05

48 17 22
                                    

yujin tidak mahu mengalah.

dia masih lagi mahukan wonyoung dahulunya.

yujin melihat wonyoung yang sedang menyiapkan kerja sekolah seninya.

gadis itu sedang mewarna menggunakan warna air di atas sekeping kertas.

" wonyoung! " panggil yujin. senyuman manis ditayangkan.

namun, wonyoung hanya menjeling.

" tengah buat apa tu? "

" dah buta ke? tak nampak aku tengah buat kerja sekolah ni? " balas wonyoung beku.

" oh. susah tak? "

wonyoung berhenti mewarna. dia menatap wajah yujin tajam. " boleh tak kau jangan kacau aku? sehari je. "

" aku kacau kau ke? sorry. "

wonyoung menggulingkan matanya. " pergi. " halau wonyoung.

" ermm, aku nak ajak kau rehat sama-sama nanti. " ujar yujin.

wonyoung menghempaskan berus warnanya. " kau ni tak habis-habis nak ajak aku rehat sama-sama! kau tak nampak ke yang aku tengah busy?! "

ternaik bahu yujin. sungguh dia terkejut apabila wonyoung mengherdiknya.

" wonyoung! sini kejap! " panggil leeseo yang tidak jauh dari mereka.

wajah wonyoung segera berubah. senyuman manis muncul di bibirnya.

senyuman yang terukir untuk leeseo.
bukan untuk yujin.

" sekejap! " tangan wonyoung segera mengemas segala peralatan melukisnya.

yujin turut menolongnya. yujin memegang sebuah warna air yang berwarna biru.

dan tanpa sengaja, yujin tertumpahkan warna air itu ke atas kertas wonyoung.

" BODOHLAH! KAU NI DAH KENAPA YUJIN! KAU TAHU TAK PENAT AKU BUAT LUKISAN NI?! " tengking wonyoung. jelas dirinya sedang menahan kemarahan yang membuak-buak.

" m—maaf. aku tak sengaja. "pinta yujin.

" PERGI MATI DENGAN MAAF KAU TU! SEKARANG NI MACAM MANA DENGAN KERJA SEKOLAH AKU?! "

" maaf. " ujar yujin perlahan. itu sahaja yang dapat dia ucapkan.

" ISH! TEPILAH! " wonyoung merempuh bahu yujin kuat sehingga yujin terjatuh ke lantai.

wonyoung berlari menuju ke arah leeseo. menceritakan pertengkarannya dengan yujin kepada leeseo.

yujin memandang wajah wonyoung. gadis itu menatap wajah yujin tajam.

seakan-akan ingin membunuh yujin.

perasaan marah menyelebungi diri wonyoung.

...

yujin berjalan menuju ke arah kantin.

" inilah orangnya. "

" kawan tak guna! sebab dialah wonyoung kena denda sebab tak siap kerja sekolah. "

" malang betul nasib wonyoung sebab dapat kawan dengan orang macam ni. "

" pembawa sial! "

perbagai kutukan yang yujin terima daripada rakan sekelas wonyoung.

semuanya mengumpat dirinya.

dia tak bersalah! dia tak sengaja!

wonyoung telah menceritakan segalanya kepada rakan sekelasnya.

membuatkan semua rakan sekelas wonyoung membenci yujin.

jadi, beginikah wonyoung? hanya kesilapan yang kecil, habis rosak persahabatan kita?

sekiranya wonyoung sangat membenci yujin.

yujin juga mampu untuk membenci wonyoung.

dia takkan muncul lagi di hadapan wonyoung.

wonyoung tidak perlu lagi merosakkan matanya untuk melihat yujin.

dia takkan bercakap lagi dengan wonyoung.

wonyoung tidak perlu lagi merosakkan telinganya untuk mendengar suara yujin.

kerana yujin akan berhenti kerana semua usahanya untuk mempertahankan persahabatan mereka selama ini cuma sia-sia.

yujin mengalah.

kerana dia sudah penat.

[ √ ] friend.Where stories live. Discover now