BAB 72

666 38 0
                                    

"J" sapa mak iti.

Aku hanya tersenyum dan melangkah ke arah bilik air. Cuci muka. Aku memandang mata aku dekat depan cermin. Alhamdulillah mata aku dah tak merah. Mata aku kembali normal macam sedia kala.

"Mana yang lain mak iti?" Tanya aku.

Mak iti tak menjawab. Dia hanya menunjuk sahaja.

Aku hanya menganggukkan kepala lantas melangkah ke arah meja makan. Nasi lemak aku ambil. Tak lama tu mak iti datang duduk di depan aku.

"Mak iti tak makan sekali?" Tanya aku.

Mak iti hanya tersenyum sambil memandang ke arah aku. Oleh kerana tiada bicara antara aku dengan mak iti, rasa awkward pulak.

"Ehem. Mak iti macam mana hari ni? Okay tak? Ada rasa sakit-sakit badan?" Tanya aku lagi sambil memandang mak iti. Mak iti tetap macam tadi hanya tersenyum memandang ke arah aku. Bawah mata mak iti kelihatan hitam sedikit.

Aku terus makan. Tak lama tu.

"J" panggil seseorang.

Aku terus berpaling. Anuar dan mak iti berdiri di depan pintu.

"Kamu bercakap dengan siapa?" Tanya mak iti.

Aku berpaling memandang kerusi di depan aku. Kosong. Eh..... aku memandang mak iti dan anuar bersilih ganti. Mereka masuk dan melangkah ke arah aku. Anuar duduk disebelah aku.

"Tadi aku bercakap dengan mak iti." Bisik aku

Anuar berpaling.

"Mak iti dengan aku lah. Pegi petik pucuk paku kat belakang umah."

"Habis tu yang kat depan aku tadi tu siapa? Takkan nenek mak iti kot. Ke saka?" Tanya aku perlahan.

"Mana aku nak tahu. Eh mata kau dah elok dah"

"Haah" ucap aku perlahan.

Aku memandang mak iti tengah melangkah menuju ke arah aku dan juga anuar. Bekas dan pisau diletakkan ke atas meja.

"Kamu bercakap dengan siapa tadi?"

"Saya bercakap dengan mak iti" ucap aku berterus terang.

"Ha!! Biar betul kamu ni?"

Aku hanya mengangguk kepala.

Mak iti memandang keliling.

"Mak iti seram lah nak duduk sorang-sorang dekat sini."

"Kenapa?" Tanya aku pelik.

"Tak tahu lah semenjak dua menjak lepas pada kejadian yang kamu maria dan muna masuk hospital tu, rumah ni dah rasa lain. Rasa aura yang tak sedap." Ucap mak iti sambil memandang kiri dan kanan.

Aku pun turut memandang ke arah mak iti

"Insyallah. Tak ada apa-apa. Semoga allah lindungi kita semua" ucap aku seraya memegang tangan mak iti.

Aku terus sambung makan.

"Assalamualaikum."

Aku angkat muka memandamg ke arah pintu dapur. Pakcik hakim dan beberapa orang yang aku tak kenali masuk ke dalam rumah. Tak lama itu sham, hidayat dan maria mengikut dari belakang. Pakcik hakim melangkah ke arah meja makan.

"Ini pakcik kenalkan kawan pakcik. Yang ni eidrus, ini pakcik taha dan ini pakcik abu."

Aku hanya mengangguk dan tersenyum.

"Saya j, ini anuar yang tu sham dan itu maria." Ucap aku memperkenalkan kawan-kawan aku dekat diorang.

"Okay sekarang ni kita perlu berbincang macam mana kita nak buat malam nanti." Ucap pakcik hakim.

"Abah, ketua kampung?" Tanya hidayat.

"Abah ada jumpa ketua kampung, tapi dia cakap dia tak berani nak buat apa-apa. Jadi dia serahkan semua ni dekat abah. Apa-apa yang terjadi abah yang kena tanggung"

"Pulak." Ucap mak iti.

"Kau tengok j, sebab itu lah aku tak nak korang balik kL lagi. Orang kampung tak berani."

Aku hanya mengangguk kepala.

"Faham" ucap aku sepatah. "Tak apalah. Nanti kita buat lah macam mana." Ucap aku seraya sambung makan.

Diaorang terus berbincang untuk buat apa malam nanti. Aku hanya dengar dengan teliti. Masa aku tengah dengar tu tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi sesuatu.

"Cu...."

Aku terus berpaling ke kanan. Kelibat nenek ada di tepi pintu depan. Aku terus melangkah ke arah nenek tersebut.

"Nek" panggil aku perlahan.

"Hati-hati cu"

Aku hanya menganggukkan kepala.

"J"

KISAH SERAM "POCONG"Where stories live. Discover now