Part 23

140 6 0
                                    

Hatinya panas, Haikal berjalan kehulur kehilir di dalam biliknya. Dirinya cuba untuk tenangkan diri dengan menarik nafas dalam.

Haikal

Haikal menoleh, terkejut apabila namanya dipanggil. Dia melihat keadaan sekeliling biliknya. Sah sah tiada siapa bersamanya. dia mula berasa rimas, dengan lantang Haikal menjerit. Hamdan yang dibawah jelas mendengar jeritan itu lalu berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik adiknya.

"Kenapa ni !?" Tanya Hamdan, tercungap cungap dia menarik nafas. Haikal tidak membalas pertanyaan tersebut, kedua dua tangannya menutup telinga.
"Kenapa ni!?" Tanya Hamdan sekali lagi lalu menarik lengan adiknya. Haikal menoleh. Hakim hanya berdiri di luar bilik.

"Haikal nak abah" kata Haikal sambil berjalan keluar bilik. Hamdan mengucap panjang. Hakim hanya memerhati tingkah laku adik kembarnya.

***
Haikal laju menuruni anak tangga.

"Haikal, nak pergi mana?" Tanya Maklong yang baru sahaja keluar dari dapur. Haikal menoleh kearah maklongnya tapi tidak menghiraukan pertanyaan tersebut. Laju melangkah menuju ke pintu utama rumah.

"Kenapa tu?" Tanya Paklong, maklong hanya menggelengkan kepala. Beberapa saat kemudian, Hamdan dan Hakim laju menuruni anak tangga.

"Haikal mana?" Tanya Hamdan, maklong hanya muncungkan mulutnya menunjukkan kearah mana haikal pergi. Hamdan laju melangkah menuju ke pintu.
"Haikal !" Panggil Hamdan, namun Haikal hilang dari pandangannya. Hamdan kehulur kehilir sambil mengcekak pinggangnya. Perasaan risaunya mula bermain didalam diri. Tanpa berfikir panjang, Hamdan terus berjalan keluar dari pagar utama rumahnya.

"kenapa ni?" Tanya Paklong dengan nada yang risau, air mukanya jelas kelihatan kerisauan itu.
"Macam mana paklong dengan maklong tahu kami bertiga tinggal kat sini?" Tanya Hakim.
"Maklong yang-"

"Mak Abah kamu minta maklong bawa kamu bertiga balik" kata maklong tanpa memandang ke arah Hakim. Hakim berkerut kening, bawa?
"Abah kamu cakap kamu semua dalam bahaya" sambung maklongnya lagi. Hakim hanya terdiam.

****
"berhenti la!" Jerit Haikal sambil menutup kedua telinganya. Hutan panjang menemani setiap langkah Haikal.
"Diam! Cukup!" Jeritnya lagi, Haikal merehatkan dirinya duduk bersandar di penghadang jalan. Air matanya berjijiran membasahi pipi.
"Abah, Haikal takut" adu Haikal perlahan.

angin kuat menempuh dedaun pokok menyebabkan daun daun mula beterbangan. Beberapa saat kemudian akhirnya suara yang menganggu Haikal akhirnya berhenti. Haikal mengalihkan tangannya dengan perlahan.

"Nak?"

Haikal menoleh setelah bahu nya disentuh oleh seseorang, Haikal terkejut.
"Makcik" kata Haikal, air liurnya ditelan deras.
"Kenapa ni seorang diri?" Tanya Makcik Raihani sambil meluruskan tangannya untuk menggosok kepala Haikal.
"macam mana-" kata Haikal.
"Jom kita balik" ajak Makcik Raihani sambil menarik lengan Haikal. Haikal diam kaku. Makcik Raihani cuma tersenyum.

Jangan!

Haikal terus menepis tangan Makcik Raihani. Haikal terus menutup matanya.
"kau pergi jangan ganggu aku!" Bisik Haikal sambil memejam rapat matanya.
Bunyi gelak nyaring berligar dikeliling Haikal. Angin kuat menempa dirinya.
"PERGI!" Jerit Haikal. Namanya dipanggil beberapa kali.
"PERGI! TOLONG LA!" Jerit Haikal berserta tangisan.

"Haikal"

Bahunya disentuh, gelak nyaring dan angin kuat tadi terus berhenti. Haikal membuka matanya, kelihatan Hamdan erat memegang bahunya.
"Abang!" Peluk Haikal.
"cepat balik jom" ajak Hamdan.

Hamdan mengiringi adiknya pulang, angin bertiupan menimbulkan bunyi kekecohan antara pokok. Beberapa langkah mereka berjalan, kedengaran tapak kaki dari belakang. Langkah mereka bertiga terhenti.

"dia ada?" tanya Haikal. Hamdan menggosok belakang Haikal cuba untuk menenangkan Haikal.
"kita berjalan laju sikit ye" ajak Hamdan. Haikal mengangguk, namun selangkah dia melangkah kedengaran dua langkah dari belakang.
"bang, Haikal takut" adu Haikal.
"Haikal ikut abang" Hamdan membuka langkahnya dengan membaca Ayat Kursi, lengan Haikal ditarik. Langkah mereka berdua semakin laju, turut juga dengan degupan jantung Haikal. Kedengaran tapak kaki laju di belakang mereka. Mereka berdua tiada pilihan, mereka berdua terus berlari pecut meninggalkan Kawasan tersebut.

