Tengku Mikail & Cinta Mikayla |11

6K 307 43
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha

Pang!

Baru saja dia ingin menyantuni ketibaan Puan Soffea dan Encik Arabath, satu tamparan kuat terus singgah dipipinya.

Tengku Mikail terus memaklumkan pada bapa mentua mengenai keadaan terkini Cinta Mikayla. Namun dia tidak menceritakan dalang disebalik kejadian ini. Walaupun rasa marah menular dihatinya, dia masih tidak tergamak untuk membuka aib mummy nya.

Sudah satu jam Cinta Mikayla bertarung nyawa didalam bilik bedah. Jantungnya berdegup kencang seiring hatinya yang sedang gundah-gulana itu.

"Soffea!" Jerkahan Encik Arabath terus bergema kuat dihadapan bilik bedah itu.

"Lepas abang! Biar saya ajar jantan ni cukup-cukup!" Puan Soffea meronta-ronta dalam pelukan Encik Arabath. Matanya sudah sembab dek kerana menangis sepanjang jalan ke hospital. Mukanya memerah tanda tahap kemarahan sudah melepasi paras merah.

"Soffea, calm down! Ni hospital! Jangan buat abang malu boleh tak?" Jerkah Encik Arabath lagi.

"Macam mana Pia nak bertenang abang? Anak kita bertarung nyawa dalam tu. Itu satu-satunya anak kita." Rintih Puan Soffea dalam dakapannya.

"Sabar. Istigfar. Semua ni jadi bukan salah Mikail. Sudah suratan takdir tertulis sebegitu." Kata Encik Arabath. Dia memang memiliki perwatakan positif. Sejak dari Tengku Mikail hadir dalam hidup anaknya, dia sudah menerima baik dan buruk lelaki ini didalam hidup anaknya.

"No! Lelaki ini dah rampas segalanya dari kita. Maruah anak kita, anak kita, masa depan anak kita dan sekarang cucu kita." Teriak Puan Soffea. Dia bagaikan hilang pedoman ketika ini.

"Mika terpaksa, umi. Kalau Mika tak buat pilihan, Mika akan hilang isteri dan anak Mika." Rintih Tengku Mikail. Pipinya terasa pijar dan perit dek tamparan ibu mertuanya. Harus bagaimana lagi? Pilihan itu juga terlalu berat buatnya.

Seakan baru saja dia merasai gerakan anak kecil itu didalam perut isterinya. Dan itulah kali terakhir dia merasai gerakan itu. Kali ini dia kehilangan anaknya buat selama-lamanya.

"Kau tak payah nak cakap banyak la Mikail! Kalau kau tak hadir dalam hidup anak aku, semua ni tak akan jadi macam ni!" Tempelak Puan Soffea.

Dia ingin meluru sekali lagi ke arah Tengku Mikail yang sedang menangis teresak-esak itu. Belum puas lagi untuk menampar Tengku Mikail. Namun tangkas saja Encik Arabath meraih tangannya. Lalu, batang tubuhnya ditarik kasar oleh Encik Arabath.

"Bawak mengucap Pia. Ingat Allah. Jangan cakap macam orang tak ada pegangan agama!" Jerkah Encik Arabath dengan kuat. Terhinjut semua bahu orang awam yang ada disitu. Suara garau itu bergema kuat mengalahkan petir.

Puan Soffea terus melorot jatuh ke atas lantai. Dia benar-benar lemah sekarang ini. Dia tidak mahu kehilangan anak dan cucunya. Belum sempat lagi dia memangku cucunya itu.

"Abang..."

"Sabar Pia. Teruskan berdoa pada Allah. Doa seorang ibu tiada hijabnya. Anak kita perlukan doa awak." Nasihat Encik Arabath. Dia juga turut lemah namun dalam situasi begini dia harus berpura-pura kuat demi isterinya.

Isaac's Painful Destiny (C)Where stories live. Discover now