03

47 18 20
                                    

[ 3 bulan kemudian ]

persahabatan mereka masih lagi kekal walaupun berlainan kelas.

walaupun, terdapat sedikit tekanan pada yujin kerana gadis itu agak sibuk menyiapkan kerja khusus reka cipta.

namun, yujin tetap meluangkan masa bersama sahabatnya.

" penat? " soal gaeul.

yujin mengangguk. " semalaman aku tak tidur sebab nak buat kerja khusus ni. saem yoona kata nak check in markah hari ini. "  luah yujin.

" nasib baiklah kita ni kelas sains, tak ada kerja khusus. kalau tak, mati aku. " ujar liz sambil memasukkan roti sandwic ke dalam mulutnya.

" bila kerja khusus seni visual kau nak mula? " soal rei kepada wonyoung.

" tahun depan. " balas wonyoung ringkas.

" good luck lah ye. " ujar gaeul.

" hmm mesti penat kan aku tahun depan. " keluh wonyoung.

" tak apa, kitaorang ada untuk bagi sokongan. " ujar rei sambil tersenyum.

" tapi, yujin lagi penat sebab tak silap aku, gkt pun ada kerja khusus kan? " soal liz.

yujin mengangguk. dia perlu menyiapkan dua kerja khusus manakala wonyoung pula hanya perlu menyiapkan satu kerja khusus.

namun apakan daya, itulah tugas mereka sebagai seorang pelajar.

...

setiap hubungan pasti akan ada pasang surutnya.

dan, itulah yang sedang melanda persahabatan mereka kini.

salah seorang dari mereka mula berubah sedikit demi sedikit.

jang wonyoung.

gadis itu telah mula kurang meluangkan masa bersama sahabatnya.

kerana gadis itu sibuk meluangkan masa bersama kawan sekelasnya, leeseo.

" mana wonyoung? tak rehat dengan kita lagi ke? " soal yujin.

gaeul, rei dan liz menggeleng.

" tak apalah. mungkin dia tengah sibuk. " ujar rei.

gaeul tersenyum sinis. " tch, sibuk? korang tengok tu. " jari gaeul menunjuk ke arah sebuah pondok yang sedikit jauh daripada kantin.

wonyoung, leeseo dan beberapa pelajar sekelas mereka sedang rehat bersama sambil tertawa gembira.

" salah ke dia rehat dengan budak kelas dia? " soal liz.

" memanglah tak salah. tapi, dah 4 minggu dia tak rehat dengan kita. agak-agak lah. " bebel gaeul.

" biarlah dia. dah cepat makan, waktu rehat dah nak habis. " arah rei.

...

" korang! " jerit wonyoung. gadis itu duduk di sebelah yujin.

" kejap. dah 6 minggu kau tak rehat dengan kitaorang. apa kes ni? busy sangat ke? " soal gaeul sinis.

" gaeul. " tegur rei. dia tidak suka apabila gaeul seakan-akan ingin mencari pasal dengan wonyoung.

" sorry. aku betul-betul busy. " ujar wonyoung sambil menayangkan wajah meminta maaf.

" kau nak cakap apa tadi? " soal gaeul.

wonyoung kembali tersenyum. " aku dapat jadi pengawas perpustakaan! " ujar wonyoung teruja.

" wow! tahniahlah! " kata liz.

" bila masa kau mohon? " soal rei.

" haritu. aku mohon dengan leeseo. " balas wonyoung.

wonyoung melihat ke arah yujin.

" member kita semuanya dah ada jawatan. kau bila lagi? " soalan wonyoung membuatkan yujin terkejut.

benar, mereka semua sudah mempunyai jawatan kecuali yujin.

gaeul dan liz ialah pengawas sekolah.

rei pula ialah penolong ketua kelas.

dan wonyoung pula pengawas perpustakaan.

hanya yujin seorang pelajar biasa.

" kenapa kalau aku tak ada apa-apa jawatan pun? " soal yujin ingin tahu.

" aku bukannya apa. tapi kita dah tak sama taraf lah. " balas wonyoung seakan-akan memandang rendah terhadap yujin.

" wonyoung! sini sekejap! " panggil leeseo.

" bye korang. jumpa nanti. " wonyoung melambai ke arah mereka dan berlari mendapatkan leeseo.

yujin masih lagi tergamam di situ. banyak persoalan yang bermain-main di fikirannya.

adakah dia kelihatan hina kerana tidak mempunyai sebarang jawatan?

adakah dia tidak layak untuk berkawan dengan orang yang berjawatan?

" yujin. " panggil gaeul membuatkan yujin tersedar dari lamunan.

" y—ye? "

" jangan fikirkan sangat soalan wonyoung tu tadi. tak sangka mulut dia boleh tahan jugak. nak aje aku tolong cilikan tadi. " ujar gaeul yang turut geram dengan mulut wonyoung yang celupar.

" jangan terasa tau. " kata liz pula.

" kitaorang tak kisah pun kalau kau ada jawatan ke tak. " ujar rei.

yujin hanya mampu tersenyum sambil memandang makanannya.

sejujurnya, ini kali pertama..

ini kali pertama dia terasa hati dengan jang wonyoung.

[ √ ] friend.Onde as histórias ganham vida. Descobre agora