BAB 24

921 64 1
                                    

-Sorry ya guys dua hari aku tak dapat nak update cerita sebab pekerja aku meninggal dunia akibat denggi berdarah.. stay stuned okay..-

Yang lain hanya setuju apa yang aku katakan. Akan siasat selepas datang semula ke kampung hidayat.

-Seminggu diKuala Lumpur.-

"J, kau ada dengar apa-apa cerita tak pasal hidayat?" Tanya sham semasa aku sham dan anuar dan lepak dekat kedai makanan tengah hari.

"Tak ada pulak. Hari tu dia ada call, tapi tu lah aku lupa nak call dia balik. Kenapa? Kau ada dengar apa-apa cerita tak?"

"Ada"

Aku berhenti menyuap nasi dan berpaling ke arah sham.

"Ada apa-apa yang terjadi ke?" Tanya aku.

"Dua hari lepas anak sepupu hidayat meninggal."

"Meninggal kenapa?"

"Menurut cakap hidayat berpunca dari pocong tu. Dia tak cerita detail lah sebab masa tu diaorang nak kebumikan arwah tu. Nanti dia cakap kita datang sana nanti dia akan cerita dekat kita."

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Okay bila kita boleh pergi sana? Kau masih banyak kerja ke j?" Tanya anuar.

"Ada lagi sikit. Kenapa?"

"Kalau macam kau dah tak ada kerja, aku ingat nak ajak kau pergi ke kampung dayat. Hari tu dia ada tanya juga dekat aku." Ucap anuar lagi

"Oo tak apa lah. Kalau macam korang dah habis kerja, korang nak pergi dulu, korang pergi lah. Aku menyusur kemudian."

"Betul ni j?"

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Ni korang nak pergi bila?" Tanya aku

"Mungkin esok rasanya. Sham?" Ucap anuar

"Aku okay je mana-mana" ucap sham pula

Anuar hanya angguk kepala.

"Okay kalau semuanya okay, kitaorang bertolak esok."

Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham. Selepas bayar makanan, aku dengan yang lain berpecah sebab aku kena pergi ke mahkamah. Ada kerja yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Petang tu aku sampai rumah around 6 petang. Tak ada apa yang menarik pun cuma kepala aku ni tak habis-habis berfikir pasal kampung hidayat. Malam itu selepas makan malam aku lepak dekat ruang tamu. Tengah santai-santai sambil layan tv sesekali telinga aku menangkap bunyi sesuatu dekat area bilik aku. Macam mana eh aku nak gambarkan rumah aku dekat kampung baru ni. Korang tahu kan dalaman kondo macam mana? So rata-rata kondo mesti akan ada laluan tengah. (Nanti aku akan masukkan gambar)

 (Nanti aku akan masukkan gambar)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Laluan tengah tu hanya ada bilik. Rumah aku hanya ada 3 bilik sahaja dan satu bilik mandi yang terletak di bahagian lorong tu. Bilik aku, bilik tamu dan lagi satu bilik di bahagian belakang aku jadikan mini studio dan kalau bulan puasa bilik belakang tu aku akan jadikan bilik untuk aku menjahit. So nak di jadikan cerita masa aku tengah layan tv tu, aku terdengar bunyi sesuatu, jadi aku gerakkan sikit badan untuk aku melihat dekat laluan tersebut. (Aku rasa aku pernah cerita kot didalam cerita-cerita yang ada diwattpad pasal rumah aku ni. Entah aku pun tak ingat) bila aku pastikan tak ada apa-apa, aku beralih ke arah tv semula. Tengah ralit tengok tv sekali aku dengar bunyi guli. Aku terus bangun dan berdiri di sebalik dinding. Suis lampu aku tekan jadi laluan bilik aku tu jadi terang.

Masa aku tengah berdiri tu, bunyi guli memang kuat tapi aku tak nampak pun sebiji guli dekat atas lantai. Aih. Aku terus melangkah sambil memandang sekeliling. Langkah punya langkah sekali aku menuju ke arah bilik belakang. Bilik mini studio.

KISAH SERAM "POCONG"Where stories live. Discover now