuhi harta berharga. Senang cerita, anak orang kaya. Itu yang difikirkan oleh Hazre ketika melangkah keluar dari bilik itu.

Ternyata dugaannya tidak tepat. Rumah milik Karen tidak semewah dan sebesar yang disangka oleh Hazre. Pada tingkat bawah terdapat ruang tamu dan kawasan dapur yang mampu dilihat dari koridor bilik. Manakala, di sebelah kanan bilik Karen pula terdapat sebuah bilik yang tertera gantungan 'Workshop' pada pintunya.

Perabot di dalam rumah ini juga sangat ringkas kerana ruang yang terhad terutama di kawasan ruang tamu. Di situ terdapat sebuah sofa panjang, meja dan televisyen. Rak-rak berhampiran televisyen pun dibuat di dalam dinding rumah itu sendiri dan pintu rak pula diperbuat daripada kaca.

"Jauh sangat bayangan aku rupanya. Resign rumah ni macam untuk keluarga kecil. Mungkin untuk tiga atau empat orang. Tapi sebelah ni ada workshop?" Katanya sambil merenung pintu bilik itu.

Hazre meneruskan niatnya untuk melihat kawasan rumah ini. Dia menapak turun anak tangga menuju ke ruang tamu. Pada bahagian kanan tangga tersebut terdapat sebuah bilik tertera nama Sari pada pintu. Ternyata pembantu rumah AI yang kelihatan seperti manusia itu memiliki bilik peribadi sendiri.

Langkahnya terus menuju ke arah dapur. Set meja makan diperbuat daripada seramik, begitu juga dengan meja dapur. Terdapat empat buah kerusi di meja makan dengan corak berjalur hitam dan putih. Kemudian, Hazre memeriksa tandas dan bilik mandi di sebelah kiri dapur. Terdapat tab mandi serta air pancut di bilik mandi tersebut. Berbeza dengan bilik mandi di dalam bilik Karen yang memiliki air pancut sahaja.

"Nampak mewah juga rumah ni walaupun kecil," ujar Hazre sambil mengatur langkah ke arah ruang tamu.

Ting! Tong!

Loceng rumah berbunyi. Tanpa berfikir panjang, Hazre segera membuka pintu tersebut. Di hadapannya, berdiri seorang lelaki bersama-sama beg galas berjenama Adidas.

"Kau siapa?" soal lelaki itu dengan pandangan tajam ke arah Hazre sebelum sempat Hazre mengajukan soalan.

Hazre hilang kata-kata. Mustahil dia nak mengaku sebagai orang asing yang tiba-tiba dibawa pulang ke sini tanpa sebab kukuh. Daripada pandangan lelaki itu, dia tahu bahawa bila-bila masa sahaja manusia itu akan menyerangnya. Mungkin sahaja itu kekasih Karen.

"Dia sepupu aku," kata suara dari koridor bilik.

Masing-masing melihat ke arah si pemilik suara tersebut. Ternyata Karen yang memecahkan suasana dingin itu. Ketika ini, Karen kelihatan selekeh kerana memakai cermin mata, rambut kusut-masai seperti baru bangun dari tidur dan masih memakai pajama.

"Sepupu? Kau tak pernah beritahu pun kau ada sepupu lelaki," manusia itu mempersoalkannya.

Karen turun dari tingkat atas menuju ke arah manusia yang sangat dikenalinya itu. "Sepupu jauh. Dia datang sini sebab nak kerja dengan aku. Lepas ni, aku tak payah angkat barang sendiri," kata Karen.

"Sejak bila pula aku jadi sepupu dia? Tapi alasan tu boleh guna berbanding orang asing tumpang rumah," kritik hati Hazre.

Manusia itu seperti tidak percaya dengan kata-kata Karen. Dia melihat Hazre dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki berkali-kali seperti sedang membuat imbasan sama ada Hazre jahat atau baik.

"Aku harap kau tak bawa balik orang tak dikenali ke rumah ni lagi lepas kejadian tu. Nasib baiklah Sari tu je yang rosak walaupun sikit. Kalau kau rosak macam mana?" Tegasnya kepada Karen.

Karen membaling sesuatu kepada lelaki itu setelah dibawa keluar dari dalam poket pajama. "Macam la kau baru kenal aku sehari dua. Ni kawasan aku. Rumah aku. Siapa ganggu keamanan dalam rumah ni. Aku gigit."

Sesuatu itu disambut dengan keluhan. "Jangan lupa. Kau tu perempuan, Qian."

"Dah la, Fasly. Barang kau dah siap. Tunjuk kunci tu dekat Sari. Nanti dia ambilkan. Aku nak siap-siap pergi jumpa minah ketot tu," katanya sambil menuju ke arah kawasan dapur.

"Shooting iklan novel dia lagi ke?" teka Fasly kerana mereka sudah lama kenal sejak berada dalam dunia cosplayer.

"Ya."

Hazre hanya mendiamkan diri. "Adakah aku hanya halimunan pada mata mereka?"

Fasly segera masuk ke dalam bengkel di tingkat dua setibanya dia di situ. Manakala, Karen berhenti melangkah dan berlari ke arah Hazre. Leher Hazre dirangkul lalu dia berbisik pada telinga kiri Hazre.

"Mulai hari ni. Awak akan jadi sepupu merangkap PA saya. Kalau dia tanya soalan pelik-pelik. Pandai-pandailah jawab. Jangan pula beritahu saya pungut awak tengah jalan."

"Tapi dia tu siapa?"

Karen berfikir sejenak sebelum menjawab soalan Hazre. "Dia ex-bodyguard saya yang ayah saya pernah upah dulu. Tapi sekarang jadi cosplayer sebab dia freelancer je. Tapi mulut dia banyak makan cili."

"Ternyata dia memang anak orang kaya."

"Baiklah. Saya faham," kata Hazre kepada Karen.

Rangkulan dilepaskan. "Mustahil aku akan beritahu dia identiti sebenar Fasly. Dia ni pun satu hal. Kenapa keluar dari bilik masa sekarang? Nasib baik aku perasan Fasly dah datang."

Sementara itu, Fasly membuka kotak yang disediakan oleh Sari di atas meja. Sepucuk pistol dicapai lalu dibelek-belek sepuasnya. Magazine dibuka dan peluru diperiksa. Beberapa gajet lain dilihat begitu sahaja sebelum Sari menyerahkan sampul surat hitam bersaiz A4.

"Di mana lokasinya?" tanya Fasly kepada Sari.

"The Ritz-Carlton," jawab Sari.

Pada masa yang sama, telefon pintar milik Fasly berbunyi menandakan mesej diterima. Dia mengabaikannya kerana dia tahu, itu ialah mesej koordinat lokasi sasarannya.

"Lelaki tu bukan sepupu dia, kan?" tanya Fasly kepada Sari.

Sari mendiamkan diri. Namun, hanya seketika sebelum dia membuka mulut. "Tuan sedang mencari petunjuk lima tahun lepas."

Fasly tidak bertanya setelah mendengar jawapan itu. Dia segera keluar dari bilik itu setelah mengemaskan kotak peralatan di dalam begnya untuk dibawa pergi.

MAFIA ITU MILIK AKUOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz