Chapter 16 : Resentment

273 23 37
                                    

Areez mula ketawa mengilai, dia menjeling ke arah kahar dan mengacukan parangnya pada lelaki yang lebih tua darinya.

"Semua disebabkan kau. Kalaulah kau tak mulakan dengan manifesto kau yang bodoh tu- kalau la kau tak target Fakri dari awal- mesti... mesti semua benda ni tak akan jadi. High council bodoh. Kudrat bodoh. Manifesto bodoh!"

Areez menjerit bagaikan orang gila. Parangnya dilibas tak tentu arah, memaksa Kahar beranjak ke belakang untuk mengelak.

"Betul. Semua salah aku Areez. Fakri, Ayam dan Naim hancur sebab aku. Sebab aku Areez... sebab tu aku ada dekat sini."

Areez tiba-tiba terpaku kerana teringatkan sesuatu. Dia mengeluarkan cekikan ngeri, sampai Hakeem pun terpaksa menjauhkan diri kerana takut dirinya juga ditebas dengan parang tersebut.

"Ada benda yang kau kena tahu Kahar... kalau kau perasan... Favourite buku Fakri adalah hasil tulisan dari George Orwell... dia baca semua tu sebagai peringatan untuk diri dia supaya tak jadi manusia bejat macam kau- tapi... TAPI! Kau memang bejat! Kau memang setan! Kau yang paksa dia jadi macam tu! Kau yang paksa diorang jadi macam tu!"

Areez tergelak lagi. Dia mengutuk kahar, dia mengutuk akan kebodohannya. Dia mengutuk pada semua orang!





Bila kita terluka, luka kita tu akan meninggalkan parut.

Parut tu....

Kadang-kadang berbekas menjadi peringatan pada kita.

Bagi Areez. Fakri ibarat parutnya yang akan sentiasa menjadi peringatan padanya.

"Kahar... aku benci kau." Areez menatap datar pada Kahar. Lelaki yang menjadi pusat dendam dalam diamnya hanya mampu menelan rasa benci itu. Ya, dia harus menerima.

Kerana dialah awalan perjalanan hidup Areez dan Fakri menjadi penuh duri. Bahkan, Areez tidak berpeluang untuk memberitahu perasaannya yang sebenar pada Fakri.

Areez bersandar pada dinding kayu bersebelahan dengan tingkap. Dari sisinya dia dapat mengintai keadaan luar yang hitam likat melalui belahan tingkap yang tak dapat ditutup dengan rapat dek kerana sudah usang.

Malam masih panjang, keluhnya.

Kahar menelan air liurnya. Adil, kerana kalau Areez tak membencinya maka ia akan buat kerja Kahar menjadi semakin sukar.

Dia mahu semua kawan-kawannya membenci dan mengakui silapnya. Walaupun ketika itu mereka masih muda namun mereka sudah cukup akal sifat untuk mengetahui yang mana yang baik dan yang mana yang buruk.

Ketika rakan-rakannya mengakui silap mereka, Kahar tahu mereka sudah berada di jalan yang benar.

"Jangan risau Areez... tiada siapa yang bencikan aku lebih daripada aku sendiri."

Prang!!! Tanpa disangka, Areez mengambil cawannya dan melempar ke arah Kahar. Mujur cawan tersebut tidak mengenai lelaki itu, hanya tersasar pada dinding di belakangnya.

"Stop! Stop that! Kau tahu aku bencikan kau! Jangan buat aku makin rasa bersalah!"

"Kau rasa serba salah pada aku atau diri kau sendiri? Atau Fakri?"

Kedua mata Areez membesar, dia menjadi kaku. Lalu dia terduduk lagi sambil meraup wajahnya.

"Aku- aku cuma..."

"Kau rasa menyesal sebab tak sempat nak buat apa yang kau sepatutnya lakukan. Betul tak?"

"Kahar... andai masa boleh berputar semula..."

Kahar menggeleng. "Kau tahu itu adalah satu benda yang sangat tidak mustahil. Kita tak patut pegang pada perkara yang dah berlalu."

"Kahar... aku penat."

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now