Ep 8 ❪ Go To His Home Instead ❫

55 10 7
                                    

❝ Good Morning Ma BabyI Want to Be with You Before i Go to Sleep ❞

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Good Morning Ma Baby
I Want to Be with You Before i Go to Sleep

—Chanju, Wonstein, zZz

Tersentak Changbin  setelah Winter memanggilnya psikopat. Orang sekeliling pula sudah mengesyaki bahawa Changbin adalah psikopatnya.

"Hahahaha awak ni kelakar la sayang! Hahahhaha" Changbin cover semula dengan ketawa yang dibuat-buat padahal Winter memasang riak wajah serius, lebih kepada tak puas hati.

"Dia ni terpengaruh dengan cerita dalam wattpad heheh abaikan kami, sambung makan" jelas Changbin barulah mereka kembali melakukan aktiviti asal.

"Girlfriend awak ni buat saspen je aduu" tegur seorang pekerja dibalas dengan senyuman janggal Changbin "Hehe sorry sorry"

Kemudian Changbin berbalik kepada Winter yang sedang merenungnya tajam "Sayang huh? Tch—" dia mencebik dengan tangan bersilang di dada. "Jom balik" tegas Changbin berkata sebelum pergi membuat bayaran di kaunter.

Tatkala dia kembali ke meja Winter, dia dapati gadis itu telahpun tertidur bersandar di kerusi.
Tanpa sebarang keizinan, dia dukung Winter membawanya keluar menuju ke kereta. Mujur Winter tidak meronta meskipun dah terjaga kerana dia berada dalam keadaan mamai.

Dia letakkan Winter di sebelah tempat duduk pemandu dengan berhati-hati. Tidak lupa memakaikan tali pinggang dan menurunkan penyandar kerusi untuk Winter menikmati tidurnya.

Apabila selesai, secara tiba-tiba Winter  menarik kolar baju Changbin "Yah Changbin-ah!" jeritnya dengan nada kasar "Wae!" Changbin juga tak mahu kalah bertekak dengan Winter

"Kau siapa sebenarnya huh? Kenapa kau tiba-tiba muncul dalam hidup aku huh? Kauuu dengan Lee Know boleh pergi mampusssss" melalui mata Winter sahaja dapat tahu bahawa dia marah dan tak puas hati betul.

Entah kenapa Changbin tertawa lucu "Jangan risau la. Aku muncul tak lama pun dalam hidup kau. Cecah episod akhir nanti, aku hilang la" jawab Changbin bersahaja. Buatkan dahi Winter berkerut, tak faham maksud Changbin.

"K-drama apa yang kau layan ni?" soalan Winter lagi sekali buat Changbin ketawa

"Hahaha bukan tu maksud aku..." selamba Changbin menunjal dahi Winter sampaikan gadis itu tersandar pada seat sekali melepaskan kolar baju Changbin.

Changbin mula memandu "Rumah kau atau rumah Chaeryeong?" tanya Changbin sambil tangan sebelahnya mencari lagu dalam telefon.
7 cincin by Akak Ariana. Telefon yang bersambung dengan radio melalui mod Bluetooth, membenarkan lagu terpasang pada radio kereta.

"Aku nak balik... rumah asal aku... tak ada jiran, tak ada Lee Know dan tak ada kau" balas Winter kalini tenang sebab dah penat. Terdiam Changbin menghadam kata-kata Winter "Benci sangat kau dekat aku ya?" dia toleh sekilas memandang raut wajah gadis itu.

-Episode-ᶜᴴᴬᴺᴳᴮᴵᴺ √☻Onde histórias criam vida. Descubra agora