Tengku Mikail & Cinta Mikayla |31

8.9K 394 38
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha

"Kak Nur, kenalkan ni Cinta Mikayla." Kata Tengku Mikail sebaik saja dia keluar dari biliknya bersama dengan Cinta Mikayla. Kak Nur merupakan setiausaha Tengku Mikail. Dia sudah berkhidmat lama disini, sejak syarikat ini ditubuhkan lagi.

"Ini lah orangnya, Tengku?" Soal Kak Nur bersama senyuman tersimpan seribu makna. Hanya dia dan Tengku Mikail saja yang mengetahui makna disebalik senyuman itu.

Tengku Mikail mengangguk perlahan.

"Cantik sangat orangnya, Tengku. Luar biasa cantiknya." Puji Kak Nur lagi sambil mengangkat ibu jarinya pada Tengku Mikail. Cinta Mikayla hanya terkebil-kebil disitu memerhatikan mereka berdua.

Tengku Mikail menoleh ke arah Cinta Mikayla yang sedang berdiri disisinya. Mata mereka saling berpapasan dan bersatu. Redup mata Tengku Mikail memandang tepat ke arah sepasang mata coklat cair yang beralis lentik itu.

"Yes she is. Paling sempurna dan cantik dimata I." Tutur Tengku Mikail perlahan. Tidak berkelip matanya memandang seraut wajah cantik itu.

Cepat-cepat Cinta Mikayla menundukkan pandangan matanya. Gelombang debaran didadanya makin mengganas. Dia akui dia kalah dengan renungan redup Tengku Mikail.

"Kak Nur doakan urusan Tengku dipermudahkan." Kata Kak Nur.

Lalu dia membisikkan sesuatu ditelinga Tengku Mikail.

"Cepat-cepat Tengku pujuk dia balik. Nanti dikebas orang." Bisik Kak Nur. Dia sudah mengetahui apa yang telah berlaku diantara Tengku Mikail dan Cinta Mikayla.

Tidak puas dia menatap seraut wajah cantik bakal suri hati majikannya itu. Patutlah Tengku Mikail gila bayang  dan tidak berubah hati. Dia yang wanita pun turut jatuh cinta dengan wajah cantik Cinta Mikayla, apatah lagi jika lelaki yang melihat Cinta Mikayla.

"Doakan, Kak Nur."

"InshaAllah Tengku."

"Terima kasih, Kak Nur. I nak perkenalkan Cinta dekat staff yang lain." Pamit Tengku Mikail.

"Okay, Tengku."

Tangan Cinta Mikayla diheret, menuju ke lif VVIP. Dia ingin memperkenalkan Cinta Mikayla pada pekerja-pekerja lain yang berada ditingkat 15 bangunan ini.

***********

Cinta Mikayla mula rasa tidak selesa ketika ini. Dari tadi lagi Tengku Mikail tidak melepaskan tangannya. Keadaan mereka yang terlalu intim seperti ini mengundang tumpuan mata-mata pekerja lain. Terutamanya pekerja wanita.

Rata-rata melihat ke arahnya dengan pandangan iri hati. Masakan tidak majikan tampan mereka ini sudah berpunya rupanya.

"Dato', lepaskan tangan saya." Bisik Cinta Mikayla dengan lembut. Dia terpaksa menjinjitkan kakinya sedikit untuk berbisik ditelinga Tengku Mikail.

Tengku Mikail menyimpan senyum. Terasa comel pula tindakan Cinta Mikayla itu. Tahulah pendek. Haha

Tangan Cinta Mikayla tidak dilepaskan, malah makin erat dan kemas digenggam olehnya. Dia sengaja bertindak seperti itu agar semua orang disini tahu yang Cinta Mikayla adalah hak miliknya.

Isaac's Painful Destiny (C)Where stories live. Discover now