Chapter 12 : Arrival

298 25 12
                                    

"Mu ni memang base wak nyusoh ke ore ja. Bela mu ni ibarat wak habih rete ngan berah. Boh la nengok muka mu. Aku toksey dah ada anok supe ge mu. Gi sekoloh jadi samseng, bahang orang ngata riti. Mende nok jadi aku pun dok reti"

"Kau memang menyusahkan orang. Besarkan kau ni ibarat menghabiskan harta dan beras. Tak nak tengok dah muka kau. Aku tak nak dah ada anak macam kau. Pergi sekolah jadi samseng, pukul orang sana sini. Nak jadi apa pun aku tak faham."

Notes: Author dah cuba untuk tulis dialog ni dalam dialek kelantan. If ada kesalahan, tolong betulkan saya ya. Mintak maaf dan terima kasih😂

Jangan... jangan Kahar... jangan dengar kata-kata tu please... please...

Kata- kata tu terngiang  tanpa henti sejak tiga tahun lepas dan menjadi igauan ngeri padanya. Dan disebabkan igauan ni berlaku lagi, dia alami sesak nafas dan hampir terjatuh di depan gate drop off. Peluh jantannya dah menitik, masker pada wajahnya dirapikan sekali lagi. Entah kenapa... dia selalu merasakan takut dengan pandangan manusia sekarang ni.

Kahar rasa seperti dia 'dibogelkan' dengan tatapan tersebut. Dia rasa macam semua orang kenal dia dan ada hari di mana akal gilanya mencipta satu halusinasi di mana manusia-manusia itu menatap tajam dan menunding jari padanya.

Ada kalanya tundingan itu dihadiri dengan chanting beramai-ramai. Mengatakan "pembunuh" berulang kali. Ada juga hari di mana dia melihat halusinasinya memberi gambaran manusia-manusia itu tanpa wajah. Dia tak boleh nak melihat wajah-wajah tu. Semuanya tak berwajah!

Dia menjadi makin panik. Dia takut. Dia takut sangat- sangat nak mengangkat kepalanya dan akalnya mula mencipta halusinasi untuk membuatnya semakin gila.

Mungkin... mungkin dia tak patut pulang. Mungkin dia patut book tiket flight yang seterusnya ke Manila dan tak pulang-pulang lagi.

Akan tetapi... bukankah dia pulang ke sini untuk mengubati traumanya? Untuk membantu teman-temannya? Damn Kahar! Ini bukan masanya untuk kau rasa lemah.

Jika Kahar 3 tahun yang dulu nampak Kahar di masa sekarang... pastikan dia dah ketawa mengejek pada dirinya sendiri. Lemah.. tak berdaya...menyedihkan!

"Kahar?"

"Kahar? Itu kau kan? Kahar!!!"

Belum sempat dia mengangkat kepalanya, dia merasakan ada tubuh kecik yang memeluknya dari hadapan. Tubuh kecil itu berusaha untuk meregangkan tangannya untuk memeluk tubuh Kahar yang nyatanya lebih besar darinya.

Dia kenal suara ni... dia ingat bau ni.... Bau perfume yang kahar selalu kutuk bila dia berada di kudrat dulu. Dia selalu kutuk Hakeem bila budak tu sembur minyak wangi hugo boss yang dia cilok dari bapak dia. Bagi Kahar baunya terlalu kuat dan Hakeem pulak, selalu trying dress to impress walaupun takder awek kat sekolah diorang. Rela sembur minyak wangi sebotol.

Kahar pernah duduk dua bangku jauh dari Hakeem sebab tak tahan bau minyak wangi tu. Tapi hakikatnya bukan sebab tu je. Salah satunya bau minyak wangi tu mengingatkan Kahar pada bapak dia.

"Hakeem."

Hakeem meleraikan pelukannya. Dia sedih melihat keadaan Kahar yang macam tak terurus. Dia ingatkan Kahar pergi membawa diri, dapatlah sembuhkan luka yang ada dalam hatinya dan kembali semula seperti kahar yang dulu. Dugaannya ternyata sama sekali meleset. Kahar nampak lebih teruk.

