Epilogue Part 5 : Merciless

308 19 36
                                    


Pantai Batu Buruk – Terengganu (2009);


"Jadi... Apa kau nak buat lepas ni?"

Ayam merasakan angin pantai menerpa pada seluruh tubuhnya. Dia memejamkan matanya sambil perlahan membawa diri melalui di mana kakinya melangkah. Memang tanpa arah tujuan... tapi setidaknya dia masih lagi bergerak ke hadapan... sekurang-kurangnya... dia masih berdaya untuk teruskan hidup dia... yang masih kosong ini. Fakhri... kalau kau ada kat sini... mesti kita dah gamble nak buat apa je lepas ni kan? Bisik hati kecilnya.

Jangan nangis... Jangan nangis please...

"Ayam... Kalau aku decide nak balik semula ke Manila... Kau nak ikut aku tak? Maybe sampai kau dah boleh- erm... ada kekuatan untuk jumpa Fakhri?"

Ayam masih berjalan di hadapan Kahar, kemudian dia membalikkan tubuhnya ke arah Kahar. Senyumannya kelat dan langsung tidak sampai maksudnya di mata Ayam. Dia tahu apa yang Kahar maksudkan.. iaitu melawat makam Fakhri yang masih tak mampu dijejaki sejak Fakhri dikebumikan semula dengan sempurna. Kali terakhir dia menghantarkan Fakhri ke tempat istirehat dia yang terakhir. Dia meraung bagaikan orang gila dan akhirnya pengsan di dalam dakapan Ikhsan.

"Sorry Kahar... Manila pun merupakan kenangan buruk bagi aku... walaupun 6 bulan bersama dengan Fakhri ada juga indahnya... tapi... aku masih tak dapat lupakan trauma Fakhri kena heret paksa depan mata aku. Sorry..."

Kahar tersenyum ketat. Dia mengangguk tanda faham. Tangannya di masukkan ke dalam poket jaketnya. Di dalam itu, tangannya menggenggam surat-surat dari Fakhri. Dia berharap yang suatu hari nanti yang Ayam dah perlahan-lahan boleh terima hakikat dan mereka boleh baca surat Fakhri bersama-sama. Setidaknya... bukankah Ayam layak mendapat closure dari Fakhri juga?

"Bila?"

Kahar menaikan alisnya. Rambutnya yang ikal itu berserabut ditiup angin sehingga kadang-kadang menutup kedua matanya.

"Hurm?"

"Bila kau nak balik Manila? At least boleh la aku ambik cuti nak hantar kau ke Airport." Ayam tersenyum. Tapi sekali lagi Kahar melihat senyumannya yang tak sampai ke hatinya... Ayam masih memaksakan diri...

"Siapa kata aku nak balik ke Manila?"

"Eh yang kau tanya aku tadi tu kenapa?" Ayam dah menaikan alisnya, dahinya dah berkerut seribu. Dia yang salah dengar ke atau Kahar yang sengaja nak usik dia?

Kahar ketawa perlahan. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Aku ikut kemana kau pergi Ayam... Kalau kau nak pergi Manila...aku follow. Kalau kau nak stay Malaysia... aku stay."

Kedua mata Ayam dah terbuntang. Seriusla kahar ni. Memang kerja gila ni.

"Ehhhh, asal pulak! Kau ada kerja kat Manila sana kan?! Dah! Dah! Pi balik sana! Jangan menyemak kat sini!"

Kahar dah berlari-lari anak menghampiri Ayam. Tangannya merangkul bahu Ayam. "Mana boleh macam tu! Aku kan first responder kau~ kau lari mana pun aku akan tetap ikut kau! Hehehehe."

"Ya ampun!!! Tolonglahhh, kau jangan jadi stalker and obsessed freak macam Naim eah. Kau buat perangai macam tu- aku"

Tiba-tiba mereka berdua terdiam. Ayam memejamkan matanya dan menyentuh parut luka yang berada di bahunya.Manakala Kahar, bagaikan tak mampu untuk melihat ke dalam mata Ayam, dia tertunduk sehingga tangannya memegang erat pada lututnya seolah mencari tempat untuk berpegangan.

"Kahar... Kahar..." Ayam dah mula gelabah. Melihatkan Kahar seperti tak cukup nafasnya. Dia memaksa Kahar untuk duduk di atas pasir pantai tersebut. Dia melihat di sekeliling, ternyata hanya mereka berdua di sini kerana hari sudah kian senja.

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now