»•» Bab - 5 «•«

3.5K 191 2
                                    

"...Bidadari."

Awal pagi lagi Zayyan sudah pun tercegat dihadapan cermin panjang itu. Sehelai jaket denim hitam disarungkan ke badan tegapnya yang berbalut T-shirt putih kosong itu.

Setelah itu minyak wangi Sauvage Eau de dari jenama dior itu disembur sedikit ketubuhnya.

Semerbak haruman itu memenuhi ruangan bilik. Kini sudah dua bulan dia berada tinggal dirumah tersebut.

Atas sedikit bantuan dari Asyfie harini dia bakal merasmikan Restoran miliknya sendiri.

Dari semasa dia berada digerman Zayyan telah pun berjaya mencari tapak untuk restorannya.

Dengan sedikit rezeki yang dia dapat kumpul semasa dia belajar dan kerja digerman akan diusahakannya sebaik mungkin. Juga ada harta peninggalan dari arwah mama papanya untuk kegunaannya.

Langkah kaki dibawa ke arah keluar. Semakin hari semakin jarang dia bertemu dengan gadis itu. Jika bukan terperap dibilik pasti Areesya keluar.

Dia ingin sekali mengajak gadis itu berborak. Namun layanan yang agak dingin dan tidak berapa peduli gadis itu kadang-kadang membuatkan dia segan.

Sudahlah harini Asyfie telah pun masuk kerja semula.

Masuk saja keruangan dapur rongga hidungnya di sapa dengan bau makanan yang cukup wangi. Nasi goreng sambal bilis! Zayyan meliarkan mata ke arah sekeliling.

Baru saja dia hendak duduk kelihatan kelibat Areesya masuk ke ruang dapur itu.

Ditangan gadis itu terdapat sejenis bunga ungu. Dia tidak tahu namanya. Areesya agak tersentak.

Awal betul lelaki itu. Nasib saja dia sudah memakai purdah.

Pandangan mereka bertemu. Areesya segera menunduk lalu membawa langkahnya ke arah singki. Bunga tadi dicuci bersih.

Dia ingin membuat air bunga telang untuk uminya.

Seketika gadis itu menoleh kembali. Zayyan kelihatan sedang menekan-nekan telefon pintarnya. Barangkali sedang menunggu uminya.

"Abang Zan. Umi dengan abang Asy suruh abang Zan sarapan dulu," beritahu Areesya.

"Hah? oh okay-okay," balasnya sedikit kalut. Telefon diletak ke tepi. Tangan diangkat untuk berdoa. Selesai saja dia mula menyuap.

"Umi Reesya mana?" Soalnya sambil mengerling gadis itu yang ralit menuang air panas ke dalam jug. Areesya menjungkitkan kening.

"Umi dalam bilik. Tak sihat sangat, Abang Asy dah turun kerja lebih awal," jelas gadis itu tanpa menoleh.

"Tanya umi kalau nak pergi klinik, aku boleh bawakan," arahnya tenang. Areesya menggeleng.

"Umi taknak, kami dah paksa tadi. Lagi pun abang Asy dah bagi ubat." Zayyan sekadar mengangguk faham.

"Kau taknak makan?" Soal Zayyan lagi.

"Tak. saya nak bagi umi sarapan dulu. Abang Zan makanlah kenyang-kenyang, habiskan je lauk tu. Takde siapa dah nanti yang nak makan," ujarnya lembut lalu terus saja berlalu ke arah bilik uminya.

𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐚  [ C ]Where stories live. Discover now