»•» Bab - 7 «•«

3.3K 185 3
                                    

"...Bidadari."

Pandangan mata diliarkan ke arah sekelilingnya. Menanti sahabatnya itu tiba bagaikan menanti cintanya dibalas oleh orang yang dia minat.

Amboi apa bendalah yang Areesya fikir ni.

Sesekali jam yang berada ditangan kirinya dikerling.

4:30 petang. Baru sahaja dia hendak menarik telefon pintarnya seketika terasa kerusi dihadapannya ditarik sebelum figura sahabatnya yang tersengih itu kelihatan. Riak tidak bersalah ditayangkan.

"Kau ni Neen. Janji pukul-"

"Okay-okay maaf. Aku ndaa sengaja datang lewat sebenarnya. Jalan jem bah cintaa, kau taulah kan harini hari cuti. Memanglah orang semua keluar jalan-jalan." Laju sahaja gadis itu memintas ayat sahabatnya.

Areesya menarik muka. Hampir sejam dah dia menunggu di cafe ini. Nasib sahaja pelanggan agak kurang berbanding sebelum ini yang asyik penuh.

"Kau tarik muka pun ndaa jugak ternampakku Rea. Ni nah buku kau yang kau suruh beli itu hari." Serentak itu sebuah beg kertas sederhana di hulur.

Areesya mula menarik senyuman manis di balik sehelai kain hitam yang menutupi wajah cantiknya.
Segera dia mencapai beg kertas tadi.

"Eyy Ya Allah. Terima kasih daun keladi Neen sayang!" Beg kertas itu di buka sebelum ditarik keluar sebuah buku kegemarannya itu dipeluk erat.

Dia sempat minta tolong untuk sahabatnya itu belikan dia buku baru. Memandangkan Daneen selalu berada di kedai buku. Ulat bukulah katakan.

"Sama-sama," balasnya ringkas. Senyuman dilemparkan. Manis sungguh wajah gadis itu. Dengan bibir merah aslinya serta kening yang seperti di lukis rapi.

Hakikatnya itu adalah kening asli yang gadis itu miliki.

Mata bundarnya diliarkan ke arah sekeliling cafe itu.

"Kau ndaa orderkan aku sekali kaa?" Soal Daneen dengan riak cemberut. Areesya tertawa kecil. Kepala digelengkan dengan muka bersalah.

"Ndaa apalah," ujarnya pasrah lalu tangannya naik melambai salah seorang pekerja wanita yang sedang berdiri tersebut. Mendekat saja wanita itu Daneen mula memesan.

Sekeping not 50 dihulur ke arah sahabatnya. Daneen memandang lama duit tersebut seraya menjungkitkan keningnya.

"Kau mau buat apa dengan duit ni?" Soalnya kurang mengerti. Daneen sudah terbiasa bertutur dalam bahasanya sendiri. Areesya hanya membiarkan saja.

Mahunya terbelit lidah orang sabahnya itu. Terkadang ada juga sesetengah ayat yang dia lontarkan Areesya tidak faham.

Namun laju sahaja sahabatnya itu bertanya. Tidak mahu ketinggalan katanya.

"Kita nak bayar buku lah Neen. Kan kau beli guna duit sendiri. Aku tak sempat nak transfer duit kau dah beli dah," jelasnya.

Daneen hanya mengangguk. Setelah itu dia kembali meliarkan pandangan matanya ke arah tingkap luar cafe tersebut tanpa mengambil duit tadi. Dahi Areesya berkerut halus.

𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐚  [ C ]Where stories live. Discover now