Pengenalan

344 19 0
                                    


Qistina buka pintu pejabat. Menuju ke meja kerani bertugas.

"Assalamualaikum" Qistina memberi salam kepada kerani bertugas.

"Selamat sejahtera" dibalas begitu oleh kerani tersebut.

"Maaf sayang akak bukan islam. Akak dari Sarawak" dia menjelaskan kepada Qistina. Shelly Anak David. Seorang kerani di pejabat SMK Meranti. Lembut tutur bahasanya. Semua pelajar senang dengan Shelly. Dia dianggap seorang kakak yang selalu mengambil berat.

"Oh maaf akak" Qistina meminta maaf. Keunikan di Malaysia yang mungkin tidak wujud di negara lain. Pelbagai kaum hidup aman. Segalanya dilakukan bersama tanpa mengira bangsa dan agama.

"Ada apa sayang" Shelly bertanya dengan senyuman.

"Nak daftar masuk kak" Qistina menghulurkan segala dokumen berkaitan. Ayahnya sudah menguruskan segalanya namun ia menjadi satu kewajiban pelajar baru perlu berdaftar pada hari pertama.

"Oh, jadi awaklah Nur Qistina Binti Amirudin" Shelly bertanya sekadar inginkan kepastian. Kehadiran Qistina telah dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu. Qistina hanya angguk dan senyum.Shelly maklumkan kehadiran Qistina kepada pengetua sekolah Puan. Halimah. Qistina diminta duduk sementara menantikan Pengetua.

Pintu bilik pengetua dibuka. Seorang Wanita berusia dalam lingkungan 50an keluar dari bilik. Qistina berdiri lalu terus menuju kearah wanita itu. Puan. Halimah menyambut tangan Qistina dengan gembira. Dia memeluk Qistina. Shelly agak hairan. Tidak pernah lagi Puan. Halimah berlembut sebegini dengan pelajarnya. Dia dikenali dengan sifat tegas dan agak garang.

"Ini anak adik saya Shelly" Puan. Halimah memberi penjelasan. 'Patutla mesra, anak adik dia rupanya' Shelly berkata dalam hati.

"Shelly tolong hantar Qistina ke bilik guru. Pesan dengan Cikgu Nurul ni pelajar kelasnya ye." Puan. Halimah memberikan arahan pada Shelly. Shelly akur dan bawa Qistina ke bilik guru. Qistina diperkenalkan dengan Cikgu Nurul. Cantik oranganya namun garang. Bukan mudah berurusan dengan Cikgu Nurul.

Qistina bersalaman dengan Cikgu Nurul.

"Hari petama patut pukul 7am dah tunggu cikgu depan pintu. Bukan harapkan Kak Shelly hantar sampai bilik guru." Ketegasan Cikgu Nurul menyerlah. Namun Qistina tidaklah gentar. Dia sedar mungkin ini ujian pertamanya di SMK Meranti.

"Maaf Cikgu. Saya terlambat sebab saya beri ruang pada kakak saya bersiap. Dia agak lambat hari ini. Saya perlu hormat kakak saya. Takut dia yang terlambat. Lagipun cikgu, takde peraturan atau undang-undang mengatakan pelajar baru perlu tunggu cikgu depan pintu" Shelly terkejut dengan jawapan Qistina. 'Oh my god...nampak lembut...baru hari pertama, belum pun jejak kaki ke kelas dah melawan' Itulah yang bermain dalam kepala Shelly.

Cikgu Nurul pandang tajam muka Qistina. Dia rasa sangat tercabar dengan jawapan pelajar barunya.

"Awak yang lambat bangun. nak salahkan kakak awak pula??" Cikgu Nurul meningggikan sedikit suaranya. Dengan perasaan geram dia menarik hidung Qistina.

"Aahh akak sakit. Akak yang lambat mandi pagi tadi kenapa adik yang disalahkan" Satu lagi kejutan untuk Shelly. Akak??? Adik????

"Apa akak?? Cikgu! Nak kakak Bagai kat rumah. Ni sekolah. Awak pelajar, saya cikgu. Faham Nur Qistina Amirudin?" Cikgu Nurul masih tegas.

"Faham cikgu Nurul Aliya Amirudin" Qistina masih sempat membalas. Cikgu Nurul yang garang dan tegas buka orang lain, dianya kakak kepada Qistina. Dua beradik ini sangat rapat. Mereka sangat mesra di rumah. Di sekolah Qistina pelajar, Cikgu Nurul gurunya.

"Terima kasih Kak Shelly. Kenalkan adik saya. Ni la budak nakal kat rumah" Cikgu Nurul memperkenalkan Qistina kepada Shelly. Shelly semakin tertanya, siapa budak ni. Pengetua makcik dia. Cikgu Nurul kakak dia. Qistina mengekori langkah cikgu Nurul.

"Adik kena jaga perangai kat sini. Kena jaga nama akak dengan maklong. Jangan besar kepala pula. Maklong kat rumah je ok. Kat sini dia tak kira" Cikgu Nurul menasihati adikya. Lumrah seorang kakak menasihati adiknya. Demi kebaikkan adiknya. Qistina sekadar mengangguk. Cikgu Nurul bawa Qistina ke kelas 4Beta. Cikgu Nurul memperkenalkan Qistina kepada pelajar-pelajar 4 Beta.

Mira bertentang mata dengan Qistina.

'Oh my god, budak comel tadi. Dia satu kelas dengan aku?? Destiny ke?' Mira masih tak percaya budak yang dia admire kini rakan sekelas.

Qistina membawa beg berjalan ke arah meja Mira.

"Ada orang tak kat sebelah? Boleh saya duduk?" Qistina meminta izin kepada Mira.

Mira tersenyum hatinya mula berbunga.

"Duduklah awak. Saya Mira." Mira perkenalkan diri. Mereka berdua bersalaman. 

Bagaikan BidadariNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