***
"Assalamualaikum"

Hakim bangun, matanya mengitai sedikit. Kelihatan Pakngah berdiri memegang pagar rumah mereka. Hakim terus melangkah keluar daripada rumahnya menuju kepada Pakngah.
"Waalaikumussalam Pakngah" jawab Hakim.
"ya pakngah?" tanya Hakim.

"adik kamu-" belum sempat pakngah menanyakan pertanyaannya. Hamdan dan Haikal tercungap cungap berlari.
"korang dari mana ni?" tanya Hakim. Hamdan menarik nafas laju. "korang dari mana ni!?" tanya Hakim sekali lagi.

"korang kena pergi dari sini" kata Pakngah.
"Sebelum terlambat" pesan Pakngah lagi. Bahu Hamdan ditepuk. Angin tiba tiba menjadi kuat.
"Sekarang!" Arah Pakngah dengan meninggikan sedikit suaranya. Hamdan membawa masuk adiknya dengan keadaan yang gelabah.

"korang kumpul bersama, jangan ada seorang pun yang duduk berasingan" pesan Pakngah kali terakhir sebelum Hamdan tutup pintu meninggalkan Pakngah sorang diri di luar rumah.

***
Hamdan meletakkan Haikal di atas sofa.
"kenapa ni?" tanya maklong dengan nada penuh kerisauan. Maklong memanjangkan tangannya untuk menggosok kepala Haikal, namun Haikal mengelak.
Tiba tiba angin dari luar rumah bertiup kencang, dedaun di pokok bergoyang dengan deras sekali manakala daun daun yang sudah gugur terbang dibawa angin.

"abang, haikal takut" adu Haikal. Hamdan laju menggapai tangan adiknya.
"dia ada, dia ada!" jerit Haikal sambil menunding jari ke arah luar rumah. Tangannya kuat menghetak sampai terlepas dari genggaman Hamdan. Laju Haikal menekup kedua dua belah matanya dengan tangan.
"dia ada!" raung Haikal.

Paklong laju menekup mata Haikal dengan mulutnya terkumat kamit membaca ayat suci Al-Quran. Haikal masih meraung menangis, tangan paklong digenggam kuat.
"Hamdan, ambilkan air cepat" arah Paklong.

***
"Dengan izin Allah, tunjukkan diri kau sekarang" minta Pakngah, tangannya menggenggam segenggam tanah. Kedengaran gelak yang nyaring jauh dan sayu, Pakngah memandang sekeliling.

"tolong aku, Said"
Suara itu kedengaran sayu, namun Pakngah tidak mengendahkannya. Itu hanya permainan dan tipu daya Syaitan belaka. Pakngah membaca ayat ayat suci dengan nada yang berbisik, angin dan tangisan itu kedengaran lebih kuat dan nyaring seolah olah ia datang menghampiri. Pakngah membaca ayat suci tersebut dengan lebih kuat, lawan dengan derasan angin.

***
Ayatul kursi dibaca sambil menyapu air ke muka Haikal, Paklong mengarahkan 3 beradik tersebut minum air yang dibacanya tadi.
"eh Hakim tak ada apa apa" bantah Hakim.
"minum" minta Paklong. Akhirnya Hakim meneguk juga minuman tersebut. Sampai giliran Haikal, dia cuba untuk meminumnya namun tidak dapat.

Haikal mula batuk tidak terhenti.
"lemas" adu Haikal sambil menekup lehernya, cuba untuk bernafas.
Beberapa saat kemudian, selurus ruang berbau asap. Hamdan dan Hakim cuba mencari puncanya namun tidak dijumpai. Paklong membaca ayat suci dengan lantang sekali sambil berjalan dari setiap penjuru ruang.
"lemas, bang" adu Haikal lagi. Air matanya mula membasahi pipi.
"Haikal takut"

Bang!
Kedengaran seolah olah ada sesuatu terjun dari tingkat atas, Hamdan dan Haikal laju menaiki tangga untuk melihat apa yang berlaku.
"jangan" larang Paklongnya. Langkah mereka berdua terhenti.

suara tangisan sayu dari dalam rumah, mereka semua memandang sesama sendiri. Maklong memegang erat lengan baju suaminya. Bau asap semakin kuat.
Haikal kembali batuk tanpa terhenti. Beberapa saat kemudian, Haikal menarik nafas panjang. Hamdan timbul kerisauan dalam dirinya, laju dia memaut Haikal.

Haikal batuk kali terakhir lalu mengeluarkan kaca.
"sakit" Haikal menangis. Paklong dengan Maklong terkejut, tak mungkin anak buahnya dibuat orang.

"Kau nak apa!" Marah Hamdan, suaranya lantang memenuhi ruang. pikirannya menjadi kusut, kesian dan takut semua bercampur.
"Kami tak kacau hidup kau! Kami tak kenal kau!" Sambungnya lagi. Paklong cuba untuk meredakan Hamdan. Hamdan terduduk di samping Haikal.

***
Pakngah membaling pasir tersebut ke dalam pagar rumah. Angin deras tersebut membawa pasir pasir halus berterbangan. Kedengaran jeritan halus dari kedua belah telinganya. Jeritan tersebut kedengaran seolah olah dari orang yang berlainan mahupun lelaki atau perempuan.

3 BERADIKWhere stories live. Discover now