»•» Bab - 10 «•«

Start from the beginning
                                    

"Babah nak gerak. Ada hal kena urus. Adrea makan lah dulu. Ni duit." Tanpa aba-aba Tuan Ferhad berdiri sebelum sekeping not seratus diletak atas meja berdekatan anak gadisnya.

Areesya terpinga-pinga. Dia mengikut bangun. Lengan babahnya dipegang.

"Babah, Adrea nak makan dengan babah," ujar gadis itu menghalang pergerakan Tuan Ferhad. Berkerut dahi lelaki tua itu.

Dengusan kecil kedengaran keluar dari bibirnya.

"Babah ada hal Nadrea Areesya!" Serentak itu tangan anaknya ditolak. Tidak terlalu kuat.

Langkah dibawa tergesa-gesa keluar dari Restoran itu.

Areesya terdiam lama. Tubir matanya terasa suam. Pandangan-pandangan pelik yang dilemparkan oleh sekelilingnya dibiarkan.

Dia kembali melabuhkan duduk. Duit pemberian babahnya dipandang sepi.

Dari kecil lagi dia teringin mahu menikmati usapan kasih sayang dari seorang lelaki bergelar ayah.

Namun sayangnya dia tidak dapat merasai semua itu. Puan Naiha Dan Tuan Ferhad telah mengambil keputusan untuk berpisah setelah tidak sehaluan lagi. Akibat fitnah seseorang.

Babahnya pula seolah membencikan mereka. Areesya hanya mampu bersabar.

Dia memerlukan uminya sekarang. Beg tangan dicapai lalu langkah dibawa keluar dari restoran itu. Duit tadi diambil.

Sempat gadis itu membayar makanan yang belum siap itu.

Dia tiada selera hendak makan. Niatnya hanya ingin meluangkan masa bersama babahnya. Namun lelaki berusia itu tidak mahu. Dia tidak boleh memaksa.

Areesya menanti teksi. Nasibnya cukup baik apabila sebuah kereta berhenti dihadapannya.

Masuk saja ke dalam Areesya melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta. Pacuan empat roda itu meluncur sedikit laju atas jalan raya.

Tanpa sedar setitik air matanya mula mengalir. Areesya segera menyekanya.

Nafas ditarik dalam.

─•~❉ 𝗭 𝗔 𝗡 𝗥 𝗘 𝗦 𝗬 𝗔 ❉~•─

"Mutiara umi ni kenapa hm? Muram je, patutnya happy tau dapat jumpa hero dia," soal Puan Naiha lembut. Tangan naik mengusap pipi gebu anak gadisnya.

Areesya tersenyum kelat.

Dia menarik tangan tua itu dari pipinya lalu digenggam lembut sebelum dikucup.

"Takde apa umi, Reesya penat sikit je," ucapnya lembut. Puan Naiha menggeleng. Dia kenal anaknya. Gadis itu sukar menyembunyikan rasa sedihnya.

"Jawab jujur mutiara. Reesya tak okay sekarang ni, kongsi dengan umi sayang. Jangan pendam, nanti ia akan buatkan hati mutiara makin sakit." Areesya tidak dapat menahan air matanya tatkala ayat itu meluncur laju dari bibir uminya.

Wanita itu sentiasa memahaminya. Hanya uminya sahaja tempat dia meluahkan rasa sedihnya.

Melihat Areesya yang mula teresak-esak menangis itu dengan segera Puan Naiha menarik tubuh gadis itu kedalam pelukan.

Usapan lembut diberikan pada belakang Areesya. Terhinjut-hinjut bahu gadis itu.

"Syhhh, lepaskan semuanya, jangan tahan." Lama gadis itu tenggelam dalam pelukan hangat Puan Naiha.

"Cuba cerita dekat umi, kenapa ni? Mutiara ada masalah apa?" Areesya melepaskan pelukan. Air matanya masih deras mengalir.

Dia tidak malu menangis teresak-esak dihadapan Puan Naiha.

"Re-reesya ad-ada jumpa babah." Puan Naiha diam, memberi ruang untuk gadis itu meluahkan segalanya. Dari kecil dia sudah mendidik gadis itu untuk sentiasa meluahkan rasa sedihnya pada dia.

"Tapi, babah... tak rela nak jumpa dengan Reesya. Kenapa babah benci Reesya sangat Umi? Apa salah Reesya?" Puan Naiha tergamam. Nafas dihembus tenang.

"Macam mana mutiara tahu yang babah tak rela nak jumpa dengan permata hati dia ni?" Soalnya lembut.

"Dari cara layanan umi, Reesya nampak semuanya. Babah macam terpaksa sangat." Bibir dikemam rapat. Dibiarkan saja air matanya diseka oleh uminya.

"Sayangg... takde mak bapak yang tak sayangkan anak dia, hatta haiwan sendiri pun ada sifat kasih pada anaknya. Inikan pula kita yang bergelar manusia. Reesya bagi babah masa sayang. Dia tak benci mutiara."

"Percayakan umi. Sentiasa bersangka baik, Reesya kan anak solehah, jadi maafkan babah ya sayang? Doakan dia," pujukan demi pujukkan diberikan.

Areesya mengangguk dalam tangis.

"Sini umi peluk," ujar Puan Naiha. Lalu sekali lagi Areesya masuk ke dalam dakapan hangat wanita kesayangannya itu. Kalini lebih lama. Tenang dia rasa.

"Dah jangan nangis, nanti mutiara umi tak cantik dah." Kedua belah mata anak bongsunya di kucup lembut. Penuh kasih. Areesya mula mengukir senyuman.

Dia masih ada banyak nikmat yang perlu disyukuri. Salah satunya adalah Puan Naiha. Wanita itu sentiasa ada dengannya.

Malah tidak pernah memarahinya. Apatah lagi naik tangan. Didikan Puan Naiha cukup hebat.

"Terima kasih umi, Reesya sayangkan umi banyak-banyak!" Ucapnya manja. Puan Naiha tergelak kecil. Dia mengangguk. Rambut tebal hitam gadis itu diusap.

"Sama-sama. Umi pun sayang banyak sangat mutiara umi ni." Areesya tersenyum bahagia. Rasa tenang mendengar pujukkan uminya.

Satu-satunya wanita yang paling dia sayangi.

***

TBC-

𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐚  [ C ]Where stories live. Discover now