❝BAB 15❞

672 67 15
                                    

────❝ HYDRA 187 ❞────

HEIDI hanya diam memandang mereka berdua dengan muka pasrah.

"Aku dah cakap banyak kali, aku okay. Berapa kali nak aku ulang?" Heidi mengulangi kata-katanya sambil mengekori belakang Dyra dan Aidi berjalan menuju ke tempat letak kereta di luar universiti.

Dyra yang masih berjalan memandang ke hadapan, laju menggelengkan kepalanya, "Tak, awak tak okay. Awak kena pergi hospital jugak." ujar Dyra dengan nada tegas.

"Masalahnya, yang korang gelabah sangat ni apa hal? Kau yang jatuh ke aku yang jatuh?" soal Heidi melihat dua bengap di hadapannya berjalan dengan tidak senang hati.

Aidi menoleh dan memperlahankan langkah untuk mendapatkan Heidi yang berjalan di belakang mereka. Tangan kirinya menepuk perlahan bahu kanan Heidi, "Bro, kau jatuh dari tangga tadi...ingat rendah ke? Lain lah kalau kau jatuh dari hati aku, tu baru betul rendah. Level bawah hati aku ni terus perut. Siap boleh lepak berenang-renang dekat situ."

Dahi Dyra berkerut selepas mendengar ayat merepek Aidi, "Apa benda awak merepek ni, Raju?" lantas Dyra menoleh memandang Heidi, "Kalau kita tak payah bawak Aidi sekali boleh ke? Rasa menyampah pulak dia ada. Makin kenal, makin pelik pulak perangai dia." luah Dyra secara terbuka di hadapan Heidi dan Aidi. Aidi hanya buat selamba dan buat tidak kisah sambil berjalan di sebelah Heidi.

"Kalau boleh, dua-dua tak payah ikut. Senang cerita." balas Heidi.

Selepas itu, Dyra berfikir lagi, "Eh, tapi tak boleh. Kena ada orang ketiga." ujarnya dengan hanya membiarkan sepi kata-kata Heidi yang melayang di bawa angin.

Dyra tidak mengendahkan kata-kata Heidi kerana dia benar-benar perlu membawa Heidi ke hospital untuk memeriksa diri selepas terjatuh dari tangga yang tinggi.

Selepas kejadian tadi, mujur Heidi tidak pengsan dan menyedarkan diri. Dia bangun perlahan-lahan dengan bantuan Aidi dan memberitahu mereka bahawa dia baik-baik sahaja. Dia bertegas bahawa dia tidak perlu dibawa ke hospital atau klinik malah mengabaikan bantuan Aidi untuk membantunya berjalan.

Kedegilan Heidi tidak menghalang Dyra untuk membawanya ke hospital. Baginya, tidak masuk akal jika Heidi langsung tidak berasa sakit kerana terjatuh dari tingkat tinggi dan berkemungkinan besar boleh mempunyai kesan seperti retakan tulang dan sebagainya.

Dyra juga sebenarnya dapat melihat reaksi muka Heidi yang disembunyikannya tadi ketika ingin bangun, dia kelihatan seperti menahan sakit selepas terjatuh secara drastik.

Salah Dyra juga membuatkan Dyra harus bertanggungjawab kerana melibatkan Heidi dalam masalahnya tadi.

"Mana kereta mini cooper? Jauh lagi ke?" Dyra bertanyakan di mana kereta kancil milik Aidi. Matanya memandang sekeliling.

Mereka berdua mengambil keputusan untuk membawa Heidi ke hospital menggunakan kenderaan Aidi. Aidi menghulurkan bantuannya kerana dia tahu Dyra tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk membawa Heidi ke hospital. Malah, ini juga kerana dia turut berada di sana secara tidak sengaja menyaksikan Heidi terjatuh ditimpa tangga, jadi mustahil dia memilih untuk pergi begitu sahaja. Calar maruahnya jika Dyra melihatnya pergi.

"Dah nak dekat dah. Depan tu je yang ada kereta double park depan kereta ak-" kata-kata Aidi tergantung, "Siapa pulak double park depan kereta aku ni?!" geramnya apabila melihat kereta kancil a.k.a mini cooper miliknya dihalang oleh sebuah kereta Myvi. Aidi berjalan laju mendahului mereka berdua menuju ke keretanya.

HYDRA 187Where stories live. Discover now