Ep 12 ❪ Are Defend him is True? ❫

36 10 12
                                    

❝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...I'm filled with nothing but curiosity
About who you may be...

—Stray Kids, Hello Stranger

"Okey semua, berkumpul" arah Yeonjun sebaik sahaja semua staf siap mengemas ruang kafe, bersedia untuk pulang ke rumah masing-masing.

Semua staf berkumpul di hadapan kaunter, mengelilingi seorang pekerja baharu
"Semua kenalkan, ini Jeno. Mulai harini dia akan bekerja di sini jadi tolong beri dia tunjuk ajar ya?" pesan Yeonjun dibalas anggukan mereka.

"Baik, boss" jawab Minju teruja.
"Oh ya Minju. Saya lantik kamu untuk latih dia esok" Yeonjun beri arahan lantas Jeno membantah
"Kalau saya nak suruh Winter boleh ke? Kami dah mula rapat sejak tadi" katanya lalu mengerling  Winter di hadapan termasuk yang lain.

Gadis itu tersenyum janggal sementara Minju sudah jeling menyampah. Jeno dan Winter ditatap silih-berganti dengan rasa tidak puas hati.
"Winter okay?" Yeonjun bertanyakan pendapat sambil menggaru belakang kepala, keliru. Cepatnya mereka jadi rapat?
"Okey boss" angguk Winter setuju dan bersemangat.

Setelah berbincang, mereka bersurai untuk pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan jam 11 malam. Winter menguap dan meregangkan tangan ke atas sambil bersandar di dinding kafe, menunggu kedatangan Lee Know.
"Winter" panggil Jeno buatkan si pemilik nama berpaling.

"Awak tak balik lagi?" soal Winter.
"Saya nak balik tapi tiba-tiba nampak awak tunggu sini sorang. Bahaya tau" bimbang Jeno. Mana taknya, kes bunuh dalam bandar ini sangat popular kebelakangan ni. Namun polis kerap kali gagal mendapatkan bukti. Kematian yang berlaku tak ada sebarang  petunjuk.

Tersengih Winter memahami maksud Jeno. Psikopat terkenal dalam taman ini, Seo Changbin. Cuma Winter dan kejiranan sahaja yang tahu perbuatan Changbin itu atas kerana terpaksa.
"Hmm... jangan takutlah pasal kes psikopat tu. Semua orang yang mati atas kerana kemahuan diorang sendiri. Si 'psikopat' bukan psikopat pun sebenarnya, dia cuma dipaksa mereka untuk membunuh secara kejam" beritahu Winter sangat tenang jadikan Jeno tercengang.

"Awak jangan main-main, mana ada orang nak mati saja saja" Jeno tertawa kecil, kenyataan Winter sungguh tak wajar
"Aih terserah awaklah nak percaya atau tidak"  Winter membuang pandangan ke atas melihat langit gelap.

"Kalau awak percaya psikopat tu baik, jom saya hantar awak pulang" Jeno tersengih sambil menunjukkan kunci kereta miliknya.
Sejujurnya Winter memang dah ngantuk dan tak mampu menunggu Lee Know lama-lama lagi. Jadi dia putuskan untuk dihantar Jeno.

Baru beberapa minit dalam kereta tapi Winter sudah pun melelapkan mata. Lena dibuai mimpi sampai tidak sedar  Jeno menghentikan kereta di bahu jalan. Enjin dimatikan, kunci pula disimpan rapi dalam kocek seluar. Tadi dia perasaan sebuah kenderaan membuntuti dari belakang, sebab itulah dia turun dari kereta.

Ya, kenderaan tadi turut mengambil tempat di belakang keretanya. Jeno sorok pisau lipat pada belakang seluar sebelum keluar berjumpa dengan pemilik kenderaan di belakang. Cermin  tingkap diturunkan seraya menampakkan susuk tubuh seseorang. Sayang sekali, seluruh tubuhnya dibaluti kain hitam termasuk kepala.

-Episode-ᶜᴴᴬᴺᴳᴮᴵᴺ √☻Where stories live. Discover now