Dengan rambut yang panjang paras leher tak terurus. Lingkaran hitam yang tebal bawah mata. Wajah yang cengkung, sinar di mata kahar juga... dah tak ada. Senyuman dia apatah lagi.

Hati Hakeem hancur bila melihat sahabatnya menjadi sedemikian rupa. Dampak tragedi di Kudrat masih terasa... Hakeem tak tipu. Bukan hanya Kahar yang menggalas perasaan serba salah tu sehingga ke hari ni. Hakeem juga tak nafikan yang dia juga ada mainkan peranan dalam tragedi hitam di kudrat.

Tapi adakah beban serba salah yang ditanggung mereka yang terlibat masih tak cukup untuk dijadikan sebagai pengampunan dosa?

Terlalu mudah Hakeem. Terlalu mudah.

Mereka tak layak untuk itu.

"Kau sihat Hakeem?"

"Aku macam ni la. Ulang alik dari hospital."

Serta merta Kahar menjadi alert. Ada apa-apa pasal Hakeem yang dia tak tahu? Hakeem sakit?

Tangannya menggenggam kedua bahu Hakeem dan dengan lembut tapi tegas, "kau sakit ke Hakeem? Kenapa kau tak bagitahu aku? Sampai hati kau Hakeem. Kalau aku tahu-"

"Kalau kau tahu kau nak buat apa? kau akan balik sini dengan lebih awal? Gitu? Betul ke kau sanggup balik untuk aku?"

Kahar terdiam. Hakeem tak pernah berbicara sedemikian dengannya. Hakeem selalu berlembut dengan dia. Tapi di hadapannya sekarang...

Hakeem melepaskan genggaman tangan Kahar.

"Aku takkan paksa kau balik. Hati kau akan sakit... aku tak nak kawan aku sakit. Oh by the way, bukan aku. Tapi mak aku. Biasalah orang tua, banyaklah sakit-sakitnya."

Kahar melepaskan keluhan lega. Kalau la apa-apa terjadi pada Hakeem dan dia tak tahu menahu soal tu... dia tak sanggup menahan satu lagi perasaan serba salah.

Mata Hakeem tercari-cari beg bagasi atau beg lain-lain yang dia boleh tolong Kahar bawakkan. Tapi yang dia nampak cuma beg galas satu tu je yang Kahar tengah galas sekarang ni. Nampak sangat yang Kahar tak akan stay untuk waktu yang lama.

"Kau yakin semua ni akan settle dalam masa terdekat?"

Kahar terdiam, dia sebenarnya terlalu letih untuk memulakan proses brainstorming ketika ini....

"I- I don't know."

"Aku tahu few of them duduk kat mana tapi... kalau Naim..."

Kahar tersentak mendengar nama itu. Salah satu nama yang hidupnya Kahar dah hancurkan. Bukan setakat Naim- Fakri.... Ayam...

Hakeem mengeluh. Dia tak salahkan Kahar yang lari untuk menenangkan diri. Sikit pun tak... tapi untuk kembali semula tanpa perancangan macam ni...

"Last time aku dengar, Naim ada dekat singapore. Lepas tu hilang dari radar. Meanwhile Areez..."

"Sempadan Thailand."

Kahar menunjukkan senyuman trademarknya. Meyakinkan Hakeem yang dia sudah bersedia untuk memulakan perjalanannya.

Manakala Hakeem sedikit terkejut, dan akhirnya dia sendiri tersenyum. "So... Areez first?"

Kahar mengeluarkan sunglassesnya, he is so ready for this. And he will not going to turn his back anymore.

Hakeem sedikit lega melihat aura Kahar yang dahulu semakin kembali di dalam diri temannya. Dia tersengih sambil menepuk bahu Kahar.

"Welcome back kapla."

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now