BAB 25

34 2 6
                                    

Semasa dalam perjalanan Cyra dan Carlo hanya diam membisu sahaja tetapi hati si Cyra pula sudah memberontak inginkan suasana tidak terlalu senyap di dalam kereta itu.

Cyra memandang Carlo seketika lalu menghadap jalan semula. Ingin berfikir ayat yang sesuai, yang boleh dibuat borak.

Tetiba dia teringat akan perkataan yang dilontarkan oleh kawan Carlo sebentar tadi, Alex yang menggunakan bahasa asing yang tidak diketahui Cyra.

Cyra pandang semula Carlo.

"Awak nak tanya sikit boleh kan?"

Carlo diam. Hanya fokus pada pemanduan.

"Tadi kawan awak cakap tadi tu apa ehh?? Ngutuk saya ke apa!?"

Carlo jeling Cyra sekilas lalu kembali memandu.

"Eh ehh.. Bagi jelingan pulak dia"

Cyra berdengus deras

"Cepat laa saya pun nak tahu dia kata apa.." Paksa Cyra.

Tetapi malang Carlo tetap juga diam.

"Haa yelahh diam jee... Mulut tu dah kena gam gamaknya. Mungkin gam uhu takpun glue gun" Perli Cyra serdas. Sakit jugak hatinya bila ditanya, jawapan yang diberi hanya diam,diam dan diam.

Tengah sibuk melayan perasaan sunyi berada di dalam kereta Carlo, Cyra tidak sedar bahawa mereka berdua sudah tiba dihadapan garaj rumah miliknya.

"Tak nak keluar dah" Tutur Carlo sarkastik apabila dia perasan Cyra hanya diam di tempat duduk itu seperti sedang mengelamun.

Tersentak juga Cyra apabila ditegur sebegitu rupa. Dia berpaling menghadap Carlo.

"Iyee saya nak turun laa ni." Selepas sahaja Cyra turun daripada kereta Carlo, Cyra perasan bahawa Carlo masih berada di dalam keretanya sendiri.

'Ehh dia tak nak turun kee'

Tok Tok

Cyra mengetuk cermin tingkap kereta milik Carlo supaya Carlo menurunkan sedikit cermin tingkap keretanya.

Carlo menurunkan cermin tingkap keretanya bersama kening diangkat ke atas sedikit.

"Jom laa turun saya buat kek batik tauu.. Sedap.. Rugi awak tak makan. Jom laa yang lain semua ada dekat dalam tu." Ajak Cyra.

"Aku"

"Aipp jom.... Ini arahan saya tau.. Cepat laa jom. Jangan bagi alasan. Alaa anggap jee barang saya yang awak bayar tadi.. Saya bayar balik." Belum sempat Carlo mahu sambungkan ayatnya Cyra sudah memotong.

"Aku kata tak payah bayar"

Cyra buat muka bila dengar sahaja ayat Carlo.

"Ceh! Tahu kaya. Yelah yelah anggap je saya ajak awak makan. Dah laa jom." Cyra terus masuk ke dalam rumah. Carlo juga turut mengikuti Cyra selepas sahaja turun dari keretanya.

Lheo, Fawwas, Carldrillo, Hayyi, Kayden sibuk berkaroke di rumah itu. Sudah buat macam rumah sendiri. Manakala Aisy dan Hasher sibuk bermain berkejar-kejaran. Sakit hati pula tengok. Ingat rumah ni besar sangat!!

Carlo? Carlo hanya dengan telefon bimbit ditangan entah apa dibeleknya. Adara? Adara tidak balik lagi, katanya lewat malam sikit baru dia balik.

Cyra keluar dari dapur dengan membawa kek batik yang sudah sejuk yang dibuat olehnya sendiri dan diletakkan ke atas meja makan.

"Hasher kek batik kau dah siap!" Laung Cyra sekaligus memanggil manusia yang berada di depan ruang tamu menuju ke meja makan.

Semua yang dengar laungan Cyra itu.. Terus berlari dengan sepantas kilat kecuali Carlo.

SWEETIE PIE PRINCIPESSA (HIATUS + IN EDITING)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt