Chapter 64

115 18 16
                                    


Boboiboy memandang Solar lalu dia bangun dari duduknya dan membuka langkah mendekati elemental cahaya tersebut.

"Ye. Tujuan aku adalah untuk selamatkan dunia...dan aku akan pastikan dunia nih selamat dari jajahan Esdo.",kata Boboiboy dengan wajahnya yang tekad.

Akhirnya Solar tersenyum dengan jawapan Boboiboy.

"Baiklah...ini adalah sumber kuasa kau."

Seuntas rantai yang sama pernah digunakan Boboiboy sebelum nih dikeluarkan dan dipakaikan pada leher Boboiboy.

"Mulai harini....aku terima kau sebagai pemilik kuasa elemental yang baru."

Solar menunduk hormat sebelum elemental yang lain muncul disebelahnya.

Mereka semua tersenyum.

"Jadi macam mana aku nak gunakan kuasa korang?",soal Boboiboy sambil memegang rantai pada lehernya.

"Biar aku bagitahu..."

Gempa mendekati Boboiboy dan dia mula menerangkan satu persatu kekuatan setiap elemental dan juga cara untuk menggunakan kuasa tersebut.

.

.

.


.

Fang dan Ali melihat kearah Boboiboy yang sudah memakai rantai elemental.

Haaa ..

"Akhirnya kau terima takdir nih ...",dengan lega Fang berkata.

"Ye takdir yang sama tapi jalan yang berbeza ..", Boboiboy tersenyum.

Ye jalan yang berbeza...sebelum nih Boboiboy pilih jalan untuk membalas dendam tapi kali nih Boboiboy pilih jalan untuk lupakan dendam dia dan takdir mereka berdua masih sama.

Haru dan Eiji tersenyum melihat perubahan Boboiboy sekarang.

"Jadi kau dah bersedia? Atau belum?"

Ali memandang Boboiboy menunggu jawapan darinya.

"Hahahaha mestilah BELUM!!! Aku kena lawan musuh kot manalah aku tahu semua nih!!",dengan cemas Boboiboy berkata.

Terkedu yang lain mendengarnya. Tadi bukan main yakin je sekarang dah lari tak cukup tanah.

"Woahh sabar lah kita berlatih sama-sama ok?"

Anggukan laju diberi dan Eiji terus menarik Boboiboy ke tempat latihan diikuti Haru dari berlakang.

Fang hanya tergelak melihat mereka bertiga.

"Aku harap semuanya berjalan lancar .."

....

Di Dark Castle...

Esdo melihat taman bunga ros hitam di depannya.

Angin ditiup perlahan dan dia mengalih pandangan kearah awan yang berwarna hitam gelap.

"Haaa...nampaknya aku gagal...ermm aku perlu buat serangan lebih cepat supaya dia tak sempat berlatih dengan kuasa elemental...Ares...aku akan tunaikan hajat kau yang terbatal sebelum nih...",dengan senyuman sinis dia berkata.

Tiba-tiba seorang pengawal datang kearahnya dengan membawa satu Kristal.

"Jadi kau berjaya jumpa Kristal tuh .."

"Yer tuan...tapi Kristal nih tidak lagi berfungsi..."

Hmmm..

Kristal berwarna emas itu diambil dan digengam kuat sehingga pecah.

"Mengecewakan."

Darah hitam mula mengalir dari lukanya.

"Hantar seratus orang tentera untuk serang planet Natureva.",arah Esdo.

"Baik tuan."

Tanpa membuang masa pengawal tersebut terus pergi meninggalkan Esdo yang masih berdiri memandang taman bunga ros hitam di depannya.

"Masa bermain telah tiba... Boboiboy."

Bunyi guruh berdentum kuat dan Esdo memetik satu bunga ros dan dia mencium bau bunga tersebut.

"Aku harap darah kau berbau seperti bunga nih...",bisiknya lalu memandang kearah bayangan Boboiboy yang hanya berdiri tanpa reaksi muka.

Hmm..

"Boboiboy."

...

Di tempat latihan...

Mereka bertiga sedang berlatih berlawan menggunakan kuasa.

"Jadi lawan aku Boboiboy.."

"Baiklah.."

Hiyargh!

Boboiboy terus meluru kearah Eiji tapi serangannya dielak dengan mudah semuanya atas bantuan iris yang dipakai Eiji.

Heh.

"Macam main tipu doh kau nih..",kata Boboiboy tak puas hati bila semua serangan dia berjaya ditempis.

"Ehh Mana ada main tipu...aku guna kebolehan iris je~"dengan sombong Eiji berkata.

Haru sudah berehat katanya dia malas nak berlatih sebab dia dah handal kawal kuasa bayang.

"Hoi Boboiboy...cubalah guna salah satu kuasa elemental mana tahu kau berjaya ke.."

Kata-kata Haru membuatkan Boboiboy teringatkan kuasa elemental.

Heh.

"Dengan senang hati... Boboiboy halilintar!!!"

Sekelip mata baju dan gaya topi Boboiboy bertukar.

"Fuyo!! Gempak siak kuasa kau...",puji Eiji.

Dia bersedia untuk berlawan.

Gerakan kilat!

Sepantas kilat Hali sudah muncul di belakang Eiji dan terus menyerangnya.

Tetakan halilintar!!!

Argh!!

Eiji langsung tidak sempat kesan Hali walaupun dia menggunakan iris.

Badannya terduduk di atas tanah selepas terkena renjatan tersebut.

"Rilek Eiji...aku tak guna kuasa penuh pun...",kata Hali sinis.

Ceh.

"Berlagak macam tuannya.."

Hehehehehehe..

Bersambung...
Vote dan coment 😘

Different Paths[Complete]Where stories live. Discover now