Kewujudan dia dari Ep 1 sampai Ep 30 sahaja.
Kemudian dia akan lesap dan menjadi sebuah kenangan.
Kenapa aku boleh terfikir untuk memiliki kau sebagai pasangan hidup?
Sedang aku tahu sad ending memisahkan kita..
Bayangan minda telah mereka sebuah ki...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝ Always afraid that I might get hurt All alone in such a small room I can't do anything and Crying like a fool ❞
—ELO, Can't be happy
Mangkuk ramyeon itu ditutup setelah dituangkan air panas lalu Yiren pergi membeli air. Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian serba hitam bersama topi dan pelitup muka mendekati meja di kedai serbaneka itu atau lebih tepat, mendekati ramyeon Yiren.
Penutup mangkuk dibuka sebelum dia tuang serbuk racun ke dalam. Setelah selesai, dia beredar dari situ dan menyaksikan kematian Yiren dari jauh
Senyuman puas terukir di bibirnya
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
'Kematian Yiren berpunca daripada racun yang dijumpai di dalam makanannya. Polis masih melakukan siasatan dalam pencarian pembunuh'
"Haih... Aku dah naik bosan dengar berita orang mati dekat kawasan kita ni hari-hari" ujar Minju pada kawan sekerjanya dan yang pastinya bukan Winter. Mereka tak pernah berborak melainkan mengumpat.
Yeonjun perasan Winter di kaunter sedang mengenggam buku lima seolah sedang marah. Terhibur dia lihat muka marah gadis itu.
"oit. Kenapa marah sangat ni?" hidung Winter dicuit dengan jari telunjuk Yeonjun. Terkejut sekejap lalu dia tersengih "Hm... Saya geram la dengan pembunuh bersiri tu. Apa masalah dia sampai nak bunuh semua orang?" geramnya.
"Mungkin ada sebab. Cuma kita yang tak tahu. Mungkin, semua mangsa tu pernah sakitkan hati dia? Atau ada sesuatu yang memaksa untuk dia membunuh" tekaan Yeonjun menambahkan kerunsingan Winter.
"Tapi membunuh takkan menyelesaikan apa-apa melainkan diburu polis. Dia tak takut ke?"
Yeonjun menggeleng "Dia licik la Winter. Entah-entah dia yang buru polis, bukan polis yang buru dia" katanya dengan yakin. "Lagipun, kalau awak nak tahu si Yiren tu adik kepada sorang anggota polis" beritahu Yeonjun buatkan Winter terkejut, benarlah psikopat tu memburu polis.