BAB 68

687 37 6
                                    

Aku terus tunjuk ke arah maria. Cepat-cepat anuar berpaling. Maria dalam keadaan mengiring sambil peluk tubuh pocong tersebut. Maria dan pocong itu memandang ke arah kitaorang. Mata hitam maria tak ada tinggal yang putih saja dan dia senyum menyeringai memandang ke arah kitaorang. Sesekali tangan maria membelai tubuh pocong tersebut. Aku berpaling memandang anuar dan juga sham.

 Aku berpaling memandang anuar dan juga sham

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Azan" ucap aku perlahan.

Anuar hanya mengangguk kepala. Dia terus melaungkan azan sekuat yang mungkin. Aku dengan sham ruqyah. Dalam rumah hidayat dah macam puting beliung masa anuar laungkan azan. Tak lama selepas itu hidayat rebahkan diri. Aku dan sham cepat-cepat melangkah ke arah hidayat.

"Hidayat bangun" ucap aku seraya mengoncang bahu dia.

Dia cepat-cepat buka mata dan memandang ke arah aku dengan pelik.

"Kau okay?" Tanya aku

"Aku kenapa weh?" Tanya hidayat.

"Tak ada apa. Nanti kita borak. Sekarang ni kau pergi tengok mak ayah kau dalam bilik" ucap aku.

Lambat-lambat hidayat mengangguk kepala. Dia terus bangun dan melangkah ke arah bilik mak ayah dia.

"J!!" Jerit anuar.

Aku terus berpaling memandang anuar.

"Cepat.!"

Aku cepat-cepat bangun dan melangkah ke arah anuar

"Harghhhhh!"

Jerit maria kuat. Masa ni bukan suara dia dah tetapi suara benda tu. Aku berpaling memandang sham.

"Sham aku nak air dalam bekas besar."

"Okay-okay."

Aku memandang bag pakaian yang terletak di tepi katil. Cepat-cepat aku capai dan zip aku buka. Keris yang berada dalam bag aku ambil. Perlahan-lahan aku memandang keris tersebut dan dalam masa yang sama aku memandang anuar.

"Kau tahu kegunaan dia macam mana?"

Lambat-lambat aku menggelengkan kepala.

"Habis tu?"

"Aku tak tahu."

"J" panggil sham.

Aku terus berpaling.

"Nah air yang kau minta."

"Sini." Arah aku.

Aku terus bercangkung di tepi baldi tersebut. Keris dan cincin batu delima aku masukkan sekali ke dalam baldi dan aku baca ayatul qursi.

KISAH SERAM "POCONG"Where stories live. Discover now