Tangan Ghaib

256 16 0
                                    

Selesai menjadikan Hussy sebagai kuda tunggangan, Pearly menuju ke kelas. 9.30am, dia masuk ke dalam kelas. Matematik sedang di ajar ketika itu. Cikgu Nurul perhatikan Pearly.

Cikgu Nurul: Kenapa lambat??

Pearly: Tak jumpa jalan tadi cikgu. Penat cari jalan.

Cikgu Nurul geram dengan jawapan Pearly namun dia tidak mampu berbuat apa pun. Bapa Pearly antara penyumbang utama kepada SMK Meranti. SMK Meranti walau namanya begitu, telah lama diswastakan. Pengurusan sekolah berharap sepenuhnya kepada sumbangan yang diberi.

Pearly duduk di tempatnya. Tanpa menghiraukan Cikgu Nurul, dia mengeluarkan telefon dan menghantar whatsapp.

Pearly: Job done. Hussy and virago dah setuju join.

G-Girl: Good job. Teruskan plan. Benda yang kau minta akan sampai kat tangan.

Pearly: Ok.

Pearly senyum. Dia akan dapat duit yang dijanjikan. Dia tidak kenal siapa yang beri arahan. Namun setakat ini, dia dibayar dengan lumayan. Bukan sahaja dengan duit, apa sahaja permintaan Pearly akan ditunaikan. Sebagai balasan Pearly hanya perlu menjalankan misi yang diberi oleh G-Girl.

Dia tidak pernah bertemu dengan G-Girl. Dia tidak peduli siapa pun G-Girl, yang penting segalanya ditunaikan. Motif G-Girl untuk melagakan pelajar SMK Meranti masih tidak diketahui. Kenapa Battle Axe dijadikan sasaran? Semuanya tidak jelas. Bagi Pearly itu tak penting.

Pearly pulang ke rumah selepas waktu sekolah. Sebuah kotak diletakkan di hadapan pintu rumahnya, dengan tulisan To, Pearly. Pearly bawa kota itu naik ke atas. Dia duduk atas katil. Kotak itu dibuka. RM20000 berserta pen drive dibungkus rapi. Pearly keluarkan pen drive. Dia bukan pen drive itu, untuk tengok isi kandungan. Dia klik video yang dimuat naik dalam pen drive itu. Pearly senyum. Dia dapat apa yang diinginkannya. Rakaman seorang gadis dibakar. Pearly dapatkan telefon dan manghantar whatsapp.

Pearly: Thanks alot.

G-Girl: Fokus dengan tugasan yang aku beri.

Pearly: Jangan la serius sangat. Bila boelh jumpa?

G-Girl: Orang yang jumpa aku takkan hidup kat dunia ni. Kau teringin sangat nak jumpa aku?

Pearly: Ok fine. Cool. Thanks again.

Selesai whatsapp Pearly baring di katil dengan senyuman. Pintu biliknya diketuk.Pearly buka pintu.

Puan Ester: Pearly get ready, we will fly to Sarawak today?

Pearly: Why mama?

Puan Ester: Your cousin died. Mati dibakar.

Pearly: Oh may god!!! Seriously???

Puan Ester: Get ready. Papa balik kejap lagi. We will fly.

Puan Ester turun ke bawah. Pearly perhatikan langkah ibunya. Dia tutup pintu.

'Yes!!! Finally that bitch died' Pearly dalang kepada pembunuhan sepupunya. Dia berpuas hati apa yang disaksikan dalam video tadi benar belaka. Ini yang buatkan dia percaya sepenuhnya kepada G-Girl.

Sebulan berlalu...............

Selama sebulan Qistina di SMK Meranti. Dia mangharungi hari-hari yang menghiburkan. persahabatan dia dengan Mira, Tengku dan Liya semakin rapat. Dia tidak diganggu oleh Pearly, farah atau Qiwie. Ahli-ahli Battle Axe menjadi bayangan Qistina atas arahan Aileen. Aileen ingin pastikan tiada siapa ganggu Qistina. Bukan kerana dia manaruh hati dengan Qistina. Itu sebagai balasan Qistina menyelamatkan ibunya.

Bagaikan BidadariWhere stories live. Discover now