❝BAB 11❞

671 79 13
                                    

────❝ HYDRA 187 ❞────

DYRA mendongak kepala memandang sebuah rumah banglo yang kini berada di hadapannya. Rumah itu tidak sebesar rumah orang kaya tetapi tidaklah sekecil mana. Ia kelihatan cukup selesa dan sesuai untuk digunakan sebagai tempat penginapan.

Bagaimana Dyra boleh berada di sini?

Pada mulanya Dyra tidak bersetuju dengan cadangan Hydra dan Zorro untuk membawanya menginap di banglo ini hanya untuk satu malam kerana hari sudah pun melepasi waktu larut malam iaitu pukul 1:30 pagi. Mereka juga tidak membenarkan Dyra pulang ke rumah sewanya kerana berkemungkinan kumpulan Qillerx masih akan mengekori dan cuba membunuhnya di sana.

Sebenarnya cara mereka memberitahu Dyra semasa di lebuh raya tadi bukanlah seperti memberi cadangan tetapi memberi arahan.

Kalau boleh Dyra nak sangat mengelak daripada terlibat dalam perkara-perkara sebegini. Namun, selepas mereka bertiga bertengkar selama lima belas minit di atas lebuh raya, Dyra akhirnya mengalah dan memilih untuk mengikut arahan mereka.

Dyra juga memikirkan tentang keselamatan hidupnya serta keselamatan sahabat baiknya, Ayuni yang kini berada di rumah sewa mereka. Dia bimbang jika dia pulang pada malam ini, Qillerx masih memburunya kerana mereka akan mendapat tahu hanya Dyra dan Ayuni berada di rumah tanpa ada orang kuat untuk memberi perlindungan.

Hydra dan Zorro sudah pun berjanji dengan Dyra semasa sesi perbahasan mereka tadi bahawa dia akan menginap di bilik di tingkat dua manakala mereka berdua akan menginap di tingkat bawah.

Hydra membuka topi keledar muka penuh selepas selesai meletakkan motosikal Kawasaki Ninja H2R kepunyaannya di sebelah kereta Zorro.

"Masuk." arah Hydra.

Dyra mengikut langkah Hydra dan Zorro sebelum masuk ke dalam rumah. Selepas Zorro membuka pintu, dia pergi ke suis untuk menghidupkan lampu. Kini Dyra dapat melihat di hadapannya adalah kawasan ruang tamu dan meja makan seperti rumah biasa.

"Kau pergi naik sendiri dekat tingkat dua, dekat situ kau pilih je bilik mana kau nak. Kitaorang tak naik." Hydra memberitahunya.

Dyra hanya mengangguk. Dia memandang mereka berdua yang masih bertopeng yang juga sedang memandangnya. Seram juga bila melihat mereka berdua masih bertopeng terutama topeng yang dipakai oleh Hydra.

Dia mula menaiki tangga yang membawanya ke tingkat dua dan mendapati ada sebuah bilik berhampirannya lalu masuk sebelum menghidupkan lampu.

Selepas dia menutup pintu, dia melihat keadaan di dalam bilik itu satu persatu. Terasa begitu ganjil apabila menginap di tempat baru. Selepas itu, dia menuju ke arah katil dan duduk selama lima minit untuk menenangkan dirinya. Kemudian, dia berdiri dan melangkah masuk ke dalam tandas.

Tidak sampai beberapa minit, dia keluar semula daripada tandas dengan muka cemas. Dia baru teringat yang dia masih belum menunaikan solat fardhu isyak.

Setelah berfikir, Dyra mengambil keputusan untuk turun ke bawah mencari Hydra dan Zorro.

Semasa Dyra menuruni anak tangga, tingkat bawah berada dalam keadaan sunyi sepi dan gelap seperti sudah menutup lampu.

Dyra berjalan ke hadapan dan melihat ada sedikit cahaya datang dari pintu bilik yang terletak di hujung. Sebelum Dyra bergerak menuju ke bilik itu, dia ternampak Zorro sedang tidur di atas sofa di ruang tamu dengan muka masih ditutup topeng.

'Tak panas ke selalu pakai topeng?' soal Dyra di dalam hati.

Dyra kini sudah berada di hadapan pintu bilik yang bercahaya. Pintu tersebut tidak ditutup rapat. Dia seperti mendengar suara seseorang di dalam bilik itu tetapi tidak begitu jelas. Dia menolak sedikit pintu sebelum ternampak seorang lelaki sedang berdiri di atas sejadah menunaikan solat.

HYDRA 187Where stories live. Discover now