Ep29 ❪ Luv U More Than Anyone Else ❫

31 8 0
                                    

❝ Every time I think about you and II can't be with you butI'm still there, my bae ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Every time I think about you and I
I can't be with you but
I'm still there, my bae

—YENA, Before Anyone Else

" Terima kasih Kim Minjeong, sebab singgah dalam dunia saya „ — Seo Changbin.

Dia rasa sangat bersyukur memiliki Winter dalam hidupnya kerana gadis itulah yang telah mewarnai hidup hitam putihnya. Meskipun pernah bagai lembu dicucuk hidung, takdir menemukan Changbin dengan Kim Minjeong yang telah membawanya keluar dari kancah kegelapan. Jasad itu juga dipinjam untuk Minjeong merasai kehangatan cinta Seo Changbin buat sementara waktu. Namun ia perlu diserah semula kepada sang pemilik.

Apapun, Winter dan Changbin tetap hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Begini lebih indah, hidup tanpa mengotorkan tangan dengan darah. Mereka jadi sedar perbuatan sebelum ini salah walaupun ia atas suruhan dan kerelaan tuan badan kerana kita tak tahu sama ada keluarga turut merelakan sebuah pemergian atau tidak. Pastinya bagi aku sendiri, aku tak rela orang tersayang mati secara bunuh diri. Semangatlah untuk terus hidup, sesungguhnya kehidupan ini hanyalah sekali dalam selamanya.

The End

Tak puas hati, remote tv dicapai lalu Minjeong mengulangi semula kata-kata terakhir Changbin.

" Terima kasih Kim Minjeong, sebab singgah dalam dunia saya

Ia diulang berkali-kali memastikan jika itu benar adalah dialog terakhir Changbin dalam cerita ini? Kerana dia yakin, ayat terakhir Changbin adalah

" Jumpa lagi, Minjeong

Marah apabila sesuatu yang diinginkan tiada. Minjeong campak remote tv itu ke dinding sehingga ia berkecai jatuh di permukaan lantai. Namun Minjeong sedar, perbuatan itu hanyalah sia-sia dan nampak bodoh kerana Seo Changbin itu hanyalah sebuah watak fiksyen. Dia tak wujud. Dia hanyalah rekaan. Tak mungkin mereka dapat berjumpa lagi.

"Minjeong," tegur Omma dari belakang buatkan gadis itu segera berpaling "Ya Omma?" raut wajah wanita itu nampak sayu kerana bersimpati pada anak perempuannya. Dia faham ini berat untuk Minjeong terima. Wanita itu duduk bersebelahan Minjeong di atas sofa.

"Sehari selepas kamu terima jadi pelakon, Bangchan datang jumpa Omma. Dia kata semua kenalan kamu kena ikut berlakon juga jadi nak tak nak, Omma terima lagipun gaji dia besar" bisik Omma pada akhir ayatnya buatkan Minjeong tertawa kecil. Mak anak sama je duit juitan, terus terima tawaran yang melibatkan duit lumayan.

"Tapi, Omma tak tahu pula pasal watak Changbin tu. Kalau Omma tahu dia tak wujud, mesti Omma takkan benarkan sebab Omma dah lalui hari tanpa Papa. Rindu sampai mati," luah Omma. Kedua-dua mereka jadi sebak merindui Papa yang telah pergi buat selama-lamanya akibat kemalang jalan raya.

-Episode-ᶜᴴᴬᴺᴳᴮᴵᴺ √☻Where stories live. Discover now