Tengku Mikail & Cinta Mikayla |18

6.8K 319 29
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha

Sudah seharian Cinta Mikayla menangisi dan meratapi kepemergian umi dan ayahnya. Tidak ada sebutir nasi pun yang menjengah perutnya walaupun puas dipujuk dan dirayu oleh Mak Timah.

Dia hanya mengurungkan diri didalam bilik ayah dan umminya. Dipeluk kain telekung dan baju melayu ayahnya yang masih melekat aroma bau badan mereka berdua.

Mak Timah terlalu rungsingkan keadaan mental Cinta Mikayla. Al-maklumlah Cinta Mikayla baru sahaja sembuh dari penyakit depresinya. Sedikit sebanyak, peristiwa hitam ini akan mengundang kemudaratan kembali pada Cinta Mikayla.

Bunyi siren kereta polis bergema, masuk ke dalam perkarangan rumah. Mak Timah terus turun ke tingkat bawah untuk membuka pintu pada pegawai-pegawai polis itu. Mungkin masih ada siasatan yang ingin dilakukan terhadap kes pembunuhan Encik Arabath dan Puan Soffea.

"Assalamualaikum puan." Sapa pegawai polis sebaik saja pintu utama rumah dibuka oleh Mak Timah.

"Waalaikummussalam tuan. Jemput masuk tuan." Pelawa Mak Timah. Pintu utama rumah itu dibuka luas untuk membenarkan pegawai-pegawai polis itu masuk.

Lalu, dia membawa mereka menuju ke ruang tamu.

"Tujuan kami datang ke rumah ini pada hari ini kerana kami telah menerima laporan dari seseorang." Seorang pegawai polis mula bersuara.

"Laporan mengenai apa tu tuan?" Soal Mak Timah. Dia kurang jelas. Dahi separuh abadnya sudah berkerut seribu.

"Laporan yang mengatakan Puan Cinta Mikayla terlibat dalam kes pembunuhan ini." Tutur pegawai polis itu tanpa selindung-selindung lagi. Terbuntang terus mata Mak Timah seraya menggelengkan kepalanya berkali-kali. Tidak! Ini tidak mungkin!

"Tidak, Tuan! Ini tak mungkin! Mak Timah kenal Cinta Mikayla bagaimana. Tidak mungkin dia akan melakukan perkara seperti ini. Tidak mungkin dia sanggup membunuh ayah dan umminya yang dia sayangi sepenuh hati." Nafi Mak Timah. Matanya sudah mula digenangi dengan air mata.

Ya Tuhan! Mengapa Engkau sekejam ini terhadap Cinta Mikayla? Salahnya apa?

"Hasil siasatan kami juga, Puan Cinta Mikayla sedang mendapatkan rawatan dengan doktor pakar psikiatri mengenai penyakit depresi yang dialaminya setelah kematian anak dan diceraikan oleh suaminya. Betul ke Mak Timah?" Celah pegawai polis itu lagi. Satu laporan bertulis dari doktor pakar psikiatri yang merawat Cinta Mikayla diletakkan diatas meja untuk tatapan Mak Timah.

"Ya betul, Tuan. Tapi keadaan mental Cinta sudah disahkan pulih." Nafi Mak Timah sekali lagi.

"Tapi Mak Timah tahukan seseorang yang mengalami masalah mental ini sukar diduga tindakannya. Mungkin kita nampak luarannya sudah sihat seperti sedia-kala, namun dalamannya kita tidak tahu." Kata pegawai polis itu.

"Tidak, Tuan! Itu mustahil sama sekali. Saya kenal Cinta bagaimana." Tutur Mak Timah.

"Berdasarkan maklumat yang pihak kami perolehi lagi, arwah Encik Arabath dan Puan Soffea terlalu menentang hubungan Puan Cinta dan bekas suaminya. Dan mereka berdua bercerai juga kerana desakan Puan Soffea? Betul tak?" Sambung pegawai polis itu lagi.

Isaac's Painful Destiny (C)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon