Tengku Mikail & Cinta Mikayla |65

6.7K 377 25
                                    

Sudah naik bingit telinga,mendengar suara operator menyahut dihujung talian. Ini sudah masuk yang ke berapa puluh kali, dia menelefon isterinya. Namun begitulah, orang nun jauh disana langsung tidak sudi untuk menjawab panggilannya.

Merajuk pula suri hatinya ini.

Alahai..

Harunya hidup!

Nak dipujuk, dia berada beribu-ribu batu, jauh dari isterinya. Ini kalau didepan mata, tahulah dia macam mana nak tackle isterinya itu.

Tapi bila difikirkan balik, hairan bin ajaib juga dia sebenarnya. Mana pernah isterinya memberontak seperti ini. Cinta Mikayla itu isteri yang menurut kata. Sentiasa lemah lembut dalam percakapan.

"Angkatlah sayang.. ini kalau sayang ada dekat dengan abang, tahulah nasib sayang." Omelnya sendirian. Rambut coklat keperangan yang beralun lembut ditiup bayu malam, diramas sedikit kasar.

Sakit dikepalanya semakin menjadi-jadi. Bara amarah makin menyeruak tinggi didalam dada. Kalau ikutkan hati, nyaris-nyaris telefon pintarnya itu dicampak kasar ke dinding.

"Kau kenapa,Mika?" Soal Tuan Zefri sambil memegang muk yang berisi kopi panas ditangan. Dia melabuhkan duduk dihadapan Tengku Mikail yang kelihatan kusut itu.

Pandangan dilirikkan ke arah Tuan Zefri. Posisi duduk dibetulkan. Lalu, telefon pintar ditangan dicampakkan sedikit kasar ke atas meja kopi dihadapannya itu.

"Banyak lagi ke urusan kita dekat sini?" Soalan Tuan Zefri sebentar tadi itu dibalas dengan soalan kembali. Mata redupnya memandang tepat ke arah Tuan Zefri yang sedang menyisip kopi panas itu.

"Kalau ikut perancangan, kita kena stay sampai Khamis ni." Balas Tuan Zefri.

Hari ini baru hari Sabtu.

Damn!

Masih berbaki lagi lima hari nampaknya. Hanya jasad yang masih tertinggal disini, sedangkan hati dan difikirannya sudah berada di Malaysia.

Wajah diraup kasar. Ya Tuhan! Masa terasa lewat berlalu.

"Kau kenapa, Mika? Ada masalah ke?" Melihat pada wajah yang keruh dan kusut itu, dahi tegang Tuan Zefri serta-merta berkerut seribu.

"Bini aku ni..."  bicaranya terhenti disitu. Keluhan berat dihela keluar. Pandangannya dihala ke arah luar tingkap aras tiga puluh dua itu.

Kepulan awan yang mendung itu ditatap dengan pandangan yang kosong. Gumpalan awan yang terlihat empuk dan lembut itu bukanlah satu petanda yang baik buat alam. Barangkali hujan bakal membadai bumi Washington sekejap lagi.

Begitu jugalah hatinya ketika ini. Mendung tak berarah. Menggebu rasa rindu didalam hati. Sarat bak awan yang sedang menakungi hujan.

"Kenapa dengan wife kau?" Celah Raja Aqib yang baru saja keluar dari bilik, usai membersihkan diri. Duduk terus dilabuhkan diatas sofa empuk, bersebelahan dengan Tengku Mikail.

"Merajuk disebabkan cendol. Aku call banyak kali. Bahkan dah berpuluh kali. Tak nak juga dia angkat." Adu Tengku Mikail.

Kerutan terpamir jelas didahi tegang Raja Aqib dan Tuan Zefri. Lain macam rajuk si Cinta Mikayla ni. Takkanlah semata-mata disebabkan cendol. Dah macam tidur diatas miang buluh si Tengku Mikail ini dibuatnya. Gundah-gulana, tidak tentu arah.

Isaac's Painful Destiny (C)Where stories live. Discover now