»•» Bab - 6 «•«

3.3K 200 8
                                    

"...Bidadari."

Asyfie hanya diam melihat suasana meja makan pada pagi itu. Sunyi. Hening. Kedua-dua manusia di hadapannya sekarang ini mengeluarkan aura suram.

Keningnya dijungkitkan perlahan melihat langkah Areesya menapak pergi.

"Dik. Nak pergi mana tu? Kenapa tak sarapan dulu," tegur Asyfie.

"Err. Reesya takde selera, abang makanlah," balasnya lembut.

"Nadrea Areesya," seru Asyfie dengan nada tenang.

Langkah gadis itu terhenti. Badan ditolehkan.

"Iyaa?"

"Makan sikit. Reesya tu ada gastrik, nanti datang kalau tak sarapan pagi," tegasnya.

Dengan rasa lemah Areesya mendekat. Kerusi ditarik sebelum punggung dilabuhkan.

Sekeping roti bakar dicapai sebelum digigit perlahan. Pandangan dari Zayyan dibiarkan. Sepi sahaja meja makan itu pada waktu pagi.

"Abang Asy. Petang nanti abang free kan? Nanti tolong jagakan umi, Reesya nak ambil buku yang baru sampai dekat kawan. Kejap je, boleh kan?" pintanya sopan.

Asyfie mengangkat wajah.

"Ya boleh. Pergilah, nanti abang jaga." Areesya mengangguk perlahan. Setelah habis satu keping roti dia meneguk susu kurma sedikit suam itu.

Dia gemar meminumnya pada waktu pagi dalam keadaan diperbuat dari air panas.

"Asyfie. Esok aku dah keluar dari sini kan? Lepas sarapan aku nak bincang dengan kau boleh? Sekali dengan umi kau kalau boleh." Hampir 5 minit berdiam diri akhirnya dia bersuara.

Kejadian semalam cuba untuk dilupakan walaupun hati dia masih sakit dengan pengakuan Areesya.

Areesya hanya diam memasang telinga. Agak-agak perbincangan pasal apa? Boleh tidak dia mahu menyibuk juga?

Tapi namanya tidak disebut pun untuk diajak. Haih.

"Sure. Nanti aku ajak umi." Zayyan mengerling wajah terlindung gadis itu. Diam saja.

"Nanti bila dah siap sarapan tinggalkan je dekat sini pinggan semua. Reesya kemas lepas buat kerja," tuturnya perlahan sebelum mula bangun.

Zayyan hanya menghantar pemergian gadis itu dengan pandangan ekor mata. Teh panas dihirup. Asyfie ralit menyuap bihun goreng itu kemulut.

"Asy. Adik kau dah berpunya ke?" Soalan yang dilontarkan menghentikan pergerakan Asyfie. Garpu diletak ke tepi. Dia memalingkan wajahnya ke arah sahabatnya tersebut.

"Asal tiba-tiba tanya? Jatuh hati ekk?" Tidak menjawab soalan itu sebaliknya dia mengusik. Zayyan hanya pamer riak tenang seolah tidak terkesan dengan ayat Asyfie.

"Jawab jelah." Asyfie tersengih bak kerang busuk.
Dah jatuh hati tu buat cara jatuh hati saja lah. Sibuk nak menangkan ego dia tu.

"Of course adik aku single. Dia pakai niqab kut, takkanlah nak bercouple," ujarnya ringkas. Zayyan menyimpan senyum.

𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐚  [ C ]Where stories live. Discover now