»•» Bab - 3 «•«

3.8K 208 2
                                    

"...Bidadari."

Awal pagi lagi Areesya bersama Puan Naiha telah pun berperang didapur. Disebabkan Zayyan tiada ahli keluarga dimalaysia maka dengan berbesar hati Puan Naiha membenarkan jejaka itu tinggal seketika dirumah mereka.

Hanya untuk beberapa bulan.

Areesya hanya menurut walaupun pada hakikatnya dia kurang selesa. Jawabnya 24 jam lah dia dengan niqab dimuka.

Sarapan pagi itu hanyalah nasi lemak sambal kerang bersama roti bakar. Juga satu jug teh panas. Semua dimasak dan dihidang sepenuhnya oleh Areesya.

Uminya hanya membantu apa yang patut. Areesya tidak betah membiarkan Puan Naiha berdiri lama-lama.

Dengan keadaan kaki uminya yang selalu bengkak itu. Semua tugasan ditanggung sepenuhnya oleh Areesya.

Tidak mahu menyusahkan uminya lagi. Dari mereka kecil wanita itu menjaga mereka.

Kini adalah masa mereka membalas jasa Uminya. Walaupun tanpa kehadiran seorang ayah disisi.

"Dah siap mutiara? Mari umi tolong susun," ujar Puan Naiha lalu menarik mangkuk berisi sambal kerang itu.

Areesya mengangguk seketika sebelum turut mengekor untuk membantu menyusun. Setelah selesai semuanya purdah miliknya yang digantung di kerusi itu dicapai.

Selesai mengemaskannya di wajah Puan Naiha pula menyuruhnya untuk memanggil dua jejaka itu. Areesya hanya akur.

Kakinya melangkah masuk ke bahagian ruang tamu.

Anak matanya menangkap kelibat abangnya berbual santai di atas sofa itu. Areesya mendekat.

"Err, maaf ganggu. Abang, umi panggil sarapan," tutur Areesya. Pandangan dari Zayyan tidak dihiraukan.

Sebaliknya dia hanya fokus memandang wajah abangnya.

Asyfie tersenyum manis. Kepala dianggukkan.

"Jom sarapan Yan," ajak Asyfie. Dua jejaka itu mula bangun. Zayyan mengemaskan seketika kain pelekatnya. Lalu telefonnya diletak atas meja. Langkah adik beradik itu diekori.

Haruman nasi lemak menusuk laju kerongga hidung. Zayyan menayang wajah teruja melihat sarapan tersebut.

Dia sudahlah merindui makanan Malaysia semasa berada di Negara asing tersebut.

Setelah menarik kerusi tangan di angkat untuk berdoa. Sederhana saja suara Asyfie melantunkan bacaan doa makan.

"Umi minta maaf lah Yan kalau sarapan pagi ni tak kena dengan tekak Yan," ucap Puan Naiha lembut.

Zayyan pantas memanggung wajah. Bibir melorek senyuman manis.

"Eh umi tak perlu minta maaf pun. Ini memang makanan yang Yan suka pun," balasnya.

"Alhamdulillah." Syukurlah lelaki itu menerima makanan tersebut. Ingatkan Zayyan sukar menelan.

Namun, apabila melihat Zayyan yang mengaut nasi sedikit banyak itu membuatkan Puan Naiha tersenyum.

𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐚  [ C ]Where stories live. Discover now