»•» Bab - 2 «•«

4.1K 214 2
                                    

"...Bidadari."

"Kalau tak silap aku, kau... Areesya, kan?" Areesya mengemam bibir. Zayyan masih mengingatinya!

Kepala dianggukan secara perlahan.

Dia langsung tidak mahu membalas pandangan lelaki itu. Masih malu. Lagi-lagi apabila kenangan dulu semakin menjengah ke dalam fikirannya.

Ahh tolonglah hapuskan memori itu!

Tidak rela dia mahu mengingatinya. Boleh malu sampai 7 keturunan!

Bibir Zayyan mengoyak senyum manis.

Gadis itu...

"Kau sihat Reesya?" Soal Zayyan memulakan perbualan.

Asyfie sekadar memerhati dengan senyuman kecil. Eleh Zayyan. Macam lah dia tidak perasan senyuman lelaki itu.

Areesya tersentak sedikit. Mendengar soalan itu mengundang rasa debar dihatinya.

Mesti lelaki itu masih ingat lagi kejadian 15 tahun lepas. Memikirkan hal itu bertambah-tambah rasa malu Areesya. Umi tolong Reesya!

"Si-sihat, alhamdulillah," balas Areesya sopan.

Zayyan mengangguk.

"Jom lah gerak. Mesti kau penatkan? Umi suruh singgah rumah dulu," ujar Asyfie menamatkan perbualan. Tahu yang adiknya itu kurang selesa.

Zayyan akur. Tangan Asyfie bergerak laju menarik bagasi besar Zayyan. Lelaki itu cuba menghalang, namun apabila cerlungan tajam dari Asyfie, Zayyan terpaksa membatalkan niat.

Suasana dalam kereta itu hanya sepi. Sesekali Zayyan mengerling kebelakang.

Dia pelik kenapa gadis itu sedikit pun tidak memandangnya. Adakah Areesya masih malu padanya tentang kejadian lama tersebut?

Seketika fikirannya mula melayang.

Flashback

Setelah kertas itu siap ditulis dengan pantas langkah dibawa ke arah seorang remaja lelaki berusia 15 tahun itu. Areesya berdiri sedikit dekat.

Zayyan menjungkitkan kening melihat gadis kecil itu. Hairan dengan kelakuannya.

Tangannya naik memintal hujung bajunya. Gaya yang biasa dia lakukan apabila sedang malu atau kekok.

"Abang Zan. Reesya ada sesuatu untuk abang," ujarnya malu-malu. Zayyan menggaru pipinya perlahan apabila melihat sampul surat comel itu dihulur ke arahnya.

"Ada apa dalam ni?"

"Nanti abang Zan baca tau! Reesya pergi dulu," tanpa menjawab soalan Zayyan. Gadis kecil berusia 10 tahun itu berlari anak ke arah rumah mereka. Dibiarkan saja Zayyan membacanya.

Zayyan menarik ikatan reben kecil itu dari atas kertas. Seketika matanya terpaku pada tulisan kecil-kecil kemas itu.

'Surat cinta untuk abang Zan.'

𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐚  [ C ]Where stories live. Discover now