BAB 20

31 2 28
                                    

Cyra masih lagi berada dirumahnya bersama Adara. Cyra meneruni anak tangga dengan malas lalu duduk di hadapan kaca TV dan menekan-nekan button yang ada pada remote TV itu dengan kasar. Apabila tiada siaran yang menarik minatnya dia terus menghempaskan remote itu ke atas meja dan dia terus menghempaskan badannya dengan kasar ke atas sofa itu tanda protes.

Adara yang baru sahaja selesai mengemas rumah dia berjalan ke arah Cyra dan duduk di sofa yang kosong. Adara mengambil remote yang berada di atas meja itu lalu mencari siaran yang menarik minatnya, kemudian Adara meletakkan semula remote itu ke atas meja dengan mata hanya memandang kaca TV sahaja. Setelah beberapa minit Adara menghadap TV dia berasa ditenung oleh seseorang selama dia menghadap kaca TV itu. Adara memandang sekilas ke arah Cyra lalu memandang kaca TV itu semula kemudian Adara melepaskan satu keluhan berat dan kembali menatap Cyra yang memandangnya dengan muka cemberut.

"Kau dah kenapa ?" Tanya Adara. Cyra kembali bangun dari baringnya dan berjalan ke arah Adara dan duduk di sebelah Adara.

"Ahakk, boleh laa Dara jom laa kita keluar aku bosannnn...." Peluk Cyra dengan kuat. Adara yang berasa rimas di peluk oleh Cyra cepat-cepat dia mengalihkan Cyra dari memeluknya dengan kuat, tetapi apakan daya lagi Adara menolak Cyra dari memeluknya... lagi kuat Cyra memeluk Adara. Sehinggakan Adara berasa penat dengan perangai Cyra lalu dia menghembuskan nafasnya dengan kasar.

"Aihhh, yelah yelah. Dah sekarang kau lepas laa aku... Kau nak aku mati ke apa" Kata Adara dengan pasrah. Sudah dilarang suruh duduk di rumah untuk tolong apa yang patut, nak jugak keluarnya.

Cyra yang dengar Adara kata sebegitu terus dia memeluk Adara dengan kuat sehingga Adara kehilangan oksigen lalu Cyra terus melepaskan pelukannya dari Adara.

"Betul ehh, kejap tau aku siap" Cyra terus mencium pipi milik Adara lalu berlari kegembiraan ke biliknya.

"Oii... Sesak nafas aku dibuatnya" Bisik Adara perlahan lalu Adara bingkas bangun dan bersiap-siap untuk keluar bersama Cyra. Karang tak siap cepat merajuk pulak jenuh satu hal nak memujuknya.

Cyra hanya tersenyum sepanjang perjalanan ke mall. Adara yang sedari tadi memandu memandang Cyra dengan riak tidak puas hati. Mentang-mentang Adara tengah cuti sedap-sedap tok nenek Cyra je ajak Adara keluar lalu Adara kembali kepada pemanduannya ke mall.

Setelah tiba di kawasan mall itu Adara mencari parking lalu Cyra dan Adara terus berjalan memasuki ke dalam mall. Muka Cyra sepanjang perjalanan sehingga tiba di mall hanya tersenyum-senyum sendiri. Yelaa Adara ikut cakap dia mana tak melebar senyuman tu. Adara pulak dengan muka pasrah segala pasrah. Dah macam mak mak kena ikut cakap anak nak mainan.

"Hehehehe, Dara wa sayang sama lu" Cyra memeluk Adara lalu mencium pipi milik Adara. Adara terus menolak Cyra sekuat hati dari mencium pipinya dan memeluk dirinya.

"Eihh kau ni, kita dekat mall tau... Malu orang tengok. Tengok tu.. Nanti dia ingat kita lesbian pulak" Marah Adara dengan lembut sambil menunjukkan ke arah seorang makcik yang memandang ke arah mereka berdua. Cyra tersengih lalu memandang ke arah makcik yang dikatakan oleh Adaraa.

"Tu ke..." Tunjuk Cyra ke arah makcik itu

"Eyy, eyy, kau ni tak payah laa tunjuk dia.." Adara menurunkan tangan Cyra dari menunjuk ke arah makcik itu.

"Tapi kejap... Aku macam kenal je makcik tu ermmmm" Cyra mengecilkan matanya untuk menganalisis makcik itu.

"Haah laa Dara.... Tu makcik jemah kesayangan aku hihihihi." Teruja Cyra lalu dia bersama Adara berjalan melintasi makcik Rosmah. Tetiba makcik Rosmah membuka mulut semasa Cyra melintasinya.

"Heh ! Sekarang keluarga dah tak dak. Lepastu suka sesama jenis. Cium sana peluk sana ingat club kau nak berpeluk sana sini" Kata makcik Rosmah dengan sinis. Cyra terus sarkastik memberhentikan langkahnya lalu berjalan ke arah makcik Rosmah bersama satu senyuman.

SWEETIE PIE PRINCIPESSA (HIATUS + IN EDITING)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