Ep22 ❪ You Are My Home ❫

29 8 2
                                    

❝ I hate the obvious finaleThe way to you is the mazeIn a rising melodyI can not stop my heart ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I hate the obvious finale
The way to you is the maze
In a rising melody
I can not stop my heart

—WJSN, Cantabile

"Winter, winter... Winter?"

Perlahan-lahan mata Winter terbuka tatkala nama diseru berkali-kali. Itu Omma rupanya.
"Lee Know, Winter dah sedar" beritahu Omma lantas Lee Know bergegas ke katil Winter. Omma memeluk Winter dengan rasa penuh kesyukuran. Namun Winter masih mamai, belum sepenuhnya sedar.

"Winter, cuba teka ni nombor berapa?" Lee Know tunjuk 5 jari. Berkerut kening Winter sebal. Aku ni tengah mamai, bukannya buta. "Oppa..." lengan Lee Know ditumbuk kasar. "Adui! Kau ni sakit pun larat lagi eh pukul orang!" rengek Lee Know sambi menggosok tempat pukulan.

Omma ketawa terhibur dengan ragaman kedua-dua anaknya.
"Korang berdua ni tak pernah berubah. Kecik, besar sama je perangai" katanya dibalas senyuman nakal Lee Know. Winter sekadar tersenyum kelat. Sejak kecil?

Memori itu tidak pernah wujud dalam ingatan Winter. Lagipun kewujudan Lee Know, Changbin dan kejiranan yang lain baru wujud selepas Winter bertemu dengan Bangchan, iaitu orang yang kononnya mahu mengambil Winter bekerja sebagai pelakon.

Sebenarnya apa yang berlaku selepas insiden itu?

"Oi! Termenung pula" Lee Know menerjah Winter padahnya dia diserang Winter lagi dengan tumbukan di pipi.
"Aduh! Yah!" jeritnya tak puas hati menatap Winter dengan mata terbeliak.
"Kamu ni pun Lee Know. Buat apa kamu kacau dia waktu dia tengah mamai?" tegur Omma berpihak pada Winter.

"Ish orang gurau je. Dia ni yang buat teruk, Omma" mengadu Lee Know persis budak kecil. Omma sekadar menggeleng kepala sambil tersenyum lembut.

Sementara Winter masih termenung memikirkan kewujudan semua orang yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya.
"Oppa..." panggil Winter perlahan.
"Hm?" seluruh tumpuan diberikan kepada adik perempuannya itu.

"Kau ni siapa sebenarnya?" soalan Winter buatkan Lee Know terdiam kaku. Kemudian dia dan Omma saling berpandangan seolah ada rahsia yang bakal dia ungkapkan. "Aku bagitahu ni kau jangan marah ea?" Winter menanti dengan penuh debaran.
"Sebenarnya... akulah spiderman" serius Lee Know memberitahu.

Terus berubah berkerut raut wajah Winter "Ishh engkau ni boleh pula main-main dengan aku!" bantal di kepala dia tarik lalu baling pada Lee Know.
"Tak, yang engkau ni tetibe tanya soalan macamtu kenapa? Memang la kepala kau cedera tapi tak ada pun doktor cakap sampai hilang ingatan" bebel Lee Know. Ikutkan dia juga mahu menghempuk kepala Winter dengan bantal tadi tapi dia hormat orang sakit.

Winter mengeluh perlahan. Nampaknya Lee Know betul-betul tak tahu apa-apa tentang Bangchan seolah memorinya telah dipadamkan... tapi anehnya dia lalui memori dibesarkan oleh Omma dari kecil lagi. Dia dan Winter memang adik-beradik kandung di dunia ini. "Oppa, jom buat test DNA" ajak Winter buatkan Lee Know mengeluh "Omma, anak Omma ni dah biul pula lepas kena hempuk dengan botol arak" adu Lee Know dibalas senyuman pasrah Omma.

-Episode-ᶜᴴᴬᴺᴳᴮᴵᴺ √☻Where stories live. Discover now